SET LENGKAP MAKAN TENGAHARI 'WESTERN SPECIALTY' HOLIDAY INN JBCC HANYA RM23.90 SAHAJA | SEJUKNYA laaaahaii cuaca pagi ni, hujan turun dari jam 5am lebih sampai ketika Sis menaip ni haa masih lagi hujan turun. Siap pakai stoking lagi ni hehehehe.. Harini masuklah hari ke-4 Sis 'kendiri' kan diri asingkan diri duduk dalam bilik. Kalau nak turun bawah pun, time anak-anak semua dalam bilik, memang Sis elak bertembung.
Takpelah kita berjaga-jaga, tunggu 10 hari, Sis akan buat PCR pulak bagi nak memastikan Sis tiada sebarang jangkitan virus Covid19. Walaupun test RT-Antigen Sis Negative, atas dasar tanggungjawab, kita buat test lagi.. yang penting kita sihat dan orang sekeliling kita pun selamat. Moga semuanya baik-baik ajalah kan..
Dan alhamdulilah juga, sebelum ni Sis dapat jugalah berpuasa pada 9 & 10 Muharram bersama anak-anak. Ada hari yang kami masak dan ada satu hari tu Sis order delivery set lengkap makan tengahari 'Western Specialty' dari Holiday Inn JBCC yang hanya RM23.90 sahaja per-set seperti dalam gambar di bawah ni haa.. Cuma dalam gambar tu, Sis dah siap hidang dalam pinggan, supaya senang kami nak makan.
Tapi korang tengoklah, setiap set lengkap dengan buah, salad dan juga minuman.
Menu Western Specialty ni ada 3 set pilihan yang boleh korang cuba. Antaranya; Lamb Ragout Sandwich, Oven Baked Mexican Chicken Wings dan Vongole Pasta. Kalau korang suka makan tengahari yang simple dan menu ala barat, haa sesuai laaa untuk makan set ni.
Untuk kali ni tiga-tiga jenis menu Sis amik. Boleh rasa semuanya kan. Korang boleh order samaada nak delivery, takeaway/pick-up.. caj penghantaran mengikut jarak kawasan, tapi tak silap Sis masa Sis order, mereka guna Lalamove untuk servis penghantaran. Tak lama juga, dalam setengah jam sudah sampai.
Dan pakaging yang korang terima seperti dalam gambar di atas la. Nanti nak makan ikutlah gaya style korang nak makan dan hidang. Macam Sis kalau order makanan, memang lebih selesa hidang dalam pinggan, rasa puas makan dalam pinggan gituh.. hehehehe..
Jom nengok 3 menu Western Specialty yang sedia ada untuk korang nikmati..
Vongole Pasta
Menu ni ala Italian, kalau korang nak tau makna 'vongole' tu dalam bahasa Italy adalah 'clam' tu haa, kita panggil lala ek? Ye ke ek? Hahaha.. Sis ko pun tak reti ler, setahunya gitulaa.. so thats means, Vongole Pasta ni di masak bersama clams dan menggunakan minyak zaitun, sebab itulah pasta ni nampak kering. Rasa dia pun 'sesuatu', tak reti Sis nak cakap macam mana, maklumlah tekak Melayu hahahaha..
But okaylah.. mula ingatkan blognese, tapi bila makan ehhh bukan.. nak kata olio aglio, lagi bukan.. ooo dia Vongole Pasta hahahahaha... adeiii.. Set ni beserta salad, buah dan juga minuman tin okay.
Lamb Ragout Sandwich
Okay set yang ni rata-rata sesiapa yang dah cuba semua sukakannya. Memang benar, anak bujang Sis pun suka menu Lamb Ragout Sanwich, sekali gigit 'meragut' selera hahahaha.. Isi sanwich tu anak kata nak kata macam kebab bukan, tapi sedap rasanya.
