PAGI ISNIN YANG SURAM DAN MURAM | INNALILAHIWAINAILAIHIROJIUN.. pagi Isnin harini bersedih tatkala dunia mendapat berita perkhabaran kematian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia awal pagi tadi.
Sis pagi tadi tersedar jam 4.30am, kemudian bangun dan sambil menunggu nak mandi dan azan Subuh, capailah handphone tu sekejap, tengok jam dah 5.28am, then bukaklah instagram, tup-tup ternampak status update dari Shuib di instagram yang mengatakan Siti Sarah telah meninggal dunia.. Allahuakbar, tersentap sekejap bila membacanya.. sedihnyaaaa...
Terkesan sungguh dengan khabar pemergian Siti Sarah ni. Tak tau laa nak gambarkan perasaannya macam mana. Ketika Subuh tadi duduk sekejap 'muhasabah' diri dan serta merta jadi ketakutan dalam semua keadaan. Menangis meratapi diri dan tertanya-tanya dengan diri sendiri, 'Bagaimana agaknya pengakhiran aku nanti?'.. Allahuakbar 😭
Terlalu banyak kebaikan yang arwah buat dalam DIAM, dan kini dunia memperkatakannya..Jomlah kita buat baik bukan harapkan PUJIAN orang, tapi buat BEKALAN kita di akhirat kelak..
Orang BAIK, Allah pasti SAYANG . ..
Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Sarah sekeluarga di sahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut. Akan tetapi Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.
Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat lepas yang merupakan anak keempat pasangan itu. Dan selepas itu, keadaan Siti Sarah semakin tidak baik berikutan kadar oksigennya semakin menurun hanya 40 peratus dan doktor terpaksa tiarapkan dia bagi membolehkan paru-paru Siti Sarah itu kembali normal dan dapat membekalkan oksigen ke dalam tubuh.
Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya..
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Salam takziah buat ahli keluarga Siti Sarah dan seluruhnya..
P/S: .........................speechless pagi ni...
Suram aje hari ni kan Sis...sedih sangat2
ردحذفdana bangun tido kul 6 tadi tak sempat tgk hp terus masak sarapan sebab nak ke pejabat hari ini, dalam kereta dalam pukul 7 lebih baru dengar kt berita kata dia meninggal macam tak caya, sebab kita dok pikir insyallah dia boleh survive, dia akan sedar mcm biasa... tup2 kata meninggal sedihnya sianla anak2 dia
ردحذفBetul Lin...
ردحذفPemergian Siti Sarah meninggalkan kesan bukan sahaja kepada keluarganya tetapi juga kepada ramai yang lain.Semoga Allah tempatkannnya dalam kalangan orang beriman
masya Allah..nama anak2nya pun indah....semoga Allah tempatkan almarhumah Siti Sarah Binti Raissuddin bersama hamba2Nya yang bertaqwa..ameen ameen ya Allah
ردحذفSedih sangat. Terkedu juga PC sebab awal pagi buka hanphone semua kongsi perkhabaran berat ini.
ردحذفSemoga rohnya dicucuri rahmat
ردحذفAaa.. me too.. speechlesss lahhhh.. hmmmm...Amin untuk semua doa di atas... Moga tabah setabahnya Shuib untuk membesarkan anak anak mereka tanpa ibu... Allahuakbar....
ردحذف