9 JENIS MENU MAKAN TENGAHARI HANYA RM88 SAHAJA!

Sis Lin
5
9 JENIS MENU MAKAN TENGAHARI HANYA RM88 SAHAJA! | TERUJA tak korang baca tajuk tu? Haperrr tak? okay fine!! Jeles letewww hahahahaha.. Pertamanya nak cakap, sangat berbaloi dengan harganya, cuma RM88 sahaja korang akan dapat 9 jenis menu makan tengahari termasuklah menu percuma bagi setiap pembelian set. 

Sesekali OFFday dapur tu kan, apalah salahnya, 'beli jiwa' keluarga anak bini dengan belanja mereka makan. Tak kisahlah dari mana restoran, kedai makan, cafe atau memana aja warung, yang pasti puashati kenyang semua family makan. Bila perut kenyang, muka pun manyak senyummmm kan.. 

Dan untuk kali ni Sis nak kongsi dengan korang apa yang dah Sis cuba dan mencubanya dari Malay Set Impiana Hotel Senai baru-baru ni. Walaupun jauh di Senai, tapi mereka ada menyediakan delivery servis ke rumah, dan caj penghantaran mengikut jarak km rumah korang. Contoh macam dari Senai ke Pasir Gudang sini hanya RM15 sahaja. Kira okaylah kan?.. 

Bukan hanya Malay Set aja, mereka juga ada 6 set lain juga. Antaranya; Muhibbah Set, Asian Set, Peranakan Set, Western Set, BBQ Combo dan Chinese Set. Dan kesemuanya set tu boleh makan untuk 4 hingga 6 orang kalau korang jenis makan tak banyak. Tapi 4 orang makan sudah cukup puashati. 

Untuk kali ni Sis pilih Malay Set. 
Jom nengok apa yang ada dalam Malay Set tu.. 

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Nasi Arab 
Lembut dan panjang nasinya, tidak terlalu kering walau nampak macam kering, tapi lembut bila di makan. Rempahnya pun terasa. 

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Ikan Siakap Bakar
Menu yang ni agak pelik, katanya Ikan Siakap Bakar, tapi bila makan rasa macam masak 3 rasa hahahaha.. tapi sedap, licin di ratah makan anak-anak. Ikannya pun fresh kata Suami yang kaki pancing tu hehehehe.. 

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Kari Kambing 40 Hari
Walaupun Sis ni gemar makan kambing, tapi menu Kari Kambing 40 hari ni kurang rasa dia bagi tekak Sis, sebab rempah dia terlalu kuat, but Suami makan kata 'okay' hahahaha.. tekak memasing kan..

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Ayam Percik
Bila tau ada menu Ayam Percik ni, memang kepala entah laa terbayang dek ayam percik pasar malam je, tapi memang susah laa nak sama dan dapat rasa yang sama kan, tapi untuk ayam percik ini, kira sedap, rasa perciknya dan ayamnya pun banyak sekali. Puas makan. 

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Paceri Terung
Kegemaran Sis dan Yana, hanya kami berdua je perabiskannya, sedap.. dah macam Mak-Mak kita masak.. betul serius sedap.. licin sebekas tu kami makan.. 

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Acar Tumis
Yang ni tak berapa habis makan, sebab dah ada Pajeri Terung tu, lagipun, rasa rempah dalam acar ni kuat sikit, ala mamakk ko hehehehe.. Suami aje yang makan sorang.. sayur dia segar, ranguprangup bila di gigit. 

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Sos Salsa Tomato
Kemudian ada laa sebekas kecil sos salsa tomato, yang ini sekali tuang je dalam pinggan makan, sedap.. ala-ala pencuk mentah tu laaaa.. okay laa tu, buat tambahan dalam menu kannn.. kadang-kadang ada orang memang cari sos salsa tomato ni kalau makan nasi arab kan?..

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Bubur Manis - Bubur Pulut Hitam
Dan sebagai pemanis mulut, mereka ada sediakan bubur manis dalam Malay Set ni. Dan masa time Sis beli tu, mereka menyediakan bubur pulut hitam. Maybe next time bubur lain pulak, bertukar-tukar gitu.. Cuma lupa pulak amik fokus gambar pada bubur tu, sakan teruja nengok menu lain aje kejenya ahahaha

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

PERCUMA Fish n Chips atau Spagetti Carbonara
Yup, untuk setiap pembelian set, korang akan di berikan percuma antara dua menu ni, korang boleh pilih samaada nak Fish n Chips atau Spagetti Carbonara, but Sis dah try keduanya, so far dua-dua pun okay. Berbaloilah kan, dah jadi 9 menu oiii.. 

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

9 Jenis Menu Makan Tengahari Hanya RM88 Sahaja!

Ko tengok, sekali makan kemain penuh pinggan kan, semua menu Sis nak cuba dan rasa.. so far semua okay, sangat berbaloi dan kenyang sangat makan. Semua tu memang boleh makan dalam 4 hingga 6 orang kalau jenis yang tak berapa makan, tapi kalau kuat makan, maca, Sis 4 orang dah cukup kenyang tersandar... 

Korang kalau nak mencubanya bolehlah cuba okay. Sedap tak sedap, sedap itu subjektif, korang cubalah sendiri, ikut tekak memasing, lagipun ada set menu lain juga yang boleh korang pilih. Mana le tau kan, kot korang suka western ke, makanan cina ke, peranakan ke, atau seafood bakar tu ke.. haa pilihlah ... 

Untuk lihat kesemua menu set lain, korang bole lihat di sini http://bit.ly/ImpianaTakeawayDelivery 

Untuk tempahan, korang bole contact : 
📞: +60 16-619 9623

Delivery atau takeaway. 
Caj ikut kawasan. 



P/S : Ada menu camni kan, senang kalau kot laa nak buat potluck nanti, mudah kerja tuan rumah kann... 

إرسال تعليق

5تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!