APA NAK BUAT JIKA JADI KONTAK RAPAT DENGAN PESAKIT COVID-19? | SEJAK dua tiga hari ini ramai bertanyakan, 'Kenapa Sis kendiri atau kuarantin?' atau soalannya, 'Kau positif ke?'.. Uishhhh minta di juahkan laa ayat positif tu, buat masa ni biarlah negatif oii.. Yang positif kita masuk dalam tajuk lain, yang positif dalam tajuk ini, isu terlalu sensiitf huhuhu..
Okay begini, kalau yang masih tidak tau kenapa Sis kendiri atau kuarantin di rumah, bolehlah baca rentetan perkongsian menjadi kontak rapat dan Sis buat swab RTK-Antigen baru-baru ni. Alhamdulilah semuanya baik-baik aja, baik Sis mahupun Suami, so far setakat harini kesihatan kami baik dan sihat.
Cuma Sis agak pelik jika masih lagi ramai bertanyakan soalan begitu. Apakah korang takde membaca? Atau korang terlepas pandang apa yang di sarankan oleh KKM jika korang menjadi kontak rapat atau dekat kepada pesakit COVID-19? Itu yang jadi tanda tanya Sis sebenarnya.. No wonder laa jika ramai tidak amik peduli, kes makin hari makin menjadi-jadi..
Takpelah, Sis kongsikan atas apa yang Sis faham dan apa yang Sis baca. Korang baca dan fahamkan. Jika korang rasa Sis ni 'paranoid', tak mengapa, yang penting #kitaJagaKita, Sis lebih utamakan keselamatan orang-orang tersayang Sis dari membiarkan diri tanpa tau apa status kesihatan Sis..
Sumber penuh : SINI
Dengan peningkatan kes positif harian yang semakin mendadak, kerajaan juga telah memutuskan keperluan bagi pesakit bagi tahap 1 dan 2 yang melepasi penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah.
Ini adalah berdasarkan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman Bagi Kontak Jangkitan 2019- Novel Coronavirus (2019-nCoV) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
1. Siapa yang perlu kuarantin di rumah?
Bagi memahami dengan lebih mendalam siapa yang perlu menjalani kuarantin di rumah, fahami terlebih dahulu mengenai status korang di dalam rantaian COVID-19.
Pesakit positif COVID-19
- Berada dalam Kategori 1
- Tidak bergejala atau bergejala ringan dan memenuhi kriteria lain yang ditentukan, boleh menjalani pemantauan dan pengasingan di rumah mengikut tempoh masa yang ditetapkan
- Bagi yang bergejala dan mempunyai ko-morbiditi, korang akan dirujuk Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah untuk rawatan lanjut
- Swab test/ ujian swab ulangan tidak diperlukan
Jangan bimbang, bukan semua pesakit COVID-19 perlu menjalani kuarantin di rumah, pihak KKM akan membuat penilaian mendalam bagi memastikan sekiranya korang mempunyai kawasan yang sesuai bagi menjalani kuarantin di rumah.
Mereka akan membuat penilaian dari aspek keluasan rumah serta bilangan isi rumah yang ada, sebelum membenarkan korang menjalani kuarantin sendiri di rumah. Sekiranya ia dirasakan kurang sesuai, pesakit akan dibawa ke hospital.
Individu yang merupakan kontak rapat dengan dengan pesakit COVID-19 (Kategori 1)
- Berada dalam kategori 2
- Perlu kuarantin di rumah selama 10 hari
- Ujian pengesanan virus COVID-19 perlu dijalankan bagi mereka yang bergejala atas arahan PKD
- Swab test/ ujian swab ulangan tidak perlu dijalankan melainkan arahan PKD
- Sekiranya keputusan ujian COVID-19 positif, kategori korang akan bertukar ke kategori 1
- Sekiranya keputusan ujian COVID-19 ialah negatif, teruskan kuarantin di rumah selama 10 hari
2. Apa itu kontak rapat?
Bagi mereka masih tidak memahami tentang definisi kontak rapat, ciri-ciri yang menerangkan kontak rapat adalah seperti berikut:
- Ahli keluarga yang tinggal serumah/rakan sekerja yang bekerja dalam ruang yang sama/ rakan sekelas/ berada dalam satu kenderaan yang sama dengan individu positif COVID-19
- Bersemuka dengan individu positif lebih daripada 15 minit dalam jarak yang kurang dari satu (1) meter dalam kawasan yang tertutup
- Tidak bersemuka tetapi berada dalam bilik yang berhawa dingin lebih dari dua (2) jam bersama inidividu positif COVID-19
- Berada dalam kenderaan yang sama dalam jarak dua (2) tempat duduk dari individu positif COVID-19
Sis di katagorikan kontak rapat dalam dua perkara di atas yang Sis BLODkan tu ha.. Sis dan kawan yang disahkan positif COVID-19 tu, berada dalam satu kenderaan melebihi 7jam pada hari sama. Sebab itu Sis amik keputusan buat swab test selepas mengetahui kawan tu positif, walaupun Sis takde tanda gejala sekalipun. Then selepas dapati Sis negative, Sis kendiri di rumah dan harini masuk hari ke-4.
