BAHAGIA CARA KITA, BERSYUKUR SEADAANYA | BAHAGIA banyak cara, yang utama bahagia cara kita, jangan ikut-ikutkan sangat bahagia orang, mungkin cara orang lain tak sama dengan kita, begitu juga rezeki. Allah dah bagi bahagian memasing, so jangan dengki dengan rezeki orang lain..
Dan yang paling utama, jangan kau bahagia atas penderitaan orang lain... Allah akan laknat kau selagi orang yang kau aniaya tu tak maafkan kau, kau nak ke macamtu?.. salah dengan Allah, kita boleh bertaubat, tapi salah dan menyakitkan hati orang, dengan orang tu juga ko kena mohon maaf..
Jika harini kau bahagia, maka bersyukurlah. Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur. Sesungguhnya, syukur itu mengusir kegelisahan, menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad. Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah…tetapi juga satu muqadimah.
Syukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya akan menjemput rezeki di sekeliling kita. Rezeki kasih sayang, kesihatan yang baik, Rezeki Iman Dan Islam, Rezeki Keluarga Bahagia, Rezeki Senang Hati. Subhanallah, banyaknya rezeki kurniaan Allah untuk kita setiap hari. Jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki kita. Lazimi zikir, ALHAMDULILLAH.
Orang bersyukur percakapannya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum. Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup!.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Ada tiga (3) perkara yang harus kita lakukan ketika kita menerima nikmat Allah agar kita dipandang sebagai hamba yang bersyukur kepada-Nya.
Pertama: Secara batiniah kita harus mengakui telah menerima nikmat dari Allah.
Kedua: Secara lahiriah kita mengucapkan syukur atas nikmat itu.
Ketiga: Kita harus menjadikan nikmat itu sebagai pendorong untuk lebih kuat beribadah kepada Allah swt.
Bila ketiga perkara tersebut telah berpadu dalam diri seorang hamba, maka ia layak dikatakan sebagai hamba yang bersyukur kepada Allah.
“Sesungguhnya ada suatu kaum yang beribadah kepada Allah dengan pengharapan, yang demikian itu ibadah seorang pedagang dan ada lagi kaum yang beribadat kepada Allah kerana takut, yang demikian itu ibadat seorang hamba (budak) dan ada suatu kaum yang beribadat kepada-Nya dengan perasaan syukur, yang demikian itu ibadah seorang yang merdeka” (Imam Ali as, Al-Bihar 78 : 69) 55]
Syukur itu bahagia. Lihatlah dengan pandangan iman dan berlapang dada dengan rezeki yang dimiliki orang lain kerna kita tidak tahu kesusahan yang Allah uji mereka. Kita hanya nampak dia senang pada pandangan kita lalu kita rasa iri hati dan sedih. Kita tak tahu apa yang disembunyikan di hati mereka dengan ujian yang Allah bagi pada mereka.
Cuba kita lihat dan nilai setiap apa yang Allah berikaan nikmat pada kita. Nescaya tak terhitung. Syukur itu perlu dididik. Moga hati menjadi lapang dan tenang. Nikmat hidup bersyukur pada Allah. Bagaimana untuk menjadikan syukur itu berbekas di hati?
5 cara untuk menjadikan SYUKUR itu sebati di hati:
1. Memperakui
– Orang yang bersyukur adalah orang yang bersedia menerima qada dan qada’ walaupun suka atau tidak serta memperakui itu datangnya dari Allah
– Contoh kita dapat bonus. Alhamdulillah bonus itu Allah beri melalui majikan.
– Memperakui semua yang berlaku itu sama ada nikmat atau musibah datang dari Allah
2. Menerima
– Menerima takdir Allah mengikut kadar takdir yang Allah telah susun
3. Muhasabah diri
– Sentiasa memuhasabah diri.
4. Memperbaiki diri
– Bila kita sedar tentang kelemahan diri kita, kita memperbaiki diri kita ke arah kebaikan.
5. Menyerah Diri Pada Allah.
– Menyerahkan segalanya pada Allah.
– Bila kita bersandarkan pada harta, kewangan, pangkat, ingatkan semua itu rapuh.
Moga syukur itu sentiasa melekat di hati dan menjadi sebati dalam kehidupan kita.
Mensyukuri apa yang disaji,
Walau hanya sayur sawi,
Itulah dia nilai kekayaan hati,
Patut ditiru dan dibagi supaya makin banyak yang mengerti,
Bahawa hidup ini tidak perlu lagi diratapi,
Namun untuk dihargai apapun yang diberi.
Semoga perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua. InsyaAllah
P/S: Hidup hari ini penuh dengan masalah dan kesusahan. Cara untuk hidup bahagia: Mencari kepuasan, kukuhkan perkahwinan, dan menghadapi masalah kesihatan. Moga Allah pelihara kebahagian kita semua..
terima kasih sebab ingatkan kami yang leka. :')
ردحذفSama-sama bermanfaat buat kita semua yaa..
حذفTerima kasih
ردحذفSama-sama kasih Wak..
حذفAturan Allah yg terbaik. utk. kita
ردحذفkehidupan. yg berbbeza beza
terima. seadanya
Betul tu, bahagia memasing kann..
حذفtq kak share
ردحذفSama-sama Rabiatul..
حذفterima kasih sisLin, suka entry ni. nak take note.
ردحذفYup Cha, moga bahagia selalu milik kita..
حذفBahaya bila hidup bahagia atas penderitaan orang lain.
ردحذفKan PC, memang tak tenang hidup.. semua berhak bahagia, tapi kalau boleh jangan bahagia 'menumpang kasih' orang...
حذفTeruskan bersyukur....Bahagia cara memasing.. buangkan rasa dengki.. behtul tuuuu.. Saya bersyukur dipertemukan dengan kamu sisturrr!
ردحذفAlhamdulilah... makaseh juga Nona sayang...
حذف