DAH CHECK-IN, JANGAN LUPA CHECK-OUT YA! | KORANG mesti dah sedia maklum kan, yang aplikasi MySejahtera dah pun 'up-to-date' dengan penambahan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang sebelum memasuki permis. Korang dah update ke?.
Paparan terbaru itu menunjukkan sama ada seseorang itu sudah divaksinasi sepenuhnya atau tidak setiap kali kita mengimbas kod QR daftar masuk (check-in). Dan yang bestnya, ada satu butang daftar keluar (check-out) turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat. Menarikkan..
Kalau korang belum lengkap 14 hari untuk 2nd Dos, paparan depan tu akan keluar Partially Vaccinated, tapi bila dah lengkap 14 hari, paparan dia macam yang dalam gambar bawah ni haa Fully Vaccinated... So kalau yang tidak amik vaksin macam mana? Paparannya keluar NOT VACCINATED Hohohoho ..
APLIKASI MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19. Ia merupakan aplikasi dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak tersebut di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapatkan maklumat awal sebelum mengambil tindakan cepat dan berkesan.
Sis masa mula-mula MySejahtera mula keluar, Sis dah awal-awal download okay, memudahkan kita. Bukan susah mana pun, tu yang pelik kenapa ada juga yang taknak guna MySejahtera ni. Ko download BIGO ke atau aplikasi lain boleh pulak ekk..
Untuk update terkini Mysejahtera ni, ia memerlukan beberapa langkah dan masa untuk melihat pada paparan skrin telefon pintar untuk meneliti sijil vaksinasi kita. Ini bagi memberikan masa secukupnya agar imuniti vaksin menjadi matang.
Yang kata jika kita tidak klik pada butang Check-Out tu nanti kena denda, korang jangan percaya yaa.. Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri menafikan grafik tular menerusi media sosial mengenai denda RM1,500 akan dikenakan kepada individu sekiranya tidak klik 'check-out' atau waktu mendaftar keluar pada aplikasi MySejahtera sebagai indikator daftar keluar meninggalkan mana-mana lokasi atau premis adalah tidak benar.
Memandai ajee kann mereka ni mereka cerita, tak sahih jangan sebar, kang engko yang masuk penjara oii.. apoo laaa.. Agak kalau terlupa tu nak klik Check-Out, nanti bila ingat, haa ko buatlah.
Semalam tu Sis jadi 'babysitter' menjaga anak saudara kejap, sementara Mamanya pi cucuk vaksin 2nd Dos semalam di Persada Johor. Ye laa Sis bawa anaknya keluar, nak pastikan, Mamanya balik rumah, mandi bersihkan diri dulu kemudian barulah jumpa anak-anak.. lagipun dah jumpa ramai orang kan, janji kita mencegah dan berhati-hati.
Tu pun, lama tak cium budak 2 orang ni, takut pun ya nak cium... menahan diri nak gomol di Danny tu.. Ayyom geram gan kening dia, eeeeee.. mulut dah petah bercakap.. kemainn banyak soalan ekkk.. tak habis-habis dengan ZOO dia hahaha..
P/S: Pergi Pasar Ikan jangan lupa Check-out, kang dia ingat ko tidur dalam Pasar tu hahahaha..
setakat ni setiap hari check in pastu lupa check out..esoknya baru teringat hahahah.
ReplyDeletekalau kerja boleh claim OT agaknya
Hahahaha ramai yang macamtu Ammi.. Sis setakat ni alhamdulilah, lps kelaur terus check-out...
Deletekadang tak ingat pula nak check out..haha
ReplyDeleteHahahaha nanti lelama biasa le tuuu kannn..
DeleteMemang selalu x check out tapi dia auto check out kalau kita check in tmpat lain...hehehe..
ReplyDeleteOoo ye ke SA? Tu tak tau pulak, sebab selalu keluar je Sis terus check-out..
Deletehahhahaha ako dah kena sekali lupa nk check out...
ReplyDeleteperasan bila nak check in kat tmpt lain wkakaaka...
Hahahaha nanti orang kedai ingat ko tido dalam kedainya oii hahahaha
Deleteawl2 ade apps ni sy antara manusia yg xinstall..
ReplyDeletentah pape la punya prngai bdk ezy ni.. haha
stakat ni masih ingt nk check out.. suka la ngn fungsi check in check out ni!.. hihi
Ooo ye kee.. Sis awal-awal dah install, sebab katanya memang perlu, so memang dah terbiasa guna..
DeleteSy x download sebab memori full lahhh.. Takde BIGO okayhhh.. Hahahahaa... Eiii.. geram jugak tgk kening dak kecik tuuuu... Hahhaa
ReplyDeleteHahaha iyoo laa ko, janji dah donlod, dah daftar vaksin dan seleaai dos ko Non.. alhamdulilah...
Delete