Ada rasa pedas-pedas, rasa sos sedikit, dan okaylah.. Sis minta gigit rasa sedikit, ermmm okaylah, kenyang makan tu sebab rotinya besar juga.. siap juga dengan salad, buah-buahan dan juga minuman tin. Yang bestnya siap ada potato chip, cuma korang kena makan le potato chips tu, kalau dibiar sekejap jadi lemau, ye laa kena udara kan..
Oven Baked Mexican Chicken Wings
Yang set ni kann, kalau makan memang meratah aje, atau kalau korang jenis diet ke kan, tak makan nasi, haaa bolehlah beli set Oven Bakes Mexican Chicken Wings ni.. Kepak ayamnya pun banyak, beserta dengan potato wedges, sayur-sayuran dan juga ada salad, buah dan minuman juga.
Ayamnya Sis panaskan balik masa nak makan, still okay, tak kering, still lembab dan rasa pun okay.. alaa kepak ayam goreng kann.. makan cecah dengan sos pun dah sedap..
Bila nak makan, haaa Sis masuk pinggan dan semua Sis satukan, banyakkkannnn.. memang muai makan 3 orang. Baik saladnya dan juga buahnya. Yang best buahan dia tu siap di sertakan asam dan juga pencecah. Air minuman pun dapat 3 jenis berlainan.
Setiap set lengkap makan tengahari Western Specialty Holiday Inn JBCC ini hanya RM23.90 sahaja. Korang bolehlah mencubanya. Details tempahan Sis sertakan di bawah ini okay.
Di buka setiap hari dari jam 1am hingga jam 8pm
Menu tersedia :
Lamb Ragout Sandwich
Oven Baked Mexican Chicken Wings
Vongole Pasta
Boleh buat tempahan samaada Delivery, Pickup/Takeaway
Untuk Pickup/Takeaway, pengambilan makanan di Hotel Dropoff Lobby, Level G
Free Delivery within walking distance from hotel
Untuk tempahan, korang boleh Call atau Whatsapp +601151122168 .
P/S: Kalau ko rasa mahal, ko masak je laa sendiri yaaa... :p
Selamat menjamu selera Sis Lin, nampak semua tu jenis fulfilling punya makanan tu, yumss
ReplyDeletekitorang kalo bab Vongole Pasta terus jadi vonggola, vonggo cha cha cha!
ReplyDeleteMurahlah harga set makanan dia tu...
ReplyDeleteLin, knp buat pcr? Macam tertinggal ketapi lak kita
Kak harga dia tuuuu 🥺. Murah lah. Sedap pula tu. Rugi kalau tak grab pembelian camni. Kat Johor harga murah camni. Kuala Lumpur memang takdok la. Mahal aje sokmo.
ReplyDeletemurahnya. biasanya takkan dapat portion banyak macam ni dengan harga tu. siap ada chicken wings & salad. berbaloi baloi
ReplyDeleteaduss terliur dibuatnya , nasib baik baru lepas makan lunch. hehe. nampak sangat berbaloi dengan harga yg murah tu. kalau dekat ni, mesti saya dah order. :)
ReplyDeleteMurah juga ye package yang dia sediakan... portion pun sangat generous bah... menu2 dia pun semua my favorite ya... adehhh,, kalau ada package macam ni kat KL kan bagus.. (Y)
ReplyDeleteTerliur tengok makanan dia. Banyak variety. Teringin nak cuba set lunch dia
ReplyDeleteMurahnya RM23.90 .Tengok gambar foods dia menyelerakan sungguh. hehe lapar iena dibuatnya.. nasib baik jauh.kalau dekat order dah :)
ReplyDeleteAbsolutely worth it this package to order & enjoy. All the food items look so delicious. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteEhh. berbaloi dengan harga tuuu... niceeeee. niceeee
ReplyDeleteWah the Western Specialty sets dari Holiday Inn JBCC really worth it and portion pun besar juga.
ReplyDeleteWahhh nampak sedap. berbaloi sangat ni. dapat mcm mcm makanan. :) nyums
ReplyDelete