MAKAN TENGAHARI JAPANESE BENTO SET GBW HOTEL NI MEMANG PUASHATI!

Sis Lin
12
MAKAN TENGAHARI JAPANESE BENTO SET GBW HOTEL NI MEMANG PUASHATI! | SESEKALI kalau korang nak tukar selerakan, Sis rekemen korang mencuba Japanese Bento Set dari GBW Hotel ni. Memang puashati sekali makan. Kenyang satu hal, portion dia pun banyak dalam sebekas tu. Dan juga setiap set beserta dengan minuman kotak Teh Hijau. 

So untuk mereka yang bekerja nak tapau makan tengahari tu, sesuai sangat. Sis yang duduk rumah aje pun rasa sangat ringkas laaa makan tengahari macam ni. Kira boleh di kategorikan dalam makanan sihat juga ni. Tidak berminyak, dan makanannya berkhasiat.

Sebelum ni Sis dah pernah makan di Hotelnya ketika menyambut hari lahir Suami Sis, kami anak beranak memang makan Japanese Bento Set ni.Semua sukakannya. Harga dengan portionnya memang berbaloi. Dan bila cuba order melalui delivery ke rumah, ternyata sama je rasa dan portionnya ketika makan di Hotelnya. 

Japanese Bento Set ni ada 4 set pilihan. Dan korang boleh order online samaada nak delivery atau pick-up takeaway. Jom nengok 4 set yang dah Sis cuba semuanya. 


Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Gyuniku Shogayaki Bento RM25
Beef Ginger, Agedashi Tofu, Pickles, Rice and Salad 

Set ini set Bento kesukaan Sis, masa makan di hotel pun, Sis pilih set ni. Rasa daging halia dia tu sedap sangat, dagingnya pun tidak liat dan juicy. 

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Shake Terikyaki Bento RM25
Salmon Teriyaki, Agedashi Taofu, Pickles, Rice and Salad

Yang ini pilihan Suami kalau beli Bento. Dia memang suka makan Salmon. Ikan Salmonnya fresh dan tidak berbau hanyir. Memang sedaplah.. saiznya besar pun ya.. puas la makan sekeping tu. 

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Tori Terayaki Bento RM20
Chicken Teroyaki, Agedashi Tofu, Pickles, Roce and Salad

Menu ni anak-anak suka, tak kisah laa sapa nak makannya, yang penting anak suka. Ye laa ayamnya tu lembut, perapan sos teriyaki dia cukup terasa. Kalau korang ada anak-anak kecil mereka boleh makan, sebab tak pedas. 

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Yaki Meshi Bento RM20
Garlic Fried Rice, Fried Chicken, Agedashi Tofu, Pickles and Salad. 

Haa set yang ni lainnya pada nasi goreng tu haa, lainkan nasi putih jepun tu je, yang ni nasi goreng beserta dengan ayam goreng. Yana suka set yang ni. Ayammnya rangup dan nasi gorengnya pun sedap. Budak-budak pun boleh makan, pun tak pedas. 

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Makan Tengahari Japanese Bento Set GBW Hotel Ni Memang Puashati!

Seperti macam Sis tulis di atas laa, setiap set Japanese Bento, akan di berikan minuman kotak Teh Hijau secara percuma beserta sudu dan garfu juga tisu. Tu biasalah kannn.. Dan bekas Bento tu kalau korang nak panaskan pun, boleh je masuk dalam microwave, tapi kalau dah sampai, memang terus ngap lerr oii.. hahahahaha.. 

Tempahan di buka bermula dari jam 12.00pm - 7.00pm 
Minimum korang kena order 5 set dan jika lebih dari 5 set,  korang akan dapat FREE delivery within 20KM radius. 

Sila buat tempahan 1 jam sebelum okay! 
Delivery bermula dari jam 12.00pm | 1.00pm | 2.00pm | 3.00pm
Last order jam 6pm. 

Untuk tempahan boleh hubungi : 
GBW Hotel 016 - 710 0381 

Pembayaran boleh secara Cash on delivery atau Online banking
Theme Crystal Sdn Bhd 
5011 3215 5548 

Facebook | Instagram | Website 


P/S: Rindunya nak makan di Hotelkan.. adoii gatal tapak kaki ni oiii.. 

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ya Allah,s edapnya. lama tak makan bento dah ni. huhu

    ردحذف
  2. Rasa nyesal pula buka blog Sis nie memalam. Terliur tengok menu tu dan teringin nak mencari plak esok.

    ردحذف
  3. sedapnya set beto dia, rasa nak order pula dah la tengah lapar ni..hehe

    ردحذف
  4. awas ye sis daku terliur hahahah dah la kte ni hantu japenese food wakakak..hantar klang boleh?

    ردحذف
  5. alamak lama x makan bento. nampak sedap dan menarik. klu turun johor boleh try ni

    ردحذف
  6. Tengok daging, ayam goreng, Salmon! OMG sedap semua. Bagus hotel buat delivery camni. Boleh meneruskan kelangsungan ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Serius rasa nak pindah Johor. Hahaa

    ردحذف
  7. Telan air liur tengok bento dia. Perut kelaparan dah ni

    ردحذف
  8. Semua set Japanese Bento ni nampak sedap dan buat eiza tertarik nak cuba. Sekali sekala reward diri takpa kan.

    ردحذف
  9. Alahaiii... Kexur ailio nengok bento set tu. Semuanya nampak sangat sedap. Teringat bento set sushi king sebab dah lama tak makan 😁

    ردحذف
  10. Now I m craving for Japanese Bento set and their price pun sangat reasonable.

    ردحذف
  11. Baca ini langsung nak pesan salmon teriyaki bento set dari Shaburi-Kintan dekat rumah neh.. aiyoooo salah aku baca blog ini di 1,5 jam menuju makan siang. Jadi laper wkwkwkwk

    Shake teriyaki bentonya looks yummiii...

    Salam catatan traveler dari Indonesia :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!