AKHIRNYA DAPAT JUGA RENEW LESEN MEMANDU AKU | AKIBAT negara dan negeri Johor ni tak habis lagi PKPnya, dari tahun lepas bulan November lesen Sis tamat tempoh, nak hidupkan punyalah kemain seksa oii.. Macam biasalah sebelum due date dah satu hal pelupa, kemudian dah lepas seminggu date tamat baru teringat lesen dah mati, time tu laa kelam kabut nak buat, tapi semua kaunter tutup atau tidak buat sebarang urusan JPJ..ko ngase?..
Dah tanya sana sini, kata mereka tak apa, ada kelonggaran time PKP ni, so okaylah kita buat diam, gasak le bawa kereta sana sini takde lesen ekk.. kita tunggu laa kot nanti PKP tamat, sekali haaa ko PKP berlarutan dari tahun lepas membawa ke sekarang ni haa tak sudah-sudah.. sampaikan nak walk-in bertanya di Pejabat Pos ke, UTC ke atau mana je pun jadi ngeri, sebab kes makin naik dan virus merebak cepat..
Puas tanya kengkawan, semua pun ramai aje lesen masih juga tamat tempoh dan belum dapat renew. Dengarnya cukai jalan pun sama juga, tak boleh nak renew ketika itu.
Aktiviti pemantauan pematuhan & penguatkuasaan oleh JPJ & PDRM akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2021. Haaa amekkawww terus gabra macam cacing kepanasan lepas baca notisnya hahahaha... apalagi terus Sis buka online di JPJ Negeri Johor. Nasib menyebelahi Sis, bila bukak aja ia akan paparkan slot date temujanji untuk korang datang ke sana. Dan korang isi butir maklumat korang, tapi kalau slot dah penuh, ia takkan paparkan apa-apa maklumat, sila cuba lain hari hehehehe..
Cara Permohonan Temujanji Online JPJ :
1. Pilih pautan temujanji online yang tepat untuk diisi mengikut negeri.
2. Isikan butiran diri anda.
3. Isikan maklumat yang diperlukan.
4. Pilih tarikh dan masa temujanji.
5. Cetak slip temujanji/screenshot untuk rujukan di kaunter.
Dan bermula sekarang pun, semua kaunter JPJ juga akan dibuka pada hujung minggu (Jumaat-Sabtu) atau (Sabtu-Ahad) bagi memudahkan orang ramai dapat berurusan dengan mudah. Tapi korang kena ingat, semua urusan di kaunter JPJ perlu dilakukan secara temu janji terlebih dahulu. Walk-in adalah TIDAK DIBENARKAN.
Dek kerana telah lama sangat lesen Sis tu tamat tempoh, makanya kenalah bayar duit pelarasan tempoh sebanyak RM30, so tak dapat laaa hidupkan setahun, kena buat dua tahun. Yang Sis pulak 'ngek' dan 'blur' tetiba, apsal laaa tak renew je lima tahun ke kannn.. adoiiii.. sengal betullah..
Dah le nak pi renewnya susah, dah dapat renew, pi buat dua tahun pulak, pastu kononnya nak tukar gambar baru, ehhhh gambar tetinggal pulakkkkk adoii haru biru betuii... hahahahaha... so korang kalau lesen tu dah tamat tempoh, segeralah buat baru yaa.. jangan lupa buat temujanji dulu. sekurangnya seminggu sebelum, kalau sehari sebelum tu, ikut nasiblah kalau ada slot kosong yang cancel.
Terma & Syarat Temujanji Online JPJ
- Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
- Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga (3) bulan sebelum dan selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji (tertakluk kepada kekosongan Slot).
- Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu urusan kaunter bagi sesetengah Cawangan JPJ (rujuk Portal JPJ bagi maklumat Operasi Pejabat).
- Pemohon hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Persekutuan atau Negeri Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
- Walau apapun masa yang dinyatakan dalam Slot Waktu sistem ini, ianya masih tertakluk kepada waktu urusniaga rasmi kaunter, waktu rehat kaunter, hari kelepasan am, cuti bencana, cuti peristiwa, pengisytiharan kerajaan dan apa-apa waktu yang diwartakan oleh kerajaan.
- Pemohon perlu berada di Pejabat JPJ seperti dalam Maklumat Temujanji sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temujanji. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat.
- Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji.
- Sila rujuk laman web rasmi JPJ Malaysia di www.jpj.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.
- Pautan pengesahan dan butiran temujanji boleh dihantar melalui aplikasi WhatsApp (jika dikemukakan) kepada nombor telefon pemohon atau dicetak. Sila tunjukkan pautan atau Slip Temujanji JPJ kepada pegawai bertugas apabila diminta semasa hadir temujanji.
- Sekiranya pemohon tidak mempunyai aplikasi WhatsApp, sila cetak Slip Temujanji di akhir proses pendaftaran. Pemohon yang gagal kemukakan Slip Temujanji atau pautan pengesahan tidak dibenarkan memasuki permis.
- Sila pastikan Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji adalah sama dengan individu yang akan hadir berurusan. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji berlainan dengan individu yang hadir.
- Setiap individu hanya dibenarkan membuat maksima 3 tempahan Slot dalam satu tarikh. Untuk tidak mengganggu pelanggan lain, pihak JPJ berhak menghalang individu yang menempah melebihi 3 Slot dari membuat urusniaga bagi Slot ke-4 dan seterusnya dalam satu tarikh.
- Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem ini. JPJ berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
- URUSAN PEMBAYARAN SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT adalah digalakkan.
- Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.
- Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat.
- Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan temujanji di Jabatan Pengangkutan Jalan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKP/PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang sedang berkuatkuasa.
Maklumat Lanjut, kemaskini dan info terkini akan dibuat menerusi Facebook Page rasmi JPJ Malaysia.
P/S: Agak-agak ek.. siapalah Perdana Menteri baru Malaysia yaa? Hurmmmm ....
tq info.... ok tahun depan baru lesen mati...
ردحذفeh jap ye ke? alamakkk nak tgk!!
Yaaa, sila lah buat temu janji duluu..ok...
ردحذفOh betul, senang kalau buat lima tahun terus ~
Ya Robbi.. lamanya lesen tu meninggallll 😅😅😅😅
ردحذف2025 nanti lak ena renew, sebab tahun lepas ena renew 5 tahun terus... hahahaha apapun lepas ni guna cara akk ni je, mudah
ردحذفnasib baik lesen lambat lagi expired. biasa sekarang procedur baru semua kena buat temujanji uhu
ردحذفTahniah sis kerana dpt renew lesen memandu. Suddenly saya teringat pula lesen memandu saya. Kena check juga card lesen nie. Rasa dah nak expire juga. Hehehe....thank you for the reminder.
ردحذفKebetulan... Sis pun baru je renew lesen.. alhamdulillah lega.. risau kalau postpone lagi takut terlajak tarikh pulak...
ردحذفTerus daku semak tempoh sahlaku daku nyer plak haha Ok. Tahun nie habis tempoh sahlaku maka kena la booking siap2 kan. Hehe
ردحذفOk nak kena booking lah ni Sis Lin sebab dah nak habis tempah juga. Terima kasih Sis Lin atas info.
ردحذفKahkahkah ko ni kan kak. Semuanya jadi haru biru dibuatnya. 2 tahun renew dan tak bawa gambar. Mengundang betul. Tapi syukurlah dah siap. Nanti nak drive ke hotel kena saman takda lesen. 🤭🤭🤭🤭🤭
ردحذفTerima kasih untuk info. Memang berguna time PKP ni yang entah sampai bila hahaha
ردحذفzaman covid ni kan mmg leceh giler nak renew lesen... hr tu aku ken atahan polis sebab road tax mati.. seb baik polis paham... pandemik ssh nak gerak
ردحذفNanti nak ingatkan asben suruh buat jugak , hari tu nyaris jer kena saman. nasiblah dapat pegawai baik hati. kalau tak mahu melayang Rm300
ردحذفnervous plak baca artikel ni sebab saya pun tak renew lagi. hahha. sebab dah laama tak drive.
ردحذفouh kene buat temu janji dulu ya. Sebelum ni iena renew lesen online je.Sekarang mcm dah tak boleh renew online.. iena tahun depan mati sebab sekli renew biasa amek paling lama huhu..adik ipar lesen mati da dia mintak tlg reew online ritu tak boleh..ni boleh suruh dia reger artikel ni
ردحذف