WARKAH BUAT MANUSIA KECEWA by THE FAIZ IBRAHIM

Sis Lin
14
WARKAH BUAT MANUSIA KECEWA by THE FAIZ IBRAHIM | BEBERAPA hari sebelum ni memang Sis menunggu parcel yang satu ni, sebab memang ternanti-nanti akan kiriman nan satu ni. Dan akhirnya sampai juga senaskah 'Warkah Buat Manusia Kecewa' yang penulisnya seorang lelaki iaitu Faiz Ibrahim atau lebih ramai kenali dia dengan nama The Faiz Ibrahim

Sis memang dah lama ikuti penulisan dia, dari mula dia seorang blogger, kemudian menjadi penulis buku.. then Sis follow plak telegram channel dia, kadang tu selalu gak copy ayat-ayat dia then tepek dalam wall facebook atau memana laman sosial Sis. Kata-katanya memang memberi inspirasi buat mereka yang feeling down. 

Dan pertemuan pertama kali Sis dengan Faiz Ibrahim ni ketika Sis pergi media review di Restoran Awaqyu tahun lepas. Masa tu bila terdengar kata ada media Faiz Ibrahim, dalam hati 'takkanlah dia'... then bila dah depan mata, Sis siap scan ko gambo dia dalam IG dan bezakan dengan depan mata, ohhh ternyata betul dia hahahaha.. LOL.. 

Tapi masa tu Faiz Ibrahim ni belum kawin, sekarang dah jadi Suami orang dan bakal father to be tu hehehehe.. 

Warkah Buat Manusia Kecewa by The Faiz Ibrahim

Sebelum ni Sis ada bukunya yang bertajuk '27 Hari Move On', dan Warkah Buat Manusia Kecewa ni adalah terbitan terbaru penulisan The Faiz Ibrahim dan korang boleh dapatkannya sekarang. Bila Sis tenung, kenapa tajuknya Warkah Buat Manusia Kecewa ekk?, lama-lama bila dah baca, barulah faham kenapa...

Ianya seperti kesinambungan dari buku-bukunya sebelumnya.. dan ini adalah pilihan terbaik buat korang yang rasa kecewa akan sesuatu dan susah nak move on atau yang baru nak memulakan semula life korang.. korang patut baca buku ni. 

Bak kata Faiz Ibrahim, 'Bukan Mudah Untuk Kembali Senyum, Tapi Tak Mustahil Untuk Rasa Bahagia Semula', kan kan... 

Warkah Buat Manusia Kecewa by The Faiz Ibrahim

Dah dua hari Sis 'khatam' baca buku ni, kali ni baca memang fokus pada pembacaan, bila selak satu mukasurat, kita jadi tak sabar nak baca seterusnya.. akhirnya tau-tau sampai penghujungnya.. dan kau akan rasa, oh, bahagia itu sudah ada dalam diri kau, cuma kau jer yang tak hagainya.. huhuhu..

Cuma satu yang terkesan sangat dalam diri Sis bila baca buku Warkah Buat Manusia Kecewa ni adalah... sebenarnya BAHAGIA tu kita tak payah kejar dan cari, jika setiap hari kita fikir positif, dan jauhi diri dari benda yang negetif, dan buat apa yang kau suka, pasti bahagia tu kita dapat secara automatik.. fokus kepada apa yang kita suka, tak payah nak sibukkan dan kesahkan hal orang.. 

Sebab bila kita kesahkan hal orang, dan menaruh harapan pada orang, itu yang buat kita mudah kecewa.. lebih-lebih lagi atas nama 'kepercayaan'... jangan mudah percaya dengan kata-kata, kelak ia akan makan diri sendiri, baik kawan, keluarga, atau pun dengan Suami ko sendiri.. 

Warkah Buat Manusia Kecewa by The Faiz Ibrahim

Di akhir buku ini, The Faiz Ibrahim menulis.... 

Sekarang, keluarlah dari kepompong kesedihan kau, fikirlah apa yang terbaik buat diri kau, letakkan emosi di tepi, letakkan akal dan keberanian di hadapan.. insyaAllah kau akan okay.

Masa untuk berubah.. 

Cukuplah melayan perasaan dan sekarang ini adalah masa untuk kau berdiri semula selepas jatuh berbulan lamanya. Aku tahu kau boleh kerna aku juga pernah rasa kesakitan yang sama dan alhamdulilah, di waktu aku rasa aku seorang, aku terlupa yang Allah sentiasa ada dan pada Allah lah aku letakkan segalanya.. 

Selamat bahagia semula,
Selamat lepaskan kenangan lama,
Selamat mula semula,
Selamat senyum bahagia..

Selebihnya korang bacalah sendiri okay.. 
Kepada yang berminat nak dapatkannya, tekan je link https://linktr.ee/thefaizibrahim


P/S: Korang abaikan siput sedut tu, esok baru buat posting siput hahahaha.. 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. baca sis punya story ni pun dah boleh rasa menarik..buku yang cukup memberi semangat dan motivasi..nampknya bakal tambah my book collection ni..

    ReplyDelete
  2. Bagus baca buku2 yg ada kata motivasi macam ni kak. Lagi2 zaman skrg ramai yg alami tekanan kan. Tak susah nk cari bahagia sebenarnya. Cuma kita selalu tgk benda yg jauh dari yg ada dpn mata.

    ReplyDelete
  3. Sebetulnya tak cam siapa Faiz Ibrahim tapi kata-katanya nampak catchy. Boleh beri motivasi kat mereka yang memerlukannya....

    ReplyDelete
  4. Motivasi. Sebenarnya betul. Ada masa perlu letak ke tepi dulu emosi buat sementara waktu.

    ReplyDelete
  5. Macam pernah dengar nama Faiz ni, blogger erk dulu. Wah dah jadi penulis buku. Mesti buku dia best sampai sis dah beli 2 buah buku dia,. menarik ni

    ReplyDelete
  6. Aduh sis serius jatuh cinta dengan bait-bait kata yang dia tulis tu. Terasa deep dia. Memang nak kena dapatkan nih sebab rasa macam kena dengan jiwa. tq sis sebab review..

    ReplyDelete
  7. Marsha dah buka linktree faiz ibrahim ni..macam nak grab warkah untuk orang kecewa ni dengan kenapa kita tak seperti dulu...eh ke nak amik tiga-tiga yang top sale tu ye? Harga pun ok ni

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar nama dia tp kita xfollow dia.. Tp buku ni nampak menarik.. Kalau kne jiwa boleh lah layan..

    ReplyDelete
  9. Wowwww part bahagian 1 tu pon dah rasa macam diri ni in sangat dalam.penceritaan dia. Allahhhh.. moga boleh ambil motivasi dari buku ni

    ReplyDelete
  10. Betul juga kena selalu bersyukur dengan apa yang ada baru rasa bahagia. Menarik buku ni nak kena baca bagi hati tenang sikit..

    ReplyDelete
  11. Penulisan yang sempoi dan mudah difahami. Ramai pernah berasa kecewa dan ingin bangkit. Selain dekat kan diri dengan Allah s.w.t. bahan bacaan begini maybe boleh bantu utk mereka nampak wide scope kehidupan. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Kte suka kalo jenis2 buku motivasi ni selain buku pembunuhan hahahha

    ReplyDelete
  13. buku ni best baca... ibarat kita bercakap dengan org yg bermotivasi..kita akan dapat sesuatu yg baik darinya

    ReplyDelete
  14. Pergh, padu ye permulaan dan pengakhiran yang dia sertakan dalam penulisan dia.. Good reminder juga ni, suka part yang keluar dari kepompong kesedihan tue.. (Y)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!