SELAMAT HARI MALAYSIA 2021 | ALHAMDULILAH diberi lagi peluang untuk meneruskan kehidupan harini, terima kasih Allah. Dan harini merupakan hari cuti umum sempena Hari Malaysia 2021. So apa plan korang harini? Buat mereka yang menyambut hari lahir harini, Selamat Hari Lahir yaa..
Sis harini macam biasa laa, Suami turun ke-laut, so aktiviti Sis harini nak masak sedap-sedap, kemas rumah dan edit coding blog, kebetulan anak Sis yang sulung,Kakak tu balik Johor, so memang meriahlah rumah ni semua anak ada. Memang kena masak hohohoh..
Dua tiga hari ni Sis agak bizi dengan mengodek blog, research sana sini, edit html coding, tambah keywords, dan belajar selok-belok perbaiki SEO bagi memantapkan lagi pageviews blog dan menaikkan adsense, alhamdulilah, ada banyak perubahan. Dan terima kasih juga pada 'sifu-sifu' yang tak lokek ilmu.
Dan bagi meraikan sambutan Hari Malaysia 2021 dengan tema “Malaysia Prihatin”, marilah sama-sama kita ucapkan pantun dan ucapan Selamat Hari Malaysia buat kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga frontliner negara.
Doaku buat Malaysia Tanah Air Tercinta..
Ya Allah, kami bersyukur kepadamu di atas kehidupan yang aman, damai dan sejahtera ini.
Ya Allah, semaikanlah di jiwa sanubari kami semangat cinta dan sayangkan tanah air. Bebaskan negaraku ini dari segala bentuk musibah, bencana alam, permusuhan dan perselisihan serta segala ancaman yang boleh menggugat kedaulatan dan keselamatan negara.
Ya Allah, gerakkanlah dan satukan hati-hati kami berganding bahu bersama-sama memupuk semangat Malaysia Prihatin. Bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan.
Jadikanlah Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi. Negara yang dihormati dan disegani.
Bersatu hati melawan corona,
Frontliner berjasa untuk negara;
Marilah semua kita berdoa,
Covid-19 berakhir segera
Amin Ya Rabbal A’lamin ...
P/S: Semoga negara kita segera bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda negara ini. Amin Ya Rabbal A’lamin.
Selamat Hari Malaysia, awak!!
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia :-)
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia Kak!
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia🇲🇾😊💕
ReplyDeleteselamat hari malaysia!
ReplyDeleteSelamat hari Malaysia Sis
ReplyDeleteSelamat hari Malaysia Kak. Seronok bila cuti ada anak anak balik :)
ReplyDelete