BERMULALAH HARI INI FASA 2 DI NEGERI JOHOR

Sis Lin
4
BERMULALAH HARI INI FASA 2 DI NEGERI JOHOR | ALHAMDULILAH walaupun antara fasa 1 dan juga fasa 2, macam tak ada banyak bezanya, tapi sekurangnya banyaklah juga sektor ekonomi dah boleh buka dan juga sektor pelancongan sudah boleh mula bergerak. Yang lain-lain rasanya sama juga macam fasa 1. SOP tetap dan masih lagi sama. Paling utamanya mereka yang lengkap 2 dos aje di benarkan ke sana ke sini dan masuk keluar permis termasuk dine-in. 

Rindu melancong? Jom vaksin dulu! Hohohoho itu tagline Tourism Johor ya.. nak melancong, kenalah vaksin dulu.. yang rasa taknak vaksin, tidak ada paksaan tapi kekal aje laa di rumah, kesihatan korang amat di khuatirkan. 

Sis pun sama juga, belum ada perancangan nak travel ke mana-mana, belum ada beli tempahan memana pakej penginapan, sebab buat masa ini, belum 'ready' untuk mengadap ramai orang depan mata. Dulu lain, sekarang lain, nampak ramai orang je dah mula 'cuak' macam haper.. cepat-cepat bertindak untuk menghindar. Kadang tu anak sendiri pun gelakkan, tapi tak apa, lindung diri lindung semua. 

Dan palimg lama gilerr dan rindu sangat, Sis nak ke Pasar, huhuhu rindunya nengok ikan di pasar, buat masa ni hanya beli dalam online kejiran ajer. Ikan pun yang banyak bila Suami bawa balik aja dari memancing, lelain macam seafood ke, daging ke, semua beli online dengan kejiranan Sis. 

Ada ketika kalau singgah Pasar Nelayan ke, Suami aje yang turun, tapi tu bukanlah pasar macam betul pasar riuh tu, Sis rindu pasar macam Pasar Tani, Pasar Borong, dan paling dekat Pasar Kipmart tempat rumah Sis ni je aaa.. lama gilerr ko tak pergi, rasa dekat lebih 2 tahun dah... 

Tak apalah, insyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa. Dan mungkin satu hari kita ni kena jalani kehidupan seperti biasa bersama virus dan kena biasakan diri dengan semua keadaan dalam norma baharu.. nak buat macam mana kan.. pasrah aje lerr.. 

Bermulalah Hari Ini Fasa 2 Di Negeri Johor

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor masing-masing akan beralih kepada Fasa 4, Fasa 3 dan Fasa 2 berkuatkuasa Jumaat ini (hari ini). Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.

Keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). SOP bagi negeri yang memasuki Fasa 2, 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini dan keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Berkuatkuasa hari ini, semua kedai runcit, pasar raya mini, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi daripada jam 6 pagi hingga jam 12 malam. Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang sudah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober ini.

Pusat, premis atau produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober ini dengan semua pengusaha, operator, pelawat dan pengunjung lengkap divaksin. 

Pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat KKM. Kehadiran pekerja juga bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warganegara adalah percuma. Kerajaan menyeru, dengan kelonggaran yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri - hmetro 


P/S: So korang, jaga diri dan stay safe ya.. jomlah ke kedai JAJAN hohohoho.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga terus kekal jaga SOP..
    Penah sekali ammi tegur abg jual nasi tu supaya pakai mask bebetul..dia letak bawah hidung. apo???

    ردحذف
    الردود
    1. Hurmmm Sis pun dah berapa gak ada menegur orang sini juga, tapi mereka gelak aje Ammi.. macam tak amik kesah dan serius..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!