MENU HARI RAYA HAJI YANG SIMPLE TAPI MERIAH

Sis Lin
13
MENU HARI RAYA HAJI YANG SIMPLE TAPI MERIAH | ALHAMDULILAH salam Aidiladha 11 Zulhijjah buat korang semua. Amacam semalam raya korang? Okay ke tak tu? Yaa seperti biasa, kalau di tanya Sis, raya tetap raya. Tak kira laa macam mana gaya sekalipun, tiba raya, mesti raya, masak raya dan pakai baju raya hehehe.. 

Cuma semalam pagi kasihan juga kat Suami, dah bersiap nak pergi Mesjid solat hari raya, Sis dah kata dah tak boleh masuk, sebab SOP sekarang siapa dah cucuk vaksin lengkap 2nd dose baru boleh masuk mesjid, tapi Suami nak cuba, mana tau boleh, sebab katanya raya puasa haritu dapat solat di padang mesjid tu.. tapi sekejap dia keluar tu, ehhh tiber dah balik dengan muka hampa... katanya tak boleh masuk... ermmmm..

Beraya dalam norma baharu gini laa kan, masak duduk rumah dan makan selagi lauk tak habis. Dan semalam macamtu laa aktiviti kami anak beranak. Siap masak, makan berjemaah, then tengok tv movie di Netflix sampai ke petang.. rasanya ada dekat 5 movie kot kami tengok hahahaha..Sekejap tu tidur, then bangun makan, sambung lagi Netflix hahaha.. 

Menu Hari Raya Haji Yang Simple Tapi Meriah

Ketupat Palas

Dan semalam, rasanya inilah menu hari raya haji yang simple tapi meriah yang Sis masak semalam. Simple sebab hanya Rendang Daging dan juga Ayam Masak Merah aje Sis masak, takde sambal goreng dan juga sayur lodeh. Entahlah mood nak masak sayur tak mai pulak dia, nasib baik Suami dan anak-anak okay jerr.. 

Walaupun simple, tapi dua menu ni wajib ada tiap kali hari raya, kalau takde, rasa macam 'pincang' raya hahahaha... Lain-lain tu beli je laaa, Ketupat Palas stok memang sedia ada Sis simpan, Lontong Daun beli dengan perjiranan Sis, dan Lemang Suami beli sampai 4 batang, memang kesukaan dia dan anak bujang.. pagi ni tinggal sebatang je tu.. 

Kan dah kata aktivitinya memang makan, tengok tv, tido kemudian ulang laaa sampai ke malam hahaha.. seronok juga tau, pupuk 'kasih sayang' antara keluarga, makan sesama, nonton sesama, tidur pun berjemaah depan tv sesama hahahaha... happy sangat.. 

Menu Hari Raya Haji Yang Simple Tapi Meriah

Durian Kampung

Dah petang tu, haaa apalagi... menu tambahan sedia menanti, pebedal anak banak makan durian sejuk satu bekas hahahaha.. gasakkkkk... tapi syokk pulakkkk.. makin sedap pulak durian tu walau sejuk, ke mungkin sebab makan reramai kan jadi syokkk gituuu... alhamdulilah... 

Entah sampai bilalah kita nak macam ni ekkk... ermmmm bilalah kes nak menurun ni, di Johor pun makin hari main naik pulak kesnya, dah lerr graf cucuk vaksin di Johor paling sedikit, entah mana silapnya pun tak tau laa... Sis ko yang dari bulan Februari daftar pun sampai laaa ni tak dapat lagi vaksin, tau-tau yang duduk celah hutan tu dapat dulu, ermmmmmm.... 

Kita patuhi aje laa kan arahan, suruh duduk rumah kita duduk rumah, kang dia kata suruh keluar, kita keluarlah.. tapi ada berani ke? Sampai sekarang kalau ke kedai, nampak orang bersesak pun jadi fobia oiii... adoiii... lindungilah kami Ya Allah... 

So harini nak masak apa ekk.. takkan menu raya lagi kan...
Apalagi, kita masak sup tulang kurban lerrr... yehaaaaa... 
Korang masih makan lauk raya lagi ke tu? 


P/S: Rindu betul nak berkumpul reramai buat potluck sesama kawan-kawan dan family, ermmmm... 

Post a Comment

13Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Meriah ke x meriah tetap nak makan lauk raya di hari raya kan kan heheh

    ReplyDelete
  2. Seringkas apa pun sikit-sikit masak lauk raya kan Sis..durian sejuk itu nikmat Sis..syok makan. Apa yang berlaku sekarang memberi kesan mendalap pada kita semua.

    ReplyDelete
  3. Disebabkan daku bujang dan tak reti masak, maka daku bertigas di PPV semasa Eid Adha semalam. Sekali ada insan mulia hantar juadah raya, dari pagi sampai malam memang orang sponsor juadah Raya.
    Termasuk Starbucks.
    Selamat Eid Adha Sis

    ReplyDelete
  4. Salam Belated Eid Al Hajj to Sis Lin and family. Sedap giler nampak menu tu. Paling menyelerakan skali adalah durian2 tu. Heheheh.

    ReplyDelete
  5. Sedap sangat menu-menunya ni kak

    ReplyDelete
  6. Raya macam tak raya
    Tapi juadah raya tetap meriah

    ReplyDelete
  7. durian tu lah kita yg x tahan ni... saya nak cuba jugalah yang sejuk2. lama x makan dah ni

    ReplyDelete
  8. Waduhhh.. Tu pun kira banyak dah tu sis. Meriah tengok. Walaupun PKP tp mood raya harusla ke ON kan. Hope taun depan boleh beraya macam biasa

    ReplyDelete
  9. Rasanya Raya & tidur memang sinonim sangat lah hehe, saya pun sama je! Ketupat palas tu nampak bestnyaaa, tahun ni xmerasa, sebab biasanya makan masa beraya rumah org je hehe

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya, the food prepared looks good, I miss visiting too. Hopefully pandemic ni will end soon.

    ReplyDelete
  11. Walaupun hanya beraya sesama kita.. tapi juadah tetap tersedia atas meja

    ReplyDelete
  12. paling meriah tu hat durian tu hahahahahhaa, memang melengkapkan menu hari raya hahha

    ReplyDelete
  13. Amboi sis meriahnya menu dia..ping win durian tu sis wei hahahaha..adoiii terliur

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!