MULAKAN HARI KORANG DENGAN SENYUMAN | HAPPY Monday. Are you okay? Alhamdulilah, moga korang semua baik-baik aja. Begitu juga Sis, syukur alhamdulilah, Allah beri kesempatan dan peluang untuk bernafas dengan penuh kesyukuran pagi ini..
Pagi ni badan sihat, bersemangat dan 'happy sokmo' hehehe.. Terima kasih Allah, Suami dan anak-anak yang sentiasa bersama.. tak lupa adik beradik, dan kengkawan yang selalu membahagiakan diri ini.. Musuh? Biaq pi laaaa.. dia nak 'skodeng' ke, dia nak 'amik tau' ke, kita kasihankan ajee laa pada mereka, sebabnya mereka 'kurang kasih sayang'.. sebab tu jadi begitu, ye dakk..
Jom kita positif dalam apa jee yang kita buat. Buat masa ni jangan fikir hal orang, kita jaga diri kita dan jaga keluarga kita dalam #kitaJagaKita.. lelain hal, biar Allah urus. Janji kita bahagia dan tidak kacau kebahagiaan orang lain..
Mulakan hari korang dengan aura positif! Bangun pagi, tengok cermin, senyum. Apa yang korang fikir, apa yang korang buat, apa yang korang rasa itu semua adalah doa.
Siapa yang tidak suka memulakan hari dengan senyuman? Di luar sana ada berjuta-juta orang di seluruh dunia yang tidur pada waktu malam dan bangun dengan rasa sedih atau bangun pagi tapi takde perasaan, samaada nak happy ke atau nak sedih... perasaannya blur. Mungkin ada sesuatu yang menjadikan mereka begitu.
Sebab itu, kita kena memulakan hari dengan cara yang positif, sebabnya ianya adalah hadiah bagi sesiapa sahaja kerana ia membuatkan korang merasakan sesungguhnya kehidupan itu bernilai, masih ada perjalanan dan peluang lagi untuk korang hidup dan korang berhak untuk merasa dan mengejar kebahagiaan yang lebih baik dari semalam hanya dengan bernafas setiap pagi.
Kalau korang mulakan hari korang dengan cara yang positif, korang akan mulakan hari korang dengan melakukan setiap kerja korang dengan penuh tenaga, positif dan gembira. Siapa yang tidak menginginkan kebahagiaan dalam hidup mereka? Dengan cara ini korang akan menjadi lebih bahagia dan wajah lebih berseri-seri bila tersenyum dan mereka yang melihat juga akan tersenyum..
Tapi ingat berkali-kali... jangan cipta kebahagiaan di atas penderitaan orang lain.. akibatnya, hidup korang takkan tenang sampai bila-bila selagi orang itu tidak memaafkan korang..
Orang yang paling bahagia bukanlah orang yang memiliki segalanya, tetapi orang yang paling banyak memanfaatkan apa yang mereka ada.
So.. apalagi.. jom mulakan hari korang dengan senyuman..
Say 'Cheese' .....
P/S: Harini sangat busy bee... banyak kerja nak settle.. Moga Allah permudahkan semuanya.. aamiinn
Matahari pun tersenyum pagi ni
ردحذفTerus tersenyum walau terkadang hati menangis pilu.
ردحذفsemoga akan terus tersenyum selalu...
ردحذف