TERMA DAN SYARAT UMRAH TERKINI | ALHAMDULILAH semalam ada rakan Sis forward satu info ni di group wahtsapp. Bila Sis buka dan baca, infonya mengenai terma dan syarat umrah terkini bagi mereka yang ingin atau hendak mengerjakan ibadah umrah buat masa terdekat akan datang.
Ye laaa semuanya takkan sama seperti macam dulu, semuanya bersyarat dan semuanya dalam keadaan norma baharu, so memang kena banyakkan membaca dan mencari info mengenai terma dan syarat mengerjakan umrah terkini ni. Kalau tak memang kita jadi blur atau paling tak nanti takut kena tipu dengan mana-mana agent, so kena lebih berhati-hati.
Dalam pada itu, kerajaan Malaysia masih lagi merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pelaksanaan ibadah umrah pada Disember tahun ini. Dan kos menunaikan ibadah umrah akan bertambah sekitar RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej paling murah susulan beberapa peraturan yang mengambil kira norma baharu dalam pasca Covid-19 oleh kerajaan Arab Saudi.
Sebagai langkah persediaan dan info terkini, di bawah ni Sis kongsikan terma dan syarat untuk mengerjakan ibadah umrah yang Sis copy dari group wahtsapp Sis yang di copy dari SINI .
Terma Dan Syarat Mengerjakan Umrah (Terkini)
1. Hanya jemaah 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan pergi Umrah.
2. Jemaah yang telah lengkap vaksin sahaja dibenarkan pergi Umrah. Jenis vaksin yang dibenarkan Arab Saudi ialah Pfizer, Moderna, Johnson & AstraZeneca.
(Untuk Sinovac, jemaah perlu ambil 1 dos “booster” daripada Pfizer, Moderna, Johnson atau AstraZeneca sebagai syarat)
3. Daftar jenis vaksin diambil dalam https://muqeem.sa/#/vaccine-registration/home dan bawa salinan pengesahan vaksin untuk semakan pihak berkuasa Arab Saudi.
4. Visa Umrah & visa Pelancongan dibenarkan buat Umrah.
5. Jemaah kena install app Tawakkalna & Eatmarna dalam phone masing-masing.
Tawakkalna – Untuk pantau kesihatan & pergerakan jemaah (seperti Mysejahtera),
Eatmarna – Untuk pohon permit Ibadah Umrah, ziarah raudah & solat di Masjidlharam)
6. Muatan bilik maksimum 2 orang sahaja.
7. Muatan bas, maksimum 25 orang sahaja atau 50% untuk bas, SUV 5 orang dan sedan 2 orang.
8. Tempahan bilik & kenderaan secara sistem online. Jika jemaah membuat pembatalan pakej setelah tempahan dibuat. Bayaran refund tidak akan diperolehi. Tiada perubahan dibenarkan apabila tiba di Arab Saudi.
9. Sebelum terbang ke Arab Saudi, jemaah kena buat ujian PCR dalam tempoh 72 jam dari waktu berlepas dengan keputusan negatif. Kertas keputusan perlu dibawa ke Saudi.
10. Tiada kuarantin di Arab Saudi.
11. Ibadah Umrah & ziarah Raudah perlu ada permit (diuruskan oleh agensi Umrah bagi visa Umrah sahaja).
12. Permit ibadah Umrah & ziarah Raudah akan dipohon dari Malaysia sewaktu permohonan visa Umrah.
13. Tiba di Arab Saudi, agensi / jemaah perlu sahkan slot ibadah Umrah & ziarah Raudah selewat-lewatnya 24 jam sebelum slot ibadah Umrah atau ziarah Raudah. Selepas slot disahkan, tidak boleh dipinda atau batal. THTS tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah tidak berpeluang menunaikan umrah / ziarah Raudah setelah slot dipinda atau batal oleh jemaah
14. Ibadah Umrah & ziarah Raudah hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh pakej.
Permohonan melakukan umrah kali ke-2 akan dapat slot / kelulusan selepas 14 hari dari tarikh melakukan umrah pertama. Tertakluk kepada kekosongan slot.
15. Bagi pemegang Visa tourist, urusan permit ibadah Umrah & ziarah Raudah harus buat sendiri oleh jemaah (self service) melalui aplikasi Eatmarna,
16. Pergerakan Ibadah Umrah & ziarah Raudah secara berkumpulan (25 orang setiap kumpulan) & diiring oleh pegawai Saudi / wakil operator Umrah. Jika jemaah menaiki SUV atau Sedan ( FIT), mereka akan dikumpulkan mengikut slot sehingga kumpulan mereka mencukupi 25 orang untuk melakukan ibadah Umrah atau ziarah Raudah.
17. Aktiviti ziarah, jemaah boleh turun dari bas tapi tertakluk kepada keadaan & kebenaran semasa oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
18. Solat 5 waktu di masjid Nabawi tidak perlu permit, hanya perlu scan Tawakkalna.
19. Solat 5 waktu dalam Masjidilharam perlu permit. Jemaah kena mohon sendiri dalam aplikasi Eatmarna, selewatnya sehari sebelum solat & tertakluk kepada kekosongan.
20. Sebelum balik Malaysia, jemaah kena buat ujian PCR di Arab Saudi dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum tarikh/waktu penerbangan dengan keputusan negatif. (Kos PCR ini telah termasuk dalam harga pakej) .
21. Tawaf wada’ masih belum dibenarkan.
22. Tiba di Malaysia, jemaah akan dikena kuarantin 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. (Kos kuarantin jemaah adalah dibawah tanggungan sendiri)
Semua peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
Perlindungan Insurans Covid-19
1. Jika jemaah positif Covid-19 di Arab Saudi, kos kuarantin akan dilindungi insurans SR450 seorg sehari (termasuk makan 3 kali sehari) dan maksimum perlindungan 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi perlindungan insurans, jemaah perlu tanggung kos tersebut.
2. Kos ujian PCR tidak dilindungi insurans.
3.Tiket penerbangan hanya dilindungi sebanyak SR500 bagi pertukaran tarikh penerbangan sahaja.
Mutawif
1. Mutawif tidak boleh bimbing kumpulan ibadah Umrah / ziarah Raudah.
Jika ada yang di atas tidak benar atau kurang tepat, harap maklumkan ya.. nanti Sis edit untuk penambahan infonya. Moga ianya bermanfaat buat semua.
P/S: Jom kita submit doa, moga Allah beri peluang dan dengan keizinanNya kita semua akan dapat jejak kaki ke sana, aamiinn..
Semoga kita dapat menjadi tetamuNya satu hari nanti..Aamin
ردحذفInsyaAllah Eda, sama-sama kita berdoa.. aamiinn
حذف