LIRIK LAGU MALAM SEMAKIN DINGIN - TAJUL & AFIEQ SHAZWAN | "Malam Semakin Dingin" pernah popular sebelum ini yang dibawa oleh band SPIN , telah kembali viral pada masa kini. Dinyanyikan semula oleh adik arwah Achik Spin iaitu Tajul dan digandingkan bersama Afieq Shazwan. Muzik arragement telah diberi nafas baru.
Composer : Aiman
Lyric : Lukhman S.
© 2021 FMC Music Sdn Bhd
Lirik Lagu Malam Semakin Dingin - Tajuk & Afieq Shazwan
Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti
Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari
Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan
(chorus)
Kau rahsiakan kedinginan
Menyelimuti hati
Aku juga kedinginan
Kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana
Selimut membaluti
Aku masih kedinginan
Sepi tanpa berteman
Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu
Usah biar malam tak berteman
Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini
Andainya ku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua (x3)
P/S: Beberapa hari ni duk keluar je lagu ni time drive... tersentuh hati den mendengarnya...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.