SELAMAT HARI KUCING SEDUNIA! SELAMATKAN SEEKOR KUCING DENGAN MEMPAMERKAN RASA SAYANG KEPADA KUCING KORANG | Beli produk dari Whiskas®, Temptations™, IAMS™ Cat atau Sheba® pada Ogos ini untuk memberi kehidupan baharu kepada kucing angkat!.
Raikan Hari Kucing Sedunia pada Ogos ini dengan melakukan sesuatu yang bermakna bersama haiwan perliharaan kesayangan korang. Mars Petcare mempelawa pemilik haiwan peliharaan menyertai kempen seluruh negara ‘Kediaman Mesra Bagi Setiap Kucing’, untuk berkongsi kisah yang menyentuh hati bagaimana haiwan peliharaan korang ini mengiau masuk perlahan-lahan ke dalam hati korang!.
Dari 1-31 Ogos ini, belilah produk Whiskas®, Temptations™, IAMS™ Cat atau Sheba® untuk berkongsi kisah korang di halaman Facebook WHISKAS® Malaysia. Untuk setiap kisah sayangkan kucing yang dikongsikan, satu beg makanan kering WHISKAS® akan didermakan untuk memberi makan kepada kucing-kucing di pusat perlindungan.
Jadi jangan lepaskan peluang meraikan haiwan peliharaan korang sambil menyumbang untuk bersama- sama membentuk dunia yang lebih baik buat kucing di pusat perlindungan.
“Pada Hari Kucing Sedunia ini, mari memperingati makhluk mengagumkan ini yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Di Mars Petcare kami percaya kepada filasafah ‘A Better World For Pets’ dan percaya bahawa setiap haiwan peliharaan ini berhak hidup di dalam dunia yang lebih baik. Kepercayaan ini memang sangat bertepatan terutamanya terhadap haiwan yang masih belum mempunyai rumah kekal,” kata Wee Li Ying, Pengarah Negara, Mars Petcare Nutrition Malaysia.
“Kempen ini merayu ihsan pemilik haiwan peliharaan di seluruh negara dengan menggalakkan mereka berkongsi keseronokan menjadikan kucing sebagai ahli keluarga mereka yang kami harap akan menginspirasikan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.”
Inilah caranya untuk korang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kucing Sedunia:
Jangan beli, terima jadi keluarga sendiri!
Banyak kucing di pusat perlindungan dan organisasi penyelamat haiwan peliharaan masih memerlukan rumah. Jika korang belum bersedia membuka hati dan rumah korang kepada haiwan peliharaan ini, korang masih boleh menunjukkan keprihatinan dengan menyebarkan dan berkongsi berita mengenai kempen ini di media sosial untuk meningkatkan kesedaran berkaitan pengambilan haiwan angkat dan sokongan buat pusat perlindungan haiwan.
Menyertai Pergerakan
Dari 1-31 Ogos, buatlah sebarang pembelian produk Whiskas®, Temptations™, IAMS™ Cat atau Sheba® di kedai (dan simpan resit korang!), imbas kod QR di halaman Facebook Whiskas® Malaysia untuk berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM26,000!
Apa yang korang perlu lakukan hanyalah berkongsi gambar kucing si manja korang yang sihat dan riang bersama keterangan gambar yang menyentuh hati dan tanda pagar kempen, dapatkan butirannya di https://www.facebook.com/whiskasmalaysia/.
Untuk setiap penyertaan, Mars Petcare akan mendermakan 1 beg WHISKAS® kepada Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS, yang menjaga lebih 400 haiwan melalui sumbangan dan dana yang terkumpul daripada acara kebajikan.
Nantikan lebih banyak tawaran
Pada 6 Ogos ini, saksikan Acara Langsung Shopee pada jam 11 pagi di https://shopee.com.my/whiskaspedigree.os! Dihoskan oleh personaliti media sosial Hafiz Hamidun, juga pemilik kucing, ambillah peluang ini bagi mendapatkan beberapa tawaran eksklusif untuk produk Mars Petcare!
Setiap pembelian yang dibuat melalui Kedai Rasmi Whiskas dan Pedigree di Shopee, 10% daripadanya akan ditukarkan ke produk dan didermakan ke Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS.
Apapun cara yang korang pilih untuk mempamerkan rasa sayang korang, ingatlah untuk menggunakan tanda pagar #HariKucingSedunia, #WorldCatDay, dan #ABetterWorldForPets.
Selamat Hari Kucing Sedunia!!
Berapa ekor kucing korang ada? Sis ada 3 ekor jerr..
P/S: Ada masa kucing ni hilangkan stress, ada ketikanya mendatangkan stress, boleh giler sekejap 'Mak Ko Ijo'.. hahahaha
saya takut kucing! hehehee :p
ReplyDeleteAlhamdulillah PC ada 10 ekor anak bulus Sis..
ReplyDeleteAda pulak hari kucing sedunia ek
ReplyDeleteWak ada 11 ekor kucing
Teringin juga nak bela kucing
ReplyDeleteBaru tahu ada hari kucing sedunia. menarik tawaran ni. Tapi kucing belaan dah takde. huhuhu...
ReplyDelete