MASAK NASI DAGING PALING MUDAH DAN SEDAP

Sis Lin
13
MASAK NASI DAGING PALING MUDAH DAN SEDAP | AKHIRNYA selesai juga tulang daging korban  yang Sis dapat kelmarin yang dah Sis jadikan Sup Tulang petang semalam. Puashati makan, isinya banyak, lembut, manis, rasa fresh sangat makan daging segar ni. Hinggakan nak buat sambal kicap pun tak jadi, sebab kuahnya sudah rasa pedas-pedas dek sebab Sis letak lada putih dan sedikit beberapa batang cili padi ke dalam supnya. 

Suami kata ni dah macam sup rempah. Yaaa betul, semalam Sis masak gaya sup mamak macamtu, guna rempah sup serbuk dan juga tambahkan sedikit rempah serbuk kurma ke dalam supnya.. punyalah menghirup anak banak makan malam tadi hahahaha.. 

Tak payah makan dengan lauk lain dah, hanya nasi dan daging tu je dah sedap.. tu yang Sis namakan nasi daging paling mudah dan sedap hehehehe... yang penting ada nasi, ada daging, makan sampai licin pinggan tu.. 

Masak Nasi Daging Paling Mudah Dan Sedap

Masak Nasi Daging Paling Mudah Dan Sedap

Kebiasaannya laaa kalau dapat daging korban memang selalu Sis masak sup aja, rasanya macam belum pernah lagi Sis masak menu lain. Tak tau laa kenapa ek, arwah Emak pun sama, kalau dapat je tulang atau daging korban, menunya mesti sup.. 

Mungkin sebab daging yang fresh, tentu rasanya manis, so kalau di buat sup, mesti sedapkan? Cuma arwah Emak kalau masak dia reneh dalam periuk lama sampai dagingnya lembut. Kalau kita sekarang dah moden, ko masuk dalam periuk Noxxa, tekan HP 30minit, kompom lembutlah daging tu. 

Masak Nasi Daging Paling Mudah Dan Sedap

Masak Nasi Daging Paling Mudah Dan Sedap

Macam Sis, walaupun guna periuk Noxxa, air rebusannya Sis guna pakai setengah dari periuk tu, tapi Sis tapis, nak keluarkan bendasing atau lelemak yang tertanggal dalam periuk tu ketika merebus. Kalau datang malasnya tu, Sis masak terus ke dalam periuk Noxxa tu, tumis bahan asing dalam kuali, kemudian masuk dalam periuk, masuk rempah dan didihkan. 

Tapi jarang-jarang laaa buat macamtu, biasa memang Sis keluarkan dari periuk Noxxa dan reneh dalam periuk. Lagi satu baru laaa feel memasak tu ada. Lagi pulak masak dengan periuk batu baru tu, lagi lerr semangat tu lain machiammmm hahahahaha.. 

Apa-apa pun, inilah nasi daging paling mudah dan sedap yang Sis suka. Nak buat nasi daging yang viral tu, ermmmm satu sebab utama, anak-anak tak suka.. tu jerrr sebabnya... Sis pulak tak suka masak menu yang anak tak suka, nanti sapa nak makan oiii... Kalau Suami tu tak kisah, dia makan je apa Sis masak.. cuma tu laaa, anak-anak pulak tak suka..

Takpe, one day nak juga buat Nasi Daging Che Nom tu.. geramm nengokkk.. 
Korang pernah buat? Kalau ada tepek laa resipi di komen okay.. 


P/S: Hahahaha ada orang skodeng kita laaa.. kesian ko ekkkk... 

Post a Comment

13Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bestnyaa...alhamdulillah ada rezeki dapat daging korban...kita takde dapat pun tahun ni...

    ReplyDelete
  2. Hahaha adik ako pun nk try buat nasi daging mcm dpt aritu.. Hehe

    Eh eh kita hari2 skodeng awak 😛

    ReplyDelete
  3. tak dapat daging tahun ni... beli daging beku je buat rendang. aah...asal raya haji, mmg menunya kena ada sup... tapi tahun ni tak rasa raya langsung

    ReplyDelete
  4. Tahun ni kami tak ada rezeki daging korban Sis.
    Huisss nikmat. betul, makan macam ni pun dah boleh peluh satu badan.

    ReplyDelete
  5. nasi daging nih mmg favourite. Pakai periuk noxxa pun senang. ada juga tulis kat blog. sbb senang nak refer hahaha

    ReplyDelete
  6. Meriah betul la nasi daging beliau ye. Nak ajak CLP pergi jumpa Sis Lin la selepas boleh rentas negeri ye.

    ReplyDelete
  7. sedap tulang ni buat sup, makan memang mahu menambahlah makan dengan nasi :)

    ReplyDelete
  8. This looks good! Hopefully MCO will end soon, all of us can back to normal then I can jengok friends that masak ni ! Haha... my family tak makan daging. So visit kawan melayu

    ReplyDelete
  9. Tahun ni tak dapat daging korban.. Sedih tau.. Mak kita pun selalu buat sup daging korban tu.. Takda masak lain.. Dengan hirup kuah dia.. Aduh

    ReplyDelete
  10. Sedap fav juga.. selalu buat sbb anak no.3 mmg peminat no. 1 nasi ni

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kak oi. Kalau saya, ku ratah daging itu aje. Akak air asam akak mana? Buat nyicoh ngan daging tu sedap uiiiiihhhhhhh.

    ReplyDelete
  12. Kita tak dpt pun daging korban hehehe kalau tidak boleh cuba resipi yang mudah dan sedap ini... Memang tertarik kita hehehehe....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!