3. Berapa lama tempoh kuarantin di rumah
Jika didapati korang positif, tempoh kuarantin berbeza, bergantung sama ada mempunyai gejala atau tidak. Bagi mereka yang masih belum memahami tempoh kuarantin yang akan dijalankan, korang boleh menggunakan jadual di bawah sebagai rujukan.
4. Cara-cara pemantauan kendiri dan kuarantin di rumah
Walaupun korang menjalani kuarantin sendiri di rumah, panduan yang ketat perlu dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan proses isolasi korang ini benar-benar berkesan bagi mengekang wabak ini dari terus berlarutan. Berikut merupakan panduan langkah yang boleh dipatuhi oleh pesakit COVID-19 :
Pesakit :
- Duduk bilik berasingan dengan orang lain. Sebaiknya ada kemudahan bilik air
- Sentiasa pantau diri sendiri setiap hari untuk sebarang gejala. Segera hubungi sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dengan suhu tinggi dan sesak nafas
- Pakai pelitup muka, kalau boleh elakkan pelitup muka fabrik dan sentiasa menjarakkan diri satu (1) hingga dua (2) meter dari ahli keluarga yang lain
- Sekiranya terpaksa berkongsi bilik air, pastikan bilik air dibersihkan dan disinfeksi setiap kali lepas guna
- Kerap cuci tangan dengan sabun dan hand sanitiser
Paling kerap korang kena check bacaan SpO2 oksigen dalam badan korang menggunakan Pulse Oximeter. Setiap rumah MESTI ada alat ini.
Walaupun korang menjalani kuarantin di rumah, korang tetap akan diselia di bawah pemantauan ketat petugas kesihatan yang telah ditugaskan. Terpulanglah pada diri masing-masing, samaada jalankan tanggungjawab bersama bagi memutuskan rantaian COVID-19 ini atau terus buat 'acuh tak auch' kepada wabak virus yang semakin menjadi-jadi ni.. terpulang...
Bagi yang akan menjalani proses kuarantin di rumah seperti Sis, Sisdoakan proses kuarantin korang berjalan lancar dan dapat pulih semula. Pastikan korang kekal di rumah dan mematuhi segala arahan SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM. Lebih-lebih lagi sekarang ini semakin banyak sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi. Termasuk dah boleh Dine-In kann ermmm...
So korang faham apa nak buat jika jadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19..
Moga perkongsian ini bermanfaat buat korang, walau dah lebih dua tahun kita hidup dengan virus ni..
Stay Safe korang..
P/S: Alhamdulilah family, Suami dan anak-anak sangat membantu.. syukurlah...
Nice sharing ni sis. Tak laaa kalut nak cari itu ini
ReplyDeleteni kalau masih x paham juga, x tau la nk ckp apa da
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih Sis atas perkongsian. Cuma PC sedih juga kadang, bila semua dah dijelaskan dan dah diingatkan tapi masih begitu juga.
ReplyDeletekes jangkitan kat Johor pun maintain tinggi aje
ReplyDeletekematian pun tinggi.
Mudah2an kita semua dijauhi daripada jangkitan wabak ini
Bagus juga adanya perkongsian mcm ni, those yg belum jelaa tu harapnya dah boleh faham la kan bila yang perlu kuarantin tu 👍🏻
ReplyDeleteTQ atas ingat Sis. Betul, bila dah kontak rapat, better jaga diri. Jangan la berpeleseran seakan tiada apa kan. All the best and moga dipermudahkan Sis.
ReplyDeleteThis is a good information sharing. It's so important. Thank you for sharing.
ReplyDeleteInformasi yang keren untuk diketahui bersama. Every Malaysian should read this blogpost supaya paham betul tentang bagaimana berperilaku klo kontak erat dengan pasien terpapar Covid-19.
ReplyDeleteStay healthy and God bless you.
Salam dari Covid-19 Survivor.
Alhamdulillah sis sihat.. family bagi support tu yg penting ... kan..
ReplyDeletemmg kena prepare kan.. sentiasa ada stok kat rumah. senang nak check dan monitor
ReplyDeleteSejak pandemik ni. Kita kena bersedia dengan apa sahaja keadaan kan kak. Saya pun terkejut bila kena Kontak Kasual. Even tak da apa-apa pun restriction. Sebagai extra precaution, 14 hari saya kuarantin tak kemana-mana. Kita Jaga Kita.
ReplyDeleteTerima kasih sharing kak. Saya sering jadi kontak rapat. Tapi alhamdulillah kesemuanya -ve. Now pun status kontak rapat turn kerja hari tu pulak slh sorang +ve. Selain follow mcm akk sharing tu sy byk tawakal je sbb ade baby.
ReplyDeleteBagus info ni sangat berguna lah hehehe..moga murah rezeki dan sihat serta selamat dari penyakit bahaya ni..
ReplyDelete