MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI UNTUK ADIK AKU

Sis Lin
6
MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI UNTUK ADIK AKU | JUMAAT baru ni bila adik (Mama DD) Sis kata nak datang, mulanya kami plan nak pergi makan dine-in aje, sebab dah lama sangat kata adik anak-anaknya berkurung tak keluar, so plan memang ingat nak keluar dan dine-in aje, tapi tup-tup terus Sis teringat ada baki ikan pari dalam freezer, then tanya adik nak asam pedas tak? terus laju dia kata 'nak' hahahaha.. 

So apalagi, bahan semua dah ada, dah siap, seawal pagi lepas sarapan terus Sis ke dapur masak. Adik Sis pun sampai pun dalam tengahari macamtu, so takpelah masak awal, dapat rehat awal kan.. Walaupun baru jugalah rumah Sis ni masak menu asam pedas, tapi di sebabkan memang niat nak masakkan untuk adik, so anak-anak redha je la hahahaha..

Lauk lain takde Sis masak, Sis cuma masak Asam Pedas Ikan Pari untuk adik Sis dan juga Sayur Kobis Lemak Putih aje.. Dan kebetulan masa adik nak ke sini, dia singgah di Kampung Melayu membeli Rojak Asma. So dapatlah menambah menu atas meja petang tu. 

Masak Asam Pedas Ikan Pari Untuk Adik Aku

Adik Sis ni sejak arwah Mak dah takde, memang dia jaranglah nak masak lauk-pauk macam biasa kita makan, sebab duk layan tekak anak-anak ajer. Paling tak kadang kalau dia bizi dengan PdPR, adik beli je laa senang, sebab yang makan pun dia sorang, anak-anaknya bukan pemakan sangat pun.

Tu yang kadang katanya nak masak lauk pedas ke sambal ke memang tak lerr, sebab dia sorang je yang makannya, tu yang bila kata dia nak datang rumah ke, Sis kalau boleh nak masakkannya lauk-pauk yang biasa macam arwah Mak masak, lagi-lagi asam pedas. 

Anak-anak adik tu tak makan pedas dan bukan jenis pemakan nasi, so kalau agak nak makan, adik masak atau beli ikut je laa tekak anaknya.. kalau jenis anak yang pemakan dan makan pedas, haaa best juga nak masak, sebab ada yang makan kan.. 

Masak Asam Pedas Ikan Pari Untuk Adik Aku

Tu yang bila kata nak masak je asam pedas ikan pari, laju jee dia menjawab nakkk hehehehe.. takpelah benda lauk pun ada, so kita masak je laa.. lain le kalau takde, memang tak boleh nak buat apa hahaha.. so far walau tak sama macam air tangan arwah Mak Sis, tapi okaylah, setakat ni anak-anak makan ke, adik-adik makan ke, Suami juga ke, semua kata sedap.. alhamdulilah.. 

Rindu juga dengan masakan Mak, tapi ermmmmm benda dah takde kan, usahlah di kenang, jadikan kenangan yang tak akan terpadam sampai bila-bila.. so korang yang masih ada Mak tu, pujilah masakan Mak korang selalu, sedap ke tak ke, pujiiii... bila dah takde, pasti akan rindu.. 

So dalam beberapa hari ni kasi stop dulu masak asam pedas, anak-anak dah bagi signal X hahahahaha.. ye laa minggu sebelumnya pun, hampir dua kali dalam seminggu masak asam pedas oii.. ni masak lagii, mana laaa anak tak mencebik kekekeke.. kalau kita okay jer.. 

Kalau korang, okay tak?.. 


P/S: Tekak teringin nak masak Sup Ikan Merah.. memang nak kena masak juga ni nanti.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. PC ok je dengan asam pedas ni. Hehehe. Macam makcik PC ada dua orang pun gila asam pedas sampai anak-anak dia pun komplen, bila jumpa PC mesti ngadu. Hahaha. Nasiblah wahai adik-adik sepupuku.

    ردحذف
    الردود
    1. Kan PC, sama laa dengan Sis, hari-hari pun okay, cuma anak ni dah tak lalu dah kalau seminggu sampai dua kali asam pedas hahahaha

      حذف
  2. Iakan pari, ikan mayung, ikan sembilang memang sesuai digulai asam pedas.

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Wak, asal nampak je jenis ikan tu, mesti nak masak asam pedas kan hehehe

      حذف
  3. Asam pedas lagi. Sedap nya laaa hai ikan pari ni. bertambah nasi tau

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!