HIASAN MEJA NORMA BAHARU

Sis Lin
10
HIASAN MEJA NORMA BAHARU | MUSIM pandemik ni, bukan kata tak menghias rumah, tapi gaya menghias rumah tu dah berbeza, tu rumah Sis la, rumah korang mungkin tak sama dengan cara Sis, so jangan pulak ko nak kata Sis ko ni tak reti menghias, ada kena balun kang, kikikiki

Dan satu lagi, bab nak mengemas pun, kalau jenis kreatif, semua ruang dia pegang akan nampak cantikkan, tapi kalau jenis macam Sis ni, bukan tak kreatif, tapi ada je yang 'mengalihnya'.. dari kreatif jadi tak semengah rupanya hahaha..

Contoh macam apa yang Sis tunjuk dalam gambar ni laa.. kalau korang nengok, apa korang fikir?..

Hiasan Meja Norma Baharu

Mesti korang ada kata, 'Macam takde tempat lain nak letak', kan?.. hehehe..

Mulanya bukan di situ tempatnya.. Sis dah letak satu tempat di bawah tangga semua benda tu untuk kegunaan harian, then Yana alihkan atas meja makan tengah rumah.. kemudian Ayahnya pulak menegur, 'Letak laa atas meja tu (merujuk pada meja kopi tu), senang nak amik dan guna'.. so akhirnya di situlah tempatnya sampai sekarang..

Nasib juga ada bunga orkid hiasan tu haa, kalau tak semata semua keperluan harian yang mesti guna dan pakai. Ye laaa apa yang memang korang tengok, itulah memang hari-hari Sis satu family guna. Facemask tu untuk sesiapa yang keluar masuk guna, wet tisu juga, hand sanitiser, scan suhu semua, semua memang di situlah letaknya. 

Kalau ada tetamu (buat masa ni takde, kecuali adik-adik je), mereka pun akan guna.. 

Hiasan Meja Norma Baharu

Hand sanitiser tu dah berapa kali ganti pakai dah, kadang hilang, entah mana, hahahaa tak Suami amik, atau Yana amik bawa masuk kereta, kang ganti lain.. facemask pulak dah macam kilang kat rumah ni, berdozen berkotak ada tu dalam simpanan, pilih je laa nak jenis apa, semua ada. 

Mesin alat sanitiser pun ada, duk kat hujung tv nunn.. pun letak situ gak supaya senang nak isi tambah dan guna plug situ hahahaha.. adeiiii.. 


Ingat nanti nak pi IKEA gak laa, cari satu meja khas untuk letak benda ni semua, kadang tu rimas gak mata nengok atas meja kopi tu, ermmmm tapi takpelah, bior lah nampak depan mata, supaya senang semua nak capai dan guna.. 

Korang pulak macam mana? Sis ni bukan paranoid tapi umpama hidup dalam 'ketakutan', walau dah lengkap 2 dos Sis anak beranak, kalau boleh kita elak, kita elak dari terkena jangkitan Covid19 ni, tapi kalau Allah kata nak jadi, sekurangnya kita dah cuba usaha untuk mencegah.. ye dak.. 

Makin hari, kes makin turun, moga semuanya akan membaik seperti dulu walau takkan sama.. Johor pulak kes naik turun ni, hurmmmmm.. 


P/S: Pergi Dine-In pun, sendiri rasa tak selesa, kekok jadinya... makan makan, terus blah, macam kelam kabut di buatnya... 

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. lain macam dekorasi musim pandemik ni yer... nak pi cari mask kat shoppee pulak, stok dah susut

    ردحذف
  2. kihkih.. bertemakan pandemik betol gaya hiasan tu..

    ردحذف
  3. Harap2 buat sementara inilah
    Jangan sampai raya nanti macam ni

    ردحذف
  4. Ye betul Sis. Hidup seakan terkurung kan, walaupun dah lengkap. Nie baru dapat tau adik dan anak saudara sulung pula positif. Terasa putus jantung dengar khabar, nasib kedua2nya dah vaksin. Doakan moga kita semua terhindar dan sembuh ye

    ردحذف
  5. Hehe boleh relate sgt bab ada tukang alihkan tu, kadang2 ruang dah kemas pun boleh jadi mcm kapal pecah hehe. Elok juga ada satu tempat khas yg mudah capai untuk keperluan sanitizer dll tu 😁👍🏻

    ردحذف
  6. Wah complete semua ada dah kat section tu heehehe. Haa memang kene ada meja khas nampak gaya nye. Macam fafa letak kat area rak kasut so sebelum masok rumah .. kene sanitize kat lua dlu

    ردحذف
  7. Hahahaha. Betul kak. Meja penuh dengan spray sanitasi, hand sanitiser, kadang face mask pun penuh kat situ. Saya ada plan mencari kabinet utk mereka ni. Cuma, spray ni ada tinggi rendah pula kan. Hahahaha. Gasaklah kat meja tu. Kikikiki

    ردحذف
  8. Semua tu sangat perlu masa sekarang kerana norma baharu kena pakai mask keluar and ada hand sanitizer huhuhu kena spair berbulan punya stock. Cantik bunga belakang tu...

    ردحذف
  9. Ye kte sama macam sis..now dtg umah kte penuh benda2 camni je atas meja hahah..

    ردحذف
  10. kann hand sanitizer mmg penting skrg ni... esp time pandemik.. wajib kena ada kat rumah

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!