MINDFUL MUSLIM APLIKASI PENENANG JIWA BERKONSEPKAN ISLAM PERTAMA DI DUNIA

Sis Lin
5
MINDFUL MUSLIM APLIKASI PENENANG JIWA BERKONSEPKAN ISLAM PERTAMA DI DUNIA | DI MALAYSIA, isu kesihatan mental agak membimbangkan sejak kita berada dalam keadaan pandemik ni. Kajian Kementerian Kesihatan tahun 2015 mendapati secara amnya masalah mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas masalah jantung menjelang 2020. Dan terbuktilah sekarangkan, yang kesihatan mental di tahun 2021 ni sangat-sangat membimbangkan.. 

Islam mementingkan ketenangan jiwa. Jika hati tak tenang, bagaimana kita nak uruskan hal harian kita, ibadah kita?. Tiada cara terbaik untuk mendapatkannya, melainkan mengajar diri sendiri dan anak-anak juga keluarga kita sentiasa berzikir mengingati Allah swt dengan cara yang betul. Dirikanlah solat, berzikir selepasnya dan jangan tinggalkan bacaan al-Quran serta wirid harian.

Menyedari hal itu, Mindful Muslim aplikasi penenang jiwa berkonsepkan Islam pertama di dunia tampil menyediakan perkhidmatan seperti bacaan al-Quran, doa harian juga ayat rukyah beserta ceramah motivasi hanya dalam satu aplikasi. 

Korang ada yang dah download ke? Atau baru aje tau mengenainya ni? 


Kalau baru tau, jomm Sis kongsikan dengan korang apa yang menariknya mengenai aplikasi Mindful Muslim ni. Itu pun secara tidak sengaja kawan rekemen kat Sis, dan terlihat di Play Store (pengguna ios Apps Store coming soon) so Sis download dan mencubanya. Ternyata dalam sebulan ni, sejak menggunakan apps ni, jiwa, minda Sis rasa tenang dan rasa ada sesuatu yang menjadikan diri Sis boleh bersabar dalam semua keadaan.. 

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, lebih dari 50,000 pengguna telefon bimbit telah menggunakan aplikasi itu di telefon masing-masing sebagai 'ubat' mencari ketenangan jiwa dengan mendekatkan diri pada Allah swt, rasa bersemangat dan sedikit demi sedikit dapat memulihkan emosi. 

Satu yang paling mudah sekarang ni, hanya guna handphone aja. Kita sendiri seharian duk pegang handphone aje kan, so dengan adanya aplikasi di handphone korang ni, senang kita nak buka, lihat, dengar dan baca, tak kira di mana sahaja kita berada. Walau dalam kereta sekalipun, ada bermacam doa yang boleh korang baca sebelum memulakan perjalanan. Anak Sis sendiri pun suka dengan apps ni, sebab mudah nak guna. 



Bila korang bukak aje aplikasi Mindful Muslim tu, terlihat saujana mata memandang, luas mata melihat ibarat kita berdiri di jambatan tu kan. Kalau korang dapat rasakan perasaan tu, tu je dah terapi minda buat korang. Appsnya pun senang korang nak mencari, mendengar dan membaca apa yang tersedia. 

 Selain dari alunan ayat-ayat Quran, dalam aplikasi tu juga korang boleh dengar dengar-bunyian alam semula jadi seperti hujan, ombak dan air terjun yang menggantikan muzik dalam menimbulkan rasa tenang kepada kita bila mendengarnya. Untuk Sis, memang sepanjang mendengar, Sis lebih suka guna bunyian air hujan, tenangnya rasa dengar titisan hujan. 


Ada banyak pilihan mode pilihan termasuk juga bunyian, bacaan dan pembacaan yang korang boleh pilih bersesuaian dengan mood korang ketika tu, dan juga kalau korang jenis suka buat diary harian macam blog ni, aplikasi ni pun akan ada 'Sleep Diary' buat korang. Pelbagai pilihan doa dan ayat-ayat inspirasi motivasi untuk menenangkan fikiran dan hati yang boleh korang pilih. 

