STOK DAGING UNTUK MENU RAYA HAJI SUDAH SIAP SEDIA | DIAM tak diam, tinggallah sehari saja lagi kita nak sambut Hari Raya Aidiladha. Tapi agak sedihlah juga tahun ni, sebab adik-adik semua tak datang beraya ke rumah Sis. Plan asal semua ke-laut huhuhu. Memasing memang Sis suruh duduk rumah aje laa buat masa ni dek tengok kes di Johor pun makin tinggi.
Takpelah, kita bersabar dulu.. walaupun boleh je adik-adik tu semua nak datang 'sesenyap' pun, sebab memasing semua duk satu daerah je dengan Sis, tapi sebab faktor kesihatan lebih di utamakan, walaupun di rumah kakaknya sendiri, ada lebih baik kita berjaga-jaga dan amik langkah mencegah. Kita pun tak tau kan, entah dia ke, aku ke, ko ke sihat ke tidak.. so better, stay at home aje.
Dan harini dah settle semua Sis asingkan lauk-pauk dan segala bahan-bahan untuk di masak esok dan juga pagi raya Subuh 20 Julai 2021 nanti.. Yang ada Kambing dua kilo, Lembu dua kilo dan juga Tetel dua kilo. Tetel tu saje beli simpan, esok-esok nak masak Asam Pedas Tetel, sedapnyaa...
Semua dah siap pakai 'nametag' ..hahahaha
Menu apa Sis nak masak Raya Haji ni?.. Jap fikir...
InsyaAllah esok jika di beri peluang, Sis nak puasa sunat Arafah esok.. harapnya dipermudahkanlah.. dan kebetulan jika berpuasa esok, so Sis nak masak lauk Stew Kambing esok untuk berbuka puasa. Makan dengan roti kan sedap kann..
Nanti esoknya lepas Subuh (Pagi Raya) nak masak Rendang Daging, Ayam Masak Merah dan juga Sambal Goreng.. tu jer laaaa menu lauk Raya Haji Sis. Lagipun makan 4 beranak aje, so masak untuk makan seharian aje laa.. sapa je nak datangkan tengah keadaan gini, kalau ada pun Sis TAK TERIMA TETAMU.. harap maaf dan harap faham laa..
Mencegah lebih baik dari merawat buat masa ni..
Dan untuk Raya Haji ni, Sis takde laa anyam ketupat atau masak atau beli ketupat, sebab Sis dah sesiap beli Ketupat Palas masa Raya Puasa haritu, memang beli lebih dan simpan freezer, so nanti tinggal panaskan aje dan makan.
Untuk anak di Subang pun, alhamdulilah... Retna ada tolong carikan orang untuk hantar makanan menu raya ke anak Sis sana. So dapatlah dia makan menu raya di pagi raya nanti walaupun bukan ketupat, janji ada Ayam Masak Merah. Makaseh Retna.
Kalau dulu ada arwah Emak ye laa, pagi raya ke sana then lepak laaa sampai ke petang, masak tetap masak juga Sis dirumah, tapi pagi raya mesti nak ke rumah Emak dulu, bawalah lauk-pauk yang dah masak tu... tapi kini ..... hanya tinggal kenangan... Al-Fatihah..
Tapi tak apalah, yang ada depan mata ni kita hargai selagi ada.. Suami dan anak-anak Sis dulukan, kemudian baru fikir adik-adik dan juga lelain...
Harapnya Raya Haji ni, doa semua jemaah dan kita semua di angkat dan wabak virus Covid19 ni cepat lenyap dari mukabumi ni dan kita boleh hidup seperti dulu.. aamiinnn..
So korang masak apa Raya Haji ni?..
P/S: Yana minta buat Laksa Johor, ermmm ikan ada, tapi tengoklah kalau rajinnnn..
Nampaknya raya macam tak rayalah tahun ni
ردحذفKeluarga wak nak buat qurban pun terpaksa kensel
wowwww!! Siap sedia dah dia ye..
ردحذفhahaha kali ni kitrg order je, malas nak masak :D
Syu tak prepare apa pun raya haji ni.
ردحذفWahhhhh.....semua dah siap sedia ni...sama la ngan SA...cumanya SA kerja esok
ردحذفwah semangat nak raya..saya xde mood langsung
ردحذفseronoknya..semua tersedia..tgal nk msk je kan :)
ردحذفDah plan nak masak apa dah ya. Kak Sue plan nak masak sambal daging dengan daging lada hitam je, pastu order lemang dua batang dengan kawan suami Kak Sue.. cukup lah tu..
ردحذفBagus sis. Takyah nak berebut kan. Macam Rawlins, esok pagi cari je lemang & rendang tepi jalan, bawa balik dan makan sorg2 sambil tahan ayaq mata. Hahaha
ردحذفSalam Aidil Adha buat Sis dan keluarga
Wah bersemangatnya . CCL pagi tadi keluar pergi cari daging dan santan aje . Mungkinnak buat rendang aje petang ni . Mood raya laa kadar .. Rasa macam tak raya je
ردحذفWahhh senang kan siap pakai name tag tu. Senang. Kalau pakai name tag ni minta Dania ambikkan dan rendam sure senang. Idak kekadang nak ambik pun tersilap. Haha.....Selamat Hari Raya Aidiladha Sis.
ردحذفYa allah rasa touching pulak bila tengok menu-menu raya ni.. sis raya di perantauan jer.. Rasa sedih pulak... selamat hari raya aidil adha buat semua yer :)
ردحذفsenang nak masak bila dah asingkan macam ni. selamat hari raya sis :)
ردحذفSenang beli pack and asingkan macam tukan. Takpayah nak defrost semua. Mana yg nak pakai jer
ردحذفtime for the cooking at the kitchen for family to makan makan at home...
ردحذفSaya plan nak masak simple. Cuma tulah. Ayam dan daging ni mahal. Beli nampak besor. Bila masak semua kecut sokmo. Ayam kena botox. Hahahaha. Daging pun sama kena botox. Selamat Hari Raya AidlAdha Sis Lin Gojes.
ردحذفnow so senang to prepare with all these ready to eat meal kan. Selamat Hari Raya Haji to you and your family ya!
ردحذفwow banyak yer stok daging sis lin. kita tak beli daging pun. memang mengharap ada la rezeki daging korban orang bagi nanti
ردحذفWah banyaknya stok daging sis lin! Marsha pun beli seadanya untuk makan famili kecil. Packing mcm ni mudah sangat.
ردحذفSedapnya menu sis! Tahun ni saya makan kari daging je. Ada org bagi. Hehe. Tak payah masak.
ردحذفWalaupun tak balik kampung, meriah juga menu yang sis masak ye. Selamat Hari Raya Aidiladha!
ردحذفWah masing2 dah x sabar nak beraya hehehe... Walaupun sesama ahli keluarga jer
ردحذفwah siap tulis ada daging apa lagi. kite dah beli bahan nak masak rendang tapi terlupa nak beli daging hahaha boleh gitu? btw sis dapat ke daging korban?
ردحذف