NESTLE EVERYDAY® MENYAMPAIKAN LEBIH 20,000 PEK 'BEKALAN NUTRISI' KEPADA KELUARGA B40

Sis Lin
0
NESTLE EVERYDAY® MENYAMPAIKAN LEBIH  20,000 PEK 'BEKALAN NUTRISI' KEPADA KELUARGA B40 | Dalam usaha untuk memberikan sokongan nutrisi kepada komuniti yang terjejas dan berpendapatan rendah, Nestlé EVERYDAY® telah bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) bagi mengedarkan lebih 20,000 pek 'Bekalan Nutrisi' kepada keluarga B40, baru-baru ini.

Inisiatif komuniti ini adalah sebahagian daripada kempen 'Bekalan Nutrisi' Nestlé EVERYDAY® yang bertujuan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pengambilan nutrisi yang baik untuk penjagaan kesihatan, di kala berdepan dengan pelbagai cabaran pandemik COVID-19. 

Setiap pek dilengkapi dengan Susu Tepung Nestlé EVERYDAY® 300 gram dan NESTUM® All Family Cereal 250 gram yang dapat membekalkan vitamin dan mineral penting bagi menyokong pertumbuhan kanak-kanak dan kesejahteraan keluarga. Pemakanan sihat dan seimbang amat penting dalam mengekalkan sistem imunisasi yang baik bagi mencegah, melawan dan memulihkan masalah kesihatan, serta memperkuatkan daya tahan diri.

Nestlé EVERYDAY® bekerjasama dengan NGO untuk menyampaikan lebih 20,000 Pek 'Bekalan Nutrisi' kepada keluarga B40

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Milks Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad, Lam Pui Yuee berkata, "Ini adalah masa yang kritikal untuk memastikan semua rakyat Malaysia, terutamanya keluarga daripada golongan B40 yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah untuk mendapatkan nutrisi asas. 

Cabaran kewangan dan gaya hidup yang tidak aktif sepanjang tempoh pandemik COVID19 menyebabkan kebanyakan ahli keluarga dan kanak-kanak terabai dari segi pemakanan yang sihat dan seimbang. Harapan kami agar dapat meningkatkan kesedaran dan membawa perubahan yang berkesan, dalam meningkatkan pengambilan nutrisi terutamanya di kalangan komuniti rentan". 

Menurut kajian yang dilakukan oleh UNICEF dan United Nations Population Fund (UNFPA) bertajuk 'Families on the Edge' (Mei 2021), terdapat peningkatan dalam tahap kebimbangan terhadap pemakanan dan nutrisi di kalangan keluarga berpendapatan rendah semasa pandemik, di mana masalah kekurangan zat makanan dan obesiti semakin lazim dalam komuniti B40 di Malaysia.

Menurut Puan Suria Binti Jamaludin dari PPR Desa Rejang, "Kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak Nestlé EVERYDAY® dan Empire Project dengan tangan yang terbuka, terutamanya bagi golongan miskin yang terkesan akibat pandemik ini. 

Lebih daripada 2,000 isi rumah di PPR Desa Rejang ini amat memerlukan sumbangan makanan dan tidak mendapat keperluan nutrisi dan zat makanan yang mencukupi kerana kurang berkemampuan. Oleh itu, kami amat beruntung dan bersyukur kerana pek ‘Bekalan Nutrisi’ ini dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tempoh pandemik ini".

Nestlé EVERYDAY® bekerjasama dengan NGO untuk menyampaikan lebih 20,000 Pek 'Bekalan Nutrisi' kepada keluarga B40

Empire Project telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu dan berfungsi sebagai NGO bebas yang menjalankan aktiviti kebajikan di seluruh Malaysia termasuk Bantuan Bank Makanan COVID19 dan pemberian makanan kepada golongan gelandangan. 

Pengasas Empire Project, Encik Mohd Ashraff Khan berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif kepada keluarga berpendapatan rendah, serta mengakibatkan kesan yang buruk terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Bilangan mereka yang memerlukan bantuan makanan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lalu. "Saya berharap agar lebih ramai individu dan organisasi tampil bersama demi kepentingan negara Malaysia dan terus saling bantu membantu," gesa Ashraff.

Selain itu, Nestlé juga bekerjasama dengan ElewsMart untuk memudahkan rakyat Malaysia menyumbang ke arah kebajikan. Dengan pembelian minimum sebanyak RM15 dan ke atas bagi mana mana produk susu Nestlé, iaitu NESTLÉ EVERYDAY® , NESTLÉ OMEGA PLUS® , NESPRAY® dan NESTUM® di cawangan ElewsMart di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur, pelanggan akan menerima satu pek 'Bekalan Nutrisi' (sementara stok masih ada) yang boleh juga didermakan kepada pihak ElewsMart untuk tujuan pengagihan bank makanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'Bekalan Nutrisi', sila layari https://www.dearnestle.com.my/milks-bekalan-nutrisi


P/S: Alhamdulilah, masih ada yang prihatin.. moga ianya memberi manfaat kepada si penerima.. 
Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!