SALAM MAAL HIJRAH 1443H - AWAL MUHARAM

Sis Lin
3
SALAM MAAL HIJRAH 1443H - AWAL MUHARAM | SYUKUR alhamdulilah masih lagi di berikan peluang untuk bernafas dan meneruskan perjalanan hidup pada tahun baru awal Muharam 1443H. Nikmat 'di hidupkan' kembali ketika ini sangat-sangat berharga buat diri kita. Kita masih lagi di beri peluang oleh Allah untuk perbaiki, menambah dan bertaubat ke jalan yang lebih baik dari sebelumnya. 

Tambah-tambah lagi dalam keadaan pandemik ketika ini, 'nyawa' itu sangat di hargai jika masih bernyawa. Dan selagi bernyawa, nikmatilah dan penuhilah kehidupan dengan berkasih sayang dan juga jalani ibadah penuh istiqomah. Jadikan tauladan di atas kematiannya armarhumah Siti Sarah yang meninggal dunia semalam sebagai asbab untuk kita meneruskan kehidupan yang lebih sempurna. 

Satu Malaysia menangisi pemergiaannya sebagai seorang insan juga ibu yang sangat BAIK di mata manusia juga keluarga dan sungguh MULIA di sisi Suaminya. Sis seharian semalam melihat perjalanan terakhirnya, sangat cemburu.. Dan sering bertanya bertubi-tubi pada diri sendiri, 'Bagaimanakah pengakhiran aku nanti?'.. sangat sebak, menangis seharian semalam.. 

Salam Maal Hijrah 1443H - Awal Muharam

Dan harini Awal Muharam 1443H, bermulanya tahun baru Hijrah, jomlah kita sama-sama 'topup' ibadah kita, tambah dan isi lagi ilmu kita, kuatkan lagi kasih sayang kita, banyakkan bersedekah, dan taat pada Suami, juga cuba maafkan kesilapan orang yang telah melukakan hati kita (yang ini memang susah Sis nak buat).. 

Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1443 Hijrah adalah bersamaan 10 Ogos 2021 Masihi yang juga merupakan salah satu hari kebesaran Islam. Awal Muharram juga menandakan bermulanya tahun baru di dalam kalendar (Takwim) Islam, dimana ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia.

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya. 

Salam Maal Hijrah 1443H - Awal Muharam

Selain dari itu, kita di sunatkan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun sebelum memasuki tahun baru Hijrah. Juga di antara lain amalan yang boleh dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat pada 10 Muharam (puasa Hari Asyura)

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H/2021M adalah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”. Pemilihan tema “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” adalah bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.

Semoga amalan kita di terima oleh Allah SWT dan perjalanan hidup kita dipermudahkan olehNya.. Aamiinn Ya Rabbal-Alamin.. 


P/S: Cepatlah berakhir Covid ni ... kembalikan kehidupan kami yang dahulu, huwaaa 😭

إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru memberikan kita semangat baru dan semoga hari hari mendatang baik baik saja. Aaminn...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!