BELI PETAI BANYAK SANGAT, AKU BUAT PETAI JERUK

Sis Lin
16
BELI PETAI BANYAK SANGAT, AKU BUAT PETAI JERUK | KORANG suka makan petai? Kalau dalam family Sis ni yang makan Sis, Suami dan juga Yana, Kakaknya dan anak bujang memang tak makan, jangan kata makan, bau pun dah pening hahahaha.. Tapi bukan kata petai je Sis makan, jering (jengkol), kerdas, tempoyak juga cencaluk pun Sis makan.. Maklumlah 'orang kampung'.. 

Tapi rasanya 'orang bandar' pun ada yang suka makan semua tu kan, pembuka selera oiii, kalau dapat depan mata memang makan nasi tak kira pinggan oii, seram i hahahaha.. 

Petai ni Sis beli jauh nunn dengan Kak Laila, founder Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHI), sejak dia berpindah ke kampung, kalau nengok di facebook dia, bestnya laaaa suasana kampungnya, cuma Sis tak berapa pasti di mana kampungnya sebenar, tak silap terbaca Gerik ke apa entah, tapi memang best oiii.. siap ada sungai dan gunung ganang belakang uma.

Tau-tau bila Kak Laila tunjuk gambar petainya yang matanya bolat gilerrr, apalagi, dua kali termiss nak order, then sekali lagi Kak Laila open order, cecepat Sis wahtsapp Kak Laila, alhamdulilah dapat juga. Sis beli RM30, tapi bila sampai rasanya Kak Laila beri lebih ni, kemain banyak. 

Dan bila dah beli banyak sangat, aku buat Petai Jeruk je laaaa... 

Beli Petai Banyak Sangat, Aku BUat Petai Jeruk

Beli Petai Banyak Sangat, Aku BUat Petai Jeruk

Biasa kalau beli sebekas tu dalam RM10 atau RM5 tak silap, ada lagi kecik bekasnya yang bekas dadih tu, pun kalau nampak Sis beli okay, sebab memang suka makan petai. Tapi kebiasaannya kalau beli petai terus kopek dan makan mentah terus je, ni sebab dah banyak sangat, kalau di biar nanti rosak, so kopek-kopek buat laaa Jeruk Petai. 

Eh, jap, Petai Jeruk ke, Jeruk Petai ek? Hahahaha...

Resepi Petai Jeruk 

Petai
Garam kasar
Air Suam
Asam keping
Cili padi

Cara-cara Membuatnya :

Kupas petai atau boleh je rebus terus dengan tangkainya dalam periuk.
Rebus petai dalam sepuluh hingga lima belas minit
Kemudian, tutup api dan biar sejuk
Kopek dan ambil isi petai
Basuh serta toskan sekejap
Selepas itu, bancuh garam kasar dalam satu sudu besar dengan air suam 
Masukkan dalam bekas plastik atau balang kaca
Masukkan isi petai tadi 
Masukkan asam keping dan cili padi 
Perap selama tiga hari 

Beli Petai Banyak Sangat, Aku BUat Petai Jeruk

Cuma satu kemuskilan dan tertanya-tanya.. kebanyakkannya resepinya kata, rebus petai dengan kulitnya dan keluarkan petai bila sudah sejukkan? then di jerukkan, bila nak makan terus ngap... yang jadi persoalannya, telan terus tak payah kopek lagi ek, so kalau ada ulat ke? telan je laa ek? hahahahaha... 

Korang ada jawaban untuk soalan Sis tu?.. sebab Sis makan, Sis kopek lagi petainya.. ada orang kata, terus makan aje sebiji gitu.. gulp...

Tapi Sis tau, petai pokok Kak Laila ni memang elok, ada gak yang Sis kupas tengok isi dalam, kemain cantik, takde ulat dan hitam dalamnya.. bolehlah rasa konpiden gak kalau nak makan terus sebiji gitu, kalau tidakkk.. dah macam Zombie laaa Sis ko makan petai dalamnya ulat hahahahah.. eeee.. 

Dapat 4 bekas, beri kat sahabat terdekat, alhamdulilah berbagi rezeki sesama.. Orang yang paling happy sekali nampak petai, sapa lagi kalau bukan Suami Sis, dia makan macam makan kacang hahahahaha


P/S: Malam tadi mimpi panjat pokok tinggi giler, pastu jerit tak boleh turun, terkejut Suami tidur hahahahahaa LOL... 

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedapnya jeruk petai.Kat rumah ni kita sorang je makan.yang lain idok!! jadi nak beli tu alahai...

    ردحذف
  2. Ko bole geng ngan fatma ni.. Dia suka la petai jeruk cili jeruk hehhe..kat rumah ni mmg dia sorg je la yg makan

    ردحذف
  3. Errr.. tak pernah makan petai jeruk nii.. tapi sy suka petai.. hoho.. err.. ok.. ngeri mimpi sis tuu.. Hahahahs

    ردحذف
  4. Terus terliur tengok petai jeruk ni haa. Suka juga petai ni. Tapi bila lepas makan kena cepat2 gosok gigi haha....sis suka makan dengan sambal belacan tak pun buat sambal tumis petai.

    ردحذف
  5. Senang jeb nak buat ya tapi tu la x gemar. Kalau mak mertua nak makan boleh try buat tapi takut x ikut piawan dia..haha

    ردحذف
  6. Wak pun pelik, mengapa wak tak pernah makan petai
    Walau pun ada tanam pokok petai

    ردحذف
  7. Saya rasa kalau makan dengan sambal dan nasi tentu best giler. :)

    ردحذف
  8. hahahahahah.. gegeh ya.. puas la menyental bilik air .. tapi sedap ni buat stok kat rumah

    ردحذف
  9. Saya suka bab jeruk jeruk ni. Tapi yang buat sendiri ni lagi best. Jeruk petai, cili hijau, sayur maman. Pergggg bleh la kita geng. Dia mcm addicted nak kena ada time makan nasi atau mee goreng or kuew teow goreng. nyummm. Hehehe.

    ردحذف
  10. khai tak makan petai hahaahah sebab tak makan benda yang berbau. tapi mak ayah makan jee. kite sebenarnya kampung dkt je gn kak laila sana memang banyak sis lin . ikan loma tu pun setiap kali kiteorang balik kg mesti mak order. tapi tu pun khai tak makan hahahahaa

    ردحذف
  11. hoho. Nasib la Rawlins sejenis tak makan petai. Hihi.
    Dalam mimpi tu sempat turun tak? Melampau pula mimpi tu ye hahaha

    ردحذف
  12. Senang buatnye. Marina tak makan petai. Husband kata dia suka lagi petai yang pure

    ردحذف
  13. huda pun peminat petai jugak. tapi tak pernah lagi makan jeruk petai ni. suka yang fresh jer buat ulam tak pun masak dengan sambal tempoyak.

    ردحذف
  14. Wow! This is my grandma's favorite ni, petai.. ingat lagi selalu tolong her beli ni kat tamu sebelum tunggu naik bus sekolah... :) never see her made this recipe before.. nanti boleh suggest kat dia la when dapat balik kampung :)

    ردحذف
  15. Wowo...1st time got to know about this petai jeruk. You're so creative with this. Sure sall petai lovers will love this. Cheers siennylovesdrawing

    ردحذف
  16. Petai mmg sedap tapi kak suka buat sambil ikan bilis campur petai nti blhlah cuba buat jeruk petai plk

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!