5 KHASIAT MAKAN IKAN KELI YANG RAMAI ORANG TAK TAHU!

Sis Lin
6
5 KHASIAT MAKAN IKAN KELI YANG RAMAI ORANG TAK TAHU! | KORANG suka makan ikan keli? Kenapa tak makan? Sebab geli? Berlendir? Berbau hanyir? Yaa kalau ikutkan begitulah fizikalnya si ikan keli ni. Kalau Sis pun sama, kalau nak makan ikan keli ni, pastikan dah siap potong dan cuci atau kalau nak makan pun, makan di kedai jerr.. namun nak beli hidup-hidup tu, potong dan masak sendiri, memang idokk lerr.. 

Sangat jaranglah beli ikan keli ni, yang biasa beli pun jenis spesis sama 'bermisai', samaada ikan duri atau ikan mayong. Kalau ikan sembilang pun tengok saiz, kalau Suami memancing, Sis pesan awal-awal, kalau takat beso kaki paha baby tu, tak payah bawak balik.. hahahaha.. kesian ikan baru nak hidupkan.. tapi orang kata yang kecik tu ler sedap, entah.. 

Tapi tahukah korang, Ikan keli menjadi antara pilihan jenis ikan yang sering dimakan oleh masyarakat di Malaysia. Walaupun harganya agak murah, namun terdapat pelbagai khasiat ikan keli yang boleh diperoleh apabila kita memakannya. 

Ini Antara 5 Khasiat Makan Ikan Keli Yang Ramai Orang Tak Tahu


Ini Antara 5 Khasiat Makan Ikan Keli Yang Ramai Orang Tak Tahu. 

Manfaat ikan keli 1: Menjaga kesihatan jantung

Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3. Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.

Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia. Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.

Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar. Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.

Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko korang untuk mendapat penyakit jantung.

Khasiat ikan keli 2: Baik untuk kesihatan otak

Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak. Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko korang untuk mengalami penyakit Alzheimer.

Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik. Namun, korang juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli. Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.

Manfaat ikan keli 3: Mencegah penyakit anemia

Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak. Korang tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini. Apabila korang memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.

Oleh itu, ikan keli boleh membantu korang untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.

Ini Antara 5 Khasiat Makan Ikan Keli Yang Ramai Orang Tak Tahu

Khasiat ikan keli 4: Mengurangkan risiko alami strok

Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu korang untuk mengurangkan risiko mengalami strok. Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.

Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.

Khasiat ikan keli 5: Menjadikan sistem imun lebih kuat

Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh. Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.

Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit. Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Kandungan nutrisi yang ada pada ikan keli

Baik masakan di rumah mahupun hidangan di kedai makan, ikan keli diolah dengan pelbagai resepi yang enak. Biasanya, ia boleh didapati dalam bentuk ikan keli goreng, ikan keli salai atau ikan keli masak berlada.

Harga ikan keli juga cukup murah dan kerana itulah ia menjadi antara pilihan utama hidangan jika menikmati makan tengah hari di kedai. Walaupun berharga murah, terdapat banyak manfaat ikan keli yang ramai tidak tahu.

Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
  • Protein: 16.38 gram
  • Lemak: 2.8 gram
  • Kolesterol: 58 mg
  • Vitamin D: 12.50 mcg
  • Natrium: 43 mg
  • Kalium: 358 mg
  • Kalsium: 14 mg
  • Zat besi: 0.30 mg
  • Vitamin B3: 1093 mg
  • Vitamin B12: 2.23 mcg

Oleh itu, jika korang ingin memasak ikan keli, cuba kurangkan penggunaan minyak masak atau menggantikannya dengan jenis minyak masak yang lebih sihat.


P/S: Dapat makan pecel ikan keli, perghhh sedappp oiiiii... nikmat.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dana suka ikan keli yg digoreng sampai garing pastu krup krap makannya... tapi dana tak pernah goreng sendiri sbb takut terpercik-prcik minyak hehehhe

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha samalah Sis Dana, kalau beli hidup-hidup dan masak sendiri, memang tak laaa, biasa beli makan kedai jerrrr

      حذف
  2. SA memang suka ikan keli...banyak khasiatnya...lagipun Pak Zain ada bela...so...terjamin kesedapan dan kebersihannya...janji semua dai siang dan bersihkan SA tinggal masak je

    ردحذف
    الردود
    1. Bestnyaaa... tang nak menyiang dan pegang tu Sis tak sanggup SA, makan pun kat kedai je dah siap masak..

      حذف
  3. Ikan keli berlado goreng garing-garing sodap kan kak.

    ردحذف
    الردود
    1. Gilerr tak sedap, sampai ke kepalanya daku gigit hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!