AKU MASAK LAKSA JOHOR SEMPENA CUTI HARI HOL SEMALAM

Sis Lin
6
AKU MASAK LAKSA JOHOR SEMPENA CUTI HARI HOL SEMALAM | SEMALAM ramai juga tanya, Johor cuti apa? Bila kata Hari Hol, di tanya pulak, apa itu Hari Hol? So bagi korang yang tak tau, bolehlah baca di posting blog Sis sebelum ni mengenai apa itu Hari Hol ya. Nasib yang tanya tu bukan orang Johor, kalau orang Johor yang tanya kan, ishhh tak tau nak kata apa.. 

Dan semalam juga hujan turun dari pagi hari membawa ke petang hari, makanya aktiviti Sis di rumah apa aje yang boleh buat, selain masak dan makan. Suami pulak turun ke-laut, Yana pun tak bekerja, dan paling seronoknya, Mama Mia datang ke rumah lepak-lepak dan makan. MakanYa meriah laaa rumah Sis semalam. 

Awal pagi tu memang dah plan dengan Yana, nak masak Laksa Johor aja, nanti dah petang sikit barulah masak lauk untuk Ayahnya dan anak bujang. Sebab mereka berdua ni tak berapa gemar makan Laksa. Bukan Laksa Johor, segala apa jenis Laksa, Ayahnya dan anak bujang tak berapa suka. Jamah buat rasa-rasa okay laa.. 

Aku Masak Laksa Johor Sempena Cuti Hari Hol Semalam

Lepas aje Suami pergi tu, dalam jam 6.30am lebih sikit tu Sis dah terus ke dapur, nak kerjakan ikan kembong dan udang untuk di rebus dan kopek isinya untuk di jadikan kuah laksa. Bahan-bahan untuk kisar Yana dah sediakan, so tinggal Sis blender ajer. 

Sambil sediakan kuah laksa, Yana tolong pulak hiris dan sediakan bahan sampingan untuk di makan bersama Laksa Johor nanti. Tengah Yana siapkan tu masuk dalam mangkuk, Sis duk tenung jerr tau sambil fikir dan tertanya-tanya.. 

'Apa ekk bahan yang takde ni? Sis tanya kat Yana. Tapi Yana diam jeer, tapi dia senyum-senyum.. hurmmmm... 

Aku Masak Laksa Johor Sempena Cuti Hari Hol Semalam

Cuba korang tengok, apa yang takde?... 

Lama duk fikir bila dah siap semua kan, barulah ingat dan perasa.. 'Dikkk, taugeh laa takde'.. Yang Yana terus gelakkkk kemainnn... patutlah dia senyummm bila Sis tanya dia, rupanya dia sajee nak kenakan Mak dia, sebab dia tau Maknya suka makan taugeh.. 

Terus Yana kata, 'Tak payahlah Mak, nak beli Pandamart, kesian hari hujan ni'... hurmmmm ..akhirnya mengalah juga Sis, so Laksa Johor semalam makan tanpa taugeh... huhuhu.. 

Aku Masak Laksa Johor Sempena Cuti Hari Hol Semalam

Ishh lain macam makan takde taugeh. Bahan sampingan yang ada cuma, timun, bawang, limau kasturi, daun kesum dan juga bunga kantan. Taugeh, kacang panjang dan juga lobak asin yang takde. Sambal belacan? Sis tak buat sebab kuahnya semalam bila siap, agak pedas sikit, so Yana kata tak payah laaa sambal belacan. 

Alhamdulilah, rezeki adik-adik semalam, dapatlah mereka merasa Laksa Johor Sis. Takdelah sesedap air tangan arwah Emak tapi cukuplah kalau adik-adik kata, 'sedap', hehehehehe.. tu pun guna ikan kembong ajerr.. 

Spageti tu pun sama, ingat 3 bungkus stock di rak penyimpanan barang dapur Sis tu spageti laa, rupanya fettucini hahaha.. gasakk laaa janji ado.. 

Ni Sis sertakan Resepi Laksa Johor paling mudah dan sedap, korang cubalah, Sis jumpa pun dalam FB dan Sis try, menjadi sedap laksanya..

Bahan-bahan: 
Spaghetti (rebus dan toskan)
2 kilo ikan kembong (rebus, asingkan tulang dan kisar semua)
Udang basah (kopek isi dan kulit rebus dan kisar)

Bahan kisar; 
Serai 6 - 7 batang
Bawang merah besar 5 biji
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Cili kering 15 ke 20 batang
*Kisar semua sehingga hancur lumat.

Bahan tumisan; 
Minyak masak anggaran secawan
Rempah kari babas 2 paket kecil
Kerisik sepaket kecil
Garam
Ajinomoto

Cara Memasaknya; 
Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak 2 hingga 3 kali. Setiap kali pecah minyak tambah air.
Kemudian masukkan rempah kari bersama bahan perasa.
Bila kuah dah naik minyak, boleh masukkan isi ikan yang dikisar, air tulang ikan, air kulit udang dan juga isi udang kisar. Gaul sebati. 
Kemudian masukkan kerisek dan santan.
Kuantiti air korang kena tengok, sebab kuah laksa johor mesti pekat. So ikutlahkepekatan yang korang suka. Kalau Sis suka pekat. 
Dah siap, tutup api. 

Bahan ulam;
Taugeh
Timun
Bawang besar
Lobak masin
Limau kasturi
Daun kesum
Bunga kantan
Sambal belacan

Selamat mencubanya.. 


P/S: Pagi ni ada semangkuk baki semalam, jadilah buat sarapan Sis pagi ni, alhamdulilah.. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wow sedapppnya laksa johor
    lemak2 gitu kan
    laksa Perak pandai, laksa Johor tak penah try buat lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kalau masak Laksa, makan sehari pn takpe, nanti cubalah buat yaa..

      Delete
  2. Sedapnya laksa Johor. Buat sendiri lagi ngam rasa dia kena dengan selera. Alahaii takde togeh kurang umphhh..saya pencinta togeh :) takpelah mengalah kesian rider nak hantar hujan hujan ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Fizah, takde taugeh tu macam tak sempurna Laksa, tapi sebab hujan, malas pulak nak order...

      Delete
  3. Sedapnya la. Puas makan bila masak sendirikan sis. Mohon copy resepinya ya Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, puas makan reramai gitu.. amiklah PC, nanti boleh cuba..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!