CANTIK MACAM EMAKNYA KAN? LOL!

Sis Lin
10
CANTIK MACAM EMAKNYA KAN? LOL! | TENGAH kemas-kemas kotak yang banyak sangat tersusun tu, pilih-pilih nak buang satu-satu, bukak satu-satu then ternampaklah kotak DIOR hadiah dari dua anak perempuan Sis kepada Ayahnya bulan lepas..duk belek-belek, ehhh sekali ternampak plak satu keping sampul. 

Duk fikir gak, sampul apa ni, sebab masa anak beri Ayahnya, takde pulak nampak sampul ni di keluarkan.. Sis pun bukak laaa sambil belek-belek kotak tu..

Bila bukak, duk gelakk terus sengsorang Sis si buatnyaa hahahaha.. adoiiyaiii kad ucapan harijadi Ayahnya ni haaa.. apsal masa bukak kotak dulu tak nampak kad ni... patutlah Kakaknya di Shah Alam sana tanya Adiknya, 'Kad ada tak Dik?'... tapi sebab Yana belek takde, so dia kata takde, tu kakaknya pelik.. 

Cantik Macam Emaknya Kan? LOL!

Lepas dah baca kad tu, Sis pun amik gambar, then send ke Famiy Chat di whatsapp tunjuk kat anak-anak dan Suami.. Mula Kakaknya jawab dulu, 'Mana Mak jumpa?'.. then Yana pulak jawab, 'Ehh, ada pulak kad tu?'.. hahahahaha memasingkannnn...

Sekejap tu anak bujang pulak jawab, 'Ayat tak boleh blah, agaknya yang tukang tulis pun nak muntah'.. hahahahahahha... adoii tambah laaa ikon gelak dalam group tu...

Dan selepas tu, Ayahnya pulak masuk jawab, 'Cantik macam Emaknya kan?' .. LOL hahahahahah dah anak-anak semua buat ikon muntah ijo dan mata juling ke atas kakakakakakakakakah... 

Cantik Macam Emaknya Kan? LOL!

Lepas dari balasan Ayahnya tu, senyap semua hahahaha dah habis modal nak jawab le tu bila Ayahnya kata cantik macam Emaknya hahahaha..

Dua anak perempuan Sis tu beri hadiah hari lahir Ayahnya bulan Julai lepas sebotol minyak wangi yang di tempah khas dari DIOR di Singapura siap ada tulis nama Ayahnya lagi tu haa.. special katanyaa.. bila di tanya harga berapa, katanya RAHSIA hurmmmm.. 

Yang kelakonya anak bujang kata, 'Ada udang balik Mee' hahahahaha.. adeiii

Anak bujang beri apa? Yang bujang tu masih sekolah, malam tu dia belanja Ayahnya burger street aje, jadilah kannn.. Sis pulak beri apa? Sis beri Nyawa, Kasih Sayang & Cinta kepada Suami

Alhamdulilah .. sekadar berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan Sis di sini, bahagia cara kita.. cipta kebahagaan sendiri, jangan 'menumpang kasih sayang' dari kebahagiaan orang lain.. 


P/S: Ya Allah, peliharalah kebahagiaan kami sekeluarga, jangan sampai ada yang cuba merosakkan kebahagiaan kami.. aamiinn.. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hahhahahaa cantek mcm emaknya ye... Emak pun nak enterpreme :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dah anak-anak sibuk semua kan, so nasib baik bapak cover Mak hahahaha

      Delete
  2. takkan ayahnya nak cakap cantik mcm makcik sebelah rumah pulak hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah tergelak besao kita baca Ammi hahahaha

      Delete
  3. haruslah cantik macam emaknya. yang lelaki hensem macam ayahnya. Adil kan tu. Seronok bergurau senda walau sekadar hanya dalam whatsapp. Setuju sangat tu, bahagia dengan cara kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yerr Fizah, kadang bebudak ni bergurau di luar jangkaan, yang Ayahnya duk layann hahahaha

      Delete
  4. Alhamdulillah
    semoga kekal bahagia selama2nya

    ReplyDelete
  5. Aamin! Kekal bahagia sampai syurga Allah keluarga Sis Lin semua...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!