HIMAYA PREMIUM HIJAB LANCAR WARNA BARU SEMPENA #PINKTOBER DALAM KEMPEN DANA UNTUK MAKNA

Sis Lin
7
HIMAYA PREMIUM HIJAB LANCAR WARNA BARU SEMPENA #PINKTOBER DALAM KEMPEN DANA UNTUK MAKNA | SEMPENA kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer) pada bulan Oktober nanti, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask telah melancarkan warna baru iaitu Blush Rose dan memperkenalkan Rozita Che Wan sebagai Duta terbaru dan juga merasmikan Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) #PinkBermakna. 

Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer) sempena bulan Oktober. Atau lebih sinonim dengan bulan Reben. Reben merah jambu atau pink telah dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara. 

Himaya Premium Hijab Lancar Warna Baru Sempena #Pinktober Dalam Kempen Dana Untuk MAKNA

Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021.

Okay sejujurnya inilah kali pertama Sis membeli dan menggunakan Himaya Premium Hijab pelitup muka ni, kebiasaannya Sis pakai jenis KF4 jer atau N95, so bila sekali terlihat secara langsung pelancaran kempen ini, Sis tertarik untuk mencubanya. 

Mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM.

Kalau lihat pada design dia, memang nampak biasa, tapi sebagai perempuan khususnya, pelitup muka bukan saja dipakai bertujuan memutuskan rantaian wabak itu tetapi mereka sekarang menyuaipadankan warna pelitup muka dengan warna baju.

Oleh sebab prihatin kepada wanita yang utamakan penampilan serta menjaga keselamatan diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan itu, cantik, bergaya dan menjaga kesihatan.

Himaya Premium Hijab Lancar Warna Baru Sempena #Pinktober Dalam Kempen Dana Untuk MAKNA

Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd, Datuk KK Chua berkata, "Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). Buat masa ini pelitup muka Himaya Premium Hijab mendapat sambutan hangat kerana berkualiti dan mempunyai pelbagai warna iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue dan Philipsburg Blue."

"Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru," katanya.

Yang nampak menariknya, pelitup muka itu juga dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA). Dan di sebabkan terlalu ramai permintaan, Himaya melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya.

Duta Himaya, Rozita Che Wan

Berani Itu Jelita.Siapa yang tak kenal Che Ta kan? Sis sendiri pun salah seorang peminat Che Ta hehehe, tengok aje dari segi penampilan dia, tak pernahnya tak cantik dan bergaya kann? Sebagai artis dan juga wanita yang mementingkan gaya, Che Ta juga tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.

Che Ta dalam majlis perlancaran sebagai Duta berkata, 'Bagi mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka".

Himaya Premium Hijab Lancar Warna Baru Sempena #Pinktober Dalam Kempen Dana Untuk MAKNA

“Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain,Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” ” katanya.

Pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali. 

Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA

Membeli sambil menderma, begitulah konsep yang Himaya ingin ketengahkan dalam kempen Dana Untuk MAKNA ini. Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA.

Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’. Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.

Himaya Premium Hijab Lancar Warna Baru Sempena #Pinktober Dalam Kempen Dana Untuk MAKNA

Untuk Sis sendiri yang kehilangan Emak yang meninggal akibat Cancer Payudara setahun yang lalu, kempen ini memang Sis sokong sangat-sangat. Ini memberi kita kesedaran betapa pentingnya pemeriksaan apabila usia mencecah 40tahun ke-atas. Tapi masih ada juga yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal dan mengesan kanser itu untuk mendapatkan rawatan.

Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata, "kami amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini apabila dengan setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang,".

Membeli Sambil Menderma - Sumbangan Kempen

Untuk setiap pembelian pelitup muka Himaya, RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman Shopee: himayamy dan website: himaya.international sahaja.

Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’.

Himaya Premium Hijab Lancar Warna Baru Sempena #Pinktober Dalam Kempen Dana Untuk MAKNA

Cantikkan color Blush Rise ni?.. sesuai dengan semua jenis kulit haaa.. 

Semua Himaya Premium Hijab Medical Face Mask memiliki 2 nose bridge strips, ketegangan tali juga dua kali bagus maksimum sebab ianya tebal, selamat dan boleh dipakai oleh wanita dan lelaki (UNISEX). Sekotak ada 50 keping dengan harga hanya RM 34.90

Himaya boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar. Atau juga korang boleh dapatkannya di AEON Hypermarket berdekatan korang. 

Ingin jana pendapatan? Join agen dan dropship HImaya :  +6012-790 5288 



P/S: Sis dah memborong 2 kotak di Shopee, sebab tengah ada free gift hand sanitiser jika korang beli 2.. apolagi, 9.9 masih berlangsung, ajomm le soping hehehehe..

Post a Comment

7Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kelas duta Himaya tu Sis Lin. CheTa lagi haa...pandai pilih duta. Pelitup muka pun warna sweet ajer....

    ReplyDelete
  2. cantik warna pink dia, harga pun berbaloi juga. nampak comel pula sis pakai boleh try beli sekotak dulu..hehe

    ReplyDelete
  3. Ok. Rawlins nak beli gak la. Sambil bergaya, kita turut menderma kan. Yang penting, 4 lapisan Sis. Itu yang penting: keselamatan dan gaya!

    ReplyDelete
  4. cantek sangat warnanya. suka kita.. membeli sambil memderma why not kan heheheh

    ReplyDelete
  5. Senang dah empat lapis gini .. Nice nicee..

    ReplyDelete
  6. Amboi lawa mak anak sedondon hijau dan pakai Himaya Blush Rose. Lawa gilerrr kakk. Bleh match ngan semua pakaian. I like!.

    ReplyDelete
  7. pink tu memang cantik! tapi tu lah kite nak pakai dua kali gak fikir hahaah sebab pink salunya gegirl je pakai. harap lepas ni dorang akan bagi perkenalkan duta lelaki pulak. lelaki che ta ke

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!