APA AKAN JADI JIKA KORANG KURANG MAKAN BUAH DAN SAYUR?

Sis Lin
2
APA AKAN JADI JIKA KORANG KURANG MAKAN BUAH DAN SAYUR? | KALAU bercakap pasal tajuk ni, jangan kata bebudak aje, Mak-Mak, Bapak-Bapak malah warga emas pun ada yang tak makan dan tak suka makan sayur dan buah kan? Mungkin ada yang makan sayur dalam menu harian, tapi jarang sekali yang kerap makan buah dalam sehari. 

Tak payah cakap orang lain, Sis sendiri pun jarang-jarang sekali makan buah setiap hari, begitu juga sayur, ada masa masak yee ada menu sayur, ada ketika, malas nak masak sayur, so takde laaa menu sayur hehehehe.. tapi at least kita makan juga sayur, jangan sampai tak makan. 

Dah engko tak makan sayur, pastu suap anak marah-marah ek sebab taknak makan sayur hahahaha, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi hehehe.. 

Untuk perkongsian iSihat harini, Sis nak kongsikan apa yang Sis baca dari Hello Doktor ni. Apa akan jadi jika korang kurang makan buah dan sayur.. Jom kita hadamkan.. 

Apa Akan Jadi Jika Korang Kurang Makan Buah Dan Sayur?

Apa akan jadi jika korang kurang makan buah dan sayur?

Apa yang menjadi kebimbangan di sini adalah sayur dan buah itu adalah sangat penting dalam usaha menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal sihat dan kuat. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar seorang individu perlu mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sayur dan buah setiap hari.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi penyakit lain. Ini kerana kedua-duanya mengandungi lambakan jenis vitamin serta mineral yang mampu membantu tubuh badan untuk berfungsi dengan lebih baik.

Pertama, ia sangat kaya dengan antioksidan yang akan membantu melindungi tubuh badan daripada bahan kimia serta radikal bebas yang berbahaya. Kebaikan makan sayur dan buah yang kedua ialah kedua-duanya kaya dengan serat yang akan membantu menstabilkan kadar gula, merendahkan tahap kolesterol serta mengelakkan kondisi sembelit.

Apa Akan Jadi Jika Korang Kurang Makan Buah Dan Sayur?

Kurangnya pengambilan sayur atau makan buah akan meningkatkan risiko penyakit serta tubuh badan jadi tidak sihat dan kuat. Berikut adalah petanda yang muncul pada tubuh badan jika anda kurang makan buah dan sayur:

#1. Sukar melihat dalam gelap

Mungkin mitos ambil lobak untuk mata yang jelas itu adalah benar kerana kebaikan makan sayur lobak diketahui amat baik untuk mata. Lobak mengandungi tinggi vitamin A yang boleh menghasilkan pigmen retina pada mata.

Kekurangan pigmen retina ini seterusnya pula akan mengakibatkan korang sukar melihat dalam gelap yang sekali gus menyumbang kepada masalah penglihatan.

#2. Gusi amat mudah berdarah

Ada beberapa sebab gusi berdarah dan salah satunya adalah kekurangan vitamin C. Ia tidak dapat dihasilkan secara semula jadi, maka vitamin ini perlu dikonsumsi melalui pemakanan ataupun suplemen. Vitamin C dari sayur serta buah mampu menguatkan sistem imun, mengelakkan sel rosak dan melancarkan proses pemulihan yang penting untuk tubuh badan.

#3. Kerapuhan kuku dan rambut

Biotin (vitamin B7) adalah nutrien yang boleh ditemui dengan banyak di dalam pelbagai jenis sayur dan buah seperti bayam, brokoli, kubis, pisang dan lain-lain. Kekurangan Biotin dalam tubuh badan boleh menyebabkan masalah kuku dan rambut rapuh lantas mengakibatkan ia menjadi pucat, gugur serta tidak sihat.

#4. Sembelit

Untuk pengetahuan korang, individu normal memerlukan sekurang-kurangnya 18 gram serat setiap hari yang boleh diperolehi daripada sayur atau buah dalam diet. Jika ia kurang dalam tubuh badan, maka risiko sembelit adalah lebih tinggi dan ia adalah sebab paling utama kenapa anda perlu makan buah dan sayur lebih banyak.

#5. Mood tidak tentu

Sebab terakhir kenapa perlu makan sayur dan buah lebih banyak dalam diet adalah untuk mengekalkan mood anda sehari-harian bagi memastikan emosi sentiasa stabil dan sihat. Jika korang mengalami mood tidak tentu secara mendadak, cuba tambahkan kedua-dua makanan ini ke dalam diet selain berjumpa doktor untuk diagnosis.

Bagaimana jika tidak suka sayur @ buah?

Ini adalah masalah yang paling sering dialami oleh individu terutamanya buat golongan kanak-kanak kerana tidak suka akan tekstur atau rasa makanan ini. Sebenarnya, ada cara atau trik yang korang boleh cuba seperti jadikan ia sebagai minuman jus yang tentunya lebih mudah untuk ditelan dan dihadam tubuh badan.

Selain itu, korang juga tidak perlu untuk mengambil ia begitu sahaja, sebaliknya cuba campurkan sayur atau buah ke dalam hidangan lain untuk tekstur dan rasa yang lebih menarik. Sekiranya korang tidak suka angkara alahan terhadap makanan tersebut, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang cara menyelesaikan masalah ini.

Kesimpulannya, ada banyak sebab kenapa perlu makan sayur dan buah! Jadi, demi mendapatkan kebaikan makan sayur dan buah, sila cuba untuk mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan makanan ini setiap hari okay, jika perlu, makan ajelah supplemen yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan, tu pun dah memadai dari tak makan langsung. 


P/S: Dan dannn Sis ko mengunyah epal ni haaaa hahahahaha... 
Tags

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kena rajin beli buah laa lepas niii

    ReplyDelete
  2. alamaakkkk kat rumah ako ni pun payah nk makan sayur..
    ako kering idea bersamaan dengan takde air hahaha... *releven tak eh alasan* :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!