PUASHATI MAKAN LAMB SHANK BIRYANI SET MERDEKA DARI RAMADA MERIDIN JOHOR BAHRU NI | SANGAT-SANGAT puashati, berbaloi dengan portionnya, rasa dan juga harganya. Seisi rumah Sis sukakannya. Sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang tidak lama lagi, Ramada Meridin Johor Bahru mempromosikan set Merdeka Day Combo mereka dengan harga hanya RM64 sahaja dari harga asal iaitu RM88. Murah kan?.
Ada dua set Merdeka Day Combo Box yang di sediakan, Lamb Shank Biryani Combo dan juga Sang Har Mee Combo. Kedua-duanya hanya RM64 sahaja. Bagi mereka yang nak beli secara single set, pun ada juga, cuma kalau yang family macam Sis, Sis amiklah set Combo, boleh makan 2 hingga 3 orang bergantung kepada kuatnya makan ko hahaha..
Nak puashati, amik terus sekali 2 box, haaa memang makan tu meriah laa semeja kan. Untuk Sis satu family 4 orang, so memang Sis amik kedua-dua set combo tu. Tu yang dapat merasa semuanya sekali, puas makannya..
For 2 Persons.
Lamb shank biryani
Biryani rice
Hard boiled egg
Achar
Mixed vegerable
Papadum
Cream caramel with fruit cocktail
Bottled orange juice
Yup, itulah kesemua menu yang tersedia dalam setiap satu combo box tu. Korang beli dah tak payah nak add-on apa-apa dah, semua dah siap termasuk minuman dan juga dessert. Set ni boleh makan untuk dua (2) orang tapi kalau ko rasa tak cukup, boleh je tambah add-on. But bagi Sis sudah mencukupi dan memadai oii.. Lamb Shank dia besarr dan nasinya pun banyak sebekas. Puashati makan..
Sang Har Mee Combo RM64
For 2 Persons.
Crispy noodles with fresh water prawn and egg sauce
Pan fried chicken dumpling
Red bean soup with lotus seeds
Bottled orange juice
Dan bagi mereka yang nak makan ringan-ringan tak nak makan nasi, haaa boleh cuba set ini. Jujurnya Sis ni orangnya bukan peminat makanan mee yang kering. Baik hot-plate, Yee Mee atau Crispy Mee macam ni. Tak tau walau ada darah keturunan cina, tapi tak suka makanan jenis mee macamtu, tapi untuk menu ni, Sis beri pada anak-anak merasa, Sis cuba rasa sedikit, so far okay laa sedap juga rasanya. Udang dia besar, fresh gilerr.. Feedback anak-anak pun kata sedap. Dumpling dia tu, perghh sedap bak hang terbaekkkkk...
So far memang puashati makan Lamb Shank Biryani set Merdeka dari Ramada Meridin Johor Bahru ni. Bagi korang yang nak mencubanya, bolehlah buat tempahan sekarang. Harga promosi masih lagi berlangsung hanya RM64 setiap set Combo.
Promotion harga hanya RM64.00nett per-combo : 31th Aug 2021 – 16th Sept 2021
Normal Price RM88.00nett per-combo : 17th Sept – 30th Nov 2021
Tempahan Delivery terus kerumah korang. Caj bergantung kepada jarak kilometer.
Tersedia juga untuk korang self pick up bermula 31 August hingga 16 September 2021
Dari jam 11am - 8pm.
Tempah awal sehari untuk sebarang kesulitan.
Korang juga boleh ke laman website dan laman sosial mereka untuk dapatkan info terkini. Untuk tempahan korang boleh contact :
Phone : 07- 5318802
Whatsapp : https://wa.me/60177110155
Whatsapp : https://wa.me/60167970144
P/S: Kalau berbuka puasa di sini, memang menu Lamb shank dia Sis serbu dulu oii hahahaha..
wahh sedapnyaa nampakk.. mmg meriah dengan 2 set mknn ni.
ردحذفKannn puashati gilerrr, sedap dan berbaloi dengan harganya tu..
حذفNampak sedap
ردحذفmemang puas hati
Yee Wak, sesekali makan order dari Hotel.. puashati..
حذفAdeh...tengok gambar2 sis lin tertelan airliur lah. Suka betul Sang Har Mee tu...
ردحذفalaa kite tak makan kambing! hahaha tapi boleh lah try makan menu lain cam sedap je. nanti kalau gi johor boleh refer blog sis untuk makan-makan
ردحذفuiks menu dia mmg puas hati banget...kalaudapat makan ni mmg kenyang sehari heheheh
ردحذفPuas hati makan lamb shank camtu sis..makan lak ngan briyani boleh tersandar ni..haha
ردحذفFor that price, memang sangat berbaloi la Sis oii. Dah macam terasa nak order pula dah. Kekadang nyesal tau jalan kat blog Sis nie hahahaha buat terliur bagai
ردحذفYarrabi...kenapa kenapa ternampak post sis lin ni? Sedapnya beriyani lamb shank ni sis lin. Harga pun berbaloi...worth it!
ردحذفRM 64 berbaloi-baloi sangat kak. Kenyang sekeluarga. Kalau tak habis makan camtu. Beli roti paun cicah ngan kuah lamb shank tu. Cedapppppppp
ردحذفTengok semua sedap2, blm cuba lagi lamb
ردحذفshank bryni tentu sedap
harga worth it banget untuk tampilan dan rasa menu-menu itu ya?
ردحذفDuuuh, im salivating lihat gambar itu saja.
Btw, saya sudah dua kali menginap di Ramadan Meridin setiap tugas luar negara ke Malaysia dari my company. Saya suka itu hotel dan sarapan paginya.