AKU PALING SUKA KUIH BULAN DURIAN DARI SDS NI!

Sis Lin
8
AKU PALING SUKA KUIH BULAN DURIAN DARI SDS NI! | MASIH lagi dalam mood perayaan pesta kuih bulan atau Mooncake sempena Mid-Autumn Festival baru-baru ni. Dan tahun ini, adalah tahun paling banyak Sis makan kuih bulan, alhamdulilah rezeki kann, bukan senang nak dapat makan kuih bulan sedap setaipa tahun. 

Tapi jujurnya jika korang baca setiap posting Sis mengenai kuih bulan yang Sis review, Sis memang paling suka kuih bulan jenis snow skin perisa durian (musang king) dari SDS Bakery & Cafe ni. Pun sama juga, tiap tahun tak pernah ketinggalan untuk Sis merasainya. 

Tak tau nak cakap ekk, sebab kuih bulan durian dia memang padu habis arr kalau makan. Korang boleh try Signature Yukino Mooncake dia yang perisa Kingu Dorian Yuki atau Dorian Yuki perghh sekali potong, penuh isi durian dalamnya, bila makan, kelazatan rasa durian dia nikmat gilerr wooo.. 


Aku Paling Suka Kuih Bulan Durian Dari SDS Ni!

Tapi bukanlah kata hanya ada jenis Snowskin aje kuih bulannya, tapi ada juga kuih bulan tradisi mereka yang terdiri dari pelbagai jenis dan perasa untuk korang pilih, Sis nak senaraikan pun memang tak tersebut satu-satu. Sangat banyak.. 

Harganya juga berlainan mengikut jenis pilihan kuih bulan. Ye laa ada yang mahal sikit, ada yang harga biasa, tapi kalau jenis mahal, sudah tentulah rasanya pun double sedapkan.. memang kalau korang makan dan rasa, setiap jenis akan ada rasa yang berlainan mengikut ikut dalam kuih bulan tu. 

Bagi peminat kuih bulan, korang tau laa kan, apa yang sedap dan apa yang memenag nak kena beli dan cuba, tapi kalau nak kelainan pada rasa kuih bulan, boleh je cuba jenis perisa terbaru yang terjual. 

Aku Paling Suka Kuih Bulan Durian Dari SDS Ni!

Haaa see see, cuba bayangkan kalau masuk dalam mulut, dan terasa akan rasa durian sebenarnya hahaha.. tak ke boleh habis seketul tu sekali hadap, takde nak simpan-simpan punya weiii.. memang Sis dapat dua, sekali dua-dua habis Sis makan kekeke.. 

Kuih bulan jenis snow skin ni lain dari lain sikit, teksturnya lembut macam korang makan Mochi tapi ala-ala macam aiskrim, ehhh entahlah susah nak cakap macam mana ekk, kena rasa sendiri, tapi memang sedap. 

Kalau jenis kuih bulan tradisi tu, tu korang dah biasa nengok dan makan kan? So nanti korang cubalah pulak jenis snow skin macam ni, memang sedap, makan sejuk-sejuk gitu. 

Aku Paling Suka Kuih Bulan Durian Dari SDS Ni!

Tak silap Sis laa, ada lebih dari 24 jenis kuih bulan tradisi yang terjual di SDS ni, memang banyak, kalau Sis biasa pergi di SDS Bakery & Cafe Johor Jaya ni, penuh dengan kuih bulan sesaja depannya tu. Pilih je laa nak yang mana. 

Dan paling mengujakan Sis adalah, setiap tahun mereka akan bertukar bekas kuih bulannya. Dan tahun ni seperti yang korang nampaklah, bekas tin merah dua tingkat seolah macam magkuk tingkat gitu. Legend sangat sekali pandang, macam anak cucu bawak kuih bulan ke rumah nenek gitu hehehehe.. 

Harga kalau sekali set dengan bekas juga berlainan, jika korang beli lebih dari 4 hingga 6 jenis kuih bulan ke macamtu, akan dapat free bekas cantik tu. Sangat eklusif okay. 

Aku Paling Suka Kuih Bulan Durian Dari SDS Ni!

Aku Paling Suka Kuih Bulan Durian Dari SDS Ni!

So bagi korang yang nak mendapatkannya, boleh la ke cawangan-cawangan SDS Bakery & Cafe atau boleh beli secara online melalui wahtsapp di https://wa.me/60127660589 atau di laman website mereka. 

SDS Bakery & Cafe
Di buka setiap hari
Dari Isnin hingga Jumaat 
Dari Jam 9.00am - 6.00pm
Contact untuk dapatkan cawangan terdekat korang :  012-722 0359

Facebook | Instagram 
 

P/S: Puas makan kuih bulan tahun ni, next pesta muruku plak hahahahaha.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Saya baru first time makan kuih bulan. Menarik betul tengok corak corak kuih bulan tu. Banyak perasa rupanya kan. Agak jakun sikit tengok kuih bulan ni. Heheh..

    ReplyDelete
  2. Pernah juga merasa kuih bulan. Ibu kepada kawan baik Dania yang buat sendiri. Sekali rasa sedap juga.

    ReplyDelete
  3. Tergoda pula tengok gambar kuih bulan jenis snow skin tu. Tengok gambar pun dah tahu sure sedap ni. Mochi memang sedap. Soft dan kenyal-kenyal.

    ReplyDelete
  4. Uikss sedapnya sis. Sis kte suka yg snow skin tu sebab dia cam mochi ekekek kte peminat mochi

    ReplyDelete
  5. Menyelerakan betul. Saya belum lagi mencari kuih bulan utk tahun ni. Nanti nak cari Durian ni. Tertanya-tanya rasa dia camana. Macam keropok durian ke? Atau macam durian crepe ke? Hehehe

    ReplyDelete
  6. Cantik betul bekas dia. Suka tengok kek bulan ni menarik bekas2 dorang offer kan. Kadang terbeli sebab bekas je ha...

    ReplyDelete
  7. Kita pernah rasa yang snow skin kuih bulan dan inti Durian Musang king memang power lah terbaikkk rasa tak cukup satu kotak tu huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Alaa tak ingat lak penah rasa ke tam durian punya mooncake. Tapi macam pernah and rasa dia memang sedap gilos! Taun ni takde rezeki lagi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!