SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2021/1442H | ALHAMDULILAH takbir raya dah bergema, sayu hati rasa, bermacam perasaan yang bermain dalam minda dan hati ni, tapi sebab nak raya, kita janganlah sedih-sedih kan. Kalau kita fikir 'apa ada pada raya', korang fikir pulak pada 'mereka' yang nak beraya tu, tapi tiada kemampuan, so ada peluang ni, kita raya dan raikannya..
Raya tetap raya, tak kiralah macam mana kita beraya sekalipun. Cuma keadaan aje berbeza, makanya bila Allah dah beri nikmat untuk meraikan hari raya, kita rayalah tapi seadanya.. Sama macam Sis, raya macam tiap-tiap tahun lepas juga, masak raya, makan raya, pakai baju raya, cuma raya haji kali ni Sis beraya empat beranak aje laa di rumah dan tidak kemana-mana.
Adik-adik semua tak jadi datang kerumah dan anak sulung pulak masih di Subang sana.. Takpelah kita berkorban untuk hari raya aidiladha kali ni, stay safe dan #KitaJagaKIta kan.. Yang 'terlepas' balik kampung tu, bebaiklah yaa.. jangan sampai nanti timbul pulak kluster baru, dan makin hari kes pun makin naik.. sampai bila pun tak selesai huhuhu..
Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ
Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan, Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan.
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua. Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini.
SALAM AIDILADHA 10 Zulhijjah 1442H buat semua pembaca blog @akusislin
P/S: Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi..
Selamat Hari Raya Lin
ردحذفSalam aidil adha 1442 H
ردحذفMaaf zahir dan batin
Salam Aidiladha untuk Sis sekeluarga.
ردحذفSalam Aidil Adha Lin & family..Maaf zahir dan batin
ردحذفSalam aidiladha buat Sis Lin dan juga keluarga!
ردحذفSemoga ceria selalu :)
Salam AidilAdha sisLin.
ردحذفKami beraya sekeluarga juga.
salam aidiladha
ردحذف