PAGI JUMAAT YANG MENDUNG DAN SEJUK

Sis Lin
4
PAGI JUMAAT YANG MENDUNG DAN SEJUK | ALHAMDULILAH tersedar jam 3am lebih hujan turun dengan lebatnya, dengan guruh petirnya, menakutkan betul, sampaikan semua kucing-kucing Sis naik atas katil tidur sama Sis hahahaha, terkejut Mak nak oiiii... ingat ke bulu apa laa kat kaki adoiii.. 

Bila dah tersedar dalam keadaan sejuk, terus tutup ekon dan amik peluang yang ada, Sis solat Tahajjud, terima kasih Ya Allah beri peluang untuk sujud kepadaMu. Selesai solat terus tak boleh tidur, naik katil dengan telekungnya sekali tak bukak, sejukkkk uiiii.. tau-tau tertido sampailah dengar azan Subuh di telefon Sis. 

Hujan masih lebat, sekejap tu jenguk jugak ke luar takut ke naik air di balkoni Sis. Saluran dia tu pernah sumbat, so takut plak kang tau-tau banjir masuk dalam bilik, alhamdulilah nampak okay dah lepas Suami repair. Harini Sis dan anak-anak tak puasa, hajat Yana harini dia nak masak Nasi Minyak. Masa menaip ni pun dia dah kat dapur tu sediakan bahan semua. 

So harini Sis offday, Yana masak hehehehe.. 

Doa Ketika Hujan

Sempat jugalah lepas Subuh tadi melipat kain baju dua bakul tu, dah siap susun cuma tinggal nak mengosok aja. Pun hujan masih lagi turun. Yang ngeri tu siap guruh dan petir, moga tidak ada laa sebarang bencana melanda kannn.. risau keadaan sekarang ni, macam-macam yang berlalu tanpa di duga. 

Kucimg-kucing Sis pun semua terbongkang berlipat badan tidur semua sejuk. Kenit dan Panjang, mana Sis duduk, situlah dia ada. Kalau si Kecik sekor lagi tu, mana lagi port dia kalau tak di ceruk langsir. Masih lagi takut-takut orang, tapi suka menjilat kaki orang hahahaha.. 

Time sepi sunyi, kadang kucing-kucing ni laa jadi peneman. Sekarang dah jadi teman tidur, pantang masuk bilik, ON Diffuser, semua dah ready atas katil hahahaha lawak betul tauuu.. Sis rekod kadang video mereka dan send kat Suami dan anak-anak, semua duk gelakkk.. LOL.. 

Roti Bakar Pecah Telur

Pagi ni sarapan Roti selet jem kacang pastu bakor, pecahnya telur setengah masak, perghhh nikmat time hujan ni weyyyy hahahaha.. Cuma roti je terbako sikit, sebab blur tadi, Sis pi sapu jem dulu, patut bako dulu baru sapu jem, entah apa dalam kepala fikir, ehhhh terselet pulak jem kacang tu dulu... 

Alaa makan sendiri, janji kenyang dan makan sarapan kann... Yana dia makan Kek Tapak Kuda dia, tak habis-habis dengan kek dia.. Amat pulak, lepas Subuh, apalagi, nyambung tidur laaa, lagi hujan ni, ermmmm silap-silap Zuhur kang baru bangun.. 

Doa Ketika Hujan Turun. 

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ. 
“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” 
(Hadis riwayat al-Bukhari).

Moga hujan yang turun ini memberi rezeki yang melimpah ruah buat kita semua, dan perbanyakkanlah berdoa ketika hujan, kerana salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana DOA yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t. apabila hamba-hambaNya berDOA.

Juga moga permudahkan semua urusan penduduk Yan,Gunung Jerai Kedah yang di landa musibah. aamiinn.. 


P/S: Time hujan gini, rindu pada Suami nan jauh di sana 😢

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Jb ujan ye tadi? KL ujan ke idok ntahlah. Tido tak sedau diri betul

    ReplyDelete
  2. Seronoknya hujan sejuk sikit. Tapi tulah risau banjir je kan. Seronoknya dapat cuti masak. Sedap tu nasi minyak. Amboii dua ekor tu sejuk ke tu? Merekot macam sejuk benor nampak.

    ReplyDelete
  3. Minggu ni memang minggu sejuk...Ramai yang lepas solat sedap berada dalam telekung kan...Syok tidur dengan telekung ni lain macam...hihihi

    ReplyDelete
  4. Kannnn.. saya kat tempat kerja pun rasa nak tidoooo aje la... malasnya nak melangkah buat kerjas.. Hahahahaa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!