Korang juga boleh save playlist yang dah korang dengar dan kemudian senanglah korang nak cari dan ulang dengar balik. Senang kata memang sangat mesra pengguna laa aplikasi Mindful Muslim ni.. Time nak tidur tu memang sesuai sangat kalau korang buka dan dengar dulu. Kasi kosongkan minda dan release stress sebelum tidur. Lama-lama nanti dah jadi terbiasa, tiap kali nak tidur mesti nak buka dan dengar dulu. 



Menurut apa yang di nyatakan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim, Mohamad Akhtaar Abdul Ghani, idea utama memperkenalkan aplikasi berkonsep Islamik Mindful Muslim ini, agar ianya dapat membantu umat Islam seluruh dunia dalam mendepani masalah tekanan jiwa.

Mohamad Akhtaar yang kini masih dalam pengajian Ijazah Sarjana Komunikasi di Auckland University of Technology (AUT), New Zealand memberitahu, ianya bermula dari 'kisah benar' pengalaman dirinya sendiri, apabila dirinya berasa tertekan dengan kerja yang terlalu banyak dan memenatkan. Dari situ dia mencari platform untuk meredakan tekanan tetapi tidak menemui aplikasi yang berkonsep Islamik dan mendekatkan dirinya kepada Allah swt. 

Dan untuk keluarkan dirinya dari tekanan tanpa mudarat, beliau cuba mencipta sesuatu sebagai terapi untuk dirinya sendiri dan setelah mencuba dan ianya memberi kesan positif kepada dirinya, beliau menyedari bahawa perkara ini perlu diperluaskan kepada semua kerana ia sangat berguna untuk membantu saudara seIslam memulihkan semula emosi mereka. Maka lahirlah Mindful Muslim ini. 



Mindful Muslim mempunyai beberapa ciri istimewa iaitu bacaan ayat suci al-Quran, zikir, kisah-kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan ruqyah, doa-doa khas dan harian untuk menghilangkan tekanan.  Aplikasi ini memiliki 51 kisah para Nabi setakat ini dan setiap bulan akan dimuat naik tujuh cerita baru dari masa ke semasa. la jadi mengikut cita rasa masing-masing yang akan membuatkan perasaan berasa tenang. 

Features include:
- Two touch to talk-down
- Sleep and Relax
- Morning Inspiration
- Build sleep playlist
- Save playlist
- Sleep Diary
- Help & Feedback section

Menariknya, aplikasi tesebut juga mempunyai versi suara wanita dan lelaki, so korang boleh pilih samaada nak mendengarnya dengan lebih selesa mengikut jantina masing-masing. 



Ruqyah categories include:
- General / Sleep
- Protection
- Depression / Anxiety
- Against Sihir
- Evil eye
- Feeling frightened
- Loneliness
- And many more

Kalau korang dah explore semua, memang sangat menarik. Sis sendiri pun masih lagi cuba nak buka dan dengar satu persatu, sebabnya bila buka aje satu pilihan, kita takkan puas, mesti nak dengar yang lain dan lagi dan lagi.. seolah hati ni memanggil untuk terus berada di situ sebab rasa tenang, jiwa rasa aman dan minda betul kosong tanpa banyak fikir.. fokus hanya di situ aja.. 

So kalau korang inginkan ketenangan dan taknak berada dalam lingkungan stress atau depression, cubalah muat turun dan gunakannya. Ini usaha yang paling mudah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah swt tiap kali kita terleka duk asyik dengan dunia dan handphone semata.. 

Untuk pengguna ios, coming soon nanti boleh muat turun ya, buat masa ni hanya pengguna android saja.. lagipun aplikasi ni masih baru, so banyak yang perlu di perbaiki dari masa ke semasa.. 


P/S: Apa yang bagus kita kongsi, kalau tak untuk orang lain, kita buat untuk diri kita dulu.. 

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bagusnya ada playlist against sihir dengan evil eye. Sekarang ni memang banyak masalah ni juga selain masalah hati

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. ada macam2 pengisian bagus dalam app ni.

    ReplyDelete
  3. baru tau pasal apps ni...thanks kak sharing :)

    ReplyDelete
  4. First time kan ada apps untuk Muslim camni..memang bagus untul rawat hati yg resah. Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!