SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-64 TAHUN : MALAYSIA PRIHATIN

Sis Lin
5
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-64 TAHUN : MALAYSIA PRIHATIN | TAHUN ini Merdeka 64 tahun, sama juga umurnya dengan arwah Emak Sis, cuma Emak lahir bulan Februari sebelum Merdeka lagi. Yaa muda lagi kan, Allah lebih menyayangi Emak. Al-Fatihah..

Sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 bagi tahun 2021 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Generasi muda pasti menganggap merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. 

Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun - Malaysia Prihatin

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun - Malaysia Prihatin

Logo dan tema hari kemerdekaan / kebangsaan bagi tahun 2021 dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun sebelumnya (2020) iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Rekaan logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang turut dikekalkan.

Tema Malaysia Prihatin menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keperihatinan kerajaan sedia ada terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Logo berbentuk hati dengan corak bendera Jalur Gemilang itu melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berbilang kaum tabah dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Dan sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang bakal disambut hari ini, akan menggunakan teknologi tinggi bersesuaian dengan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, susulan pandemik COVID-19.

Sambutan tersebut adalah berkonsepkan 'Mix Reality' iaitu gabungan penerbitan secara fizikal, teknologi AR (Augmented Reality) dan juga XR (Extended Reality), yang berbentuk interaktif dan berteknologi tinggi.

Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Jalur gemilang Bendera Malaysia, 
Megah Berkibar Setiap Hari, 
Selalulah Kita Berdoa PadaNya, 
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.


P/S: Rindunya nak tengok perarakan dan kereta berhias malam Merdeka macam dulu-dulu.. 

إرسال تعليق

5تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!