CHILI CRAB TERSEDAP DI RESTORAN TODAK ORANG ASLI

Sis Lin
8
CHILI CRAB TERSEDAP DI RESTORAN TODAK ORANG ASLI | MEMANG tajuk tu Sis letak 'tersedap', sebab setakat ini laa, Sis anak beranak kalau makan seafood di merata restoran, but Chili Crab di Restoran Todak ni juga yang sedap dan tersedap selain masak black pepper.

Bagi mereka yang dah pernah cuba, mesti tau akan kesedapannya. Sejak dari PKP tu, memang lama giler tak duduk makan di Restoran Todak ni. Kecuali time bulan puasa tu, ada laa Suami beli 'tapau' makan di rumah, then lepas tu lama tak keluar makan sini.

Dan semalam anak Sis,Yana duk laa ngendeng Ayahnya, so awal-awal dah booking Ayahnya mengajak makan malam di sini. Sampai kata tak makan tengahari, hanya makan pagi, konon-konon nak simpan perut nak makan di Todak ni, sabo je laa anak aku hahaha..


Chili Crab Tersedap Di Restoran Todak Orang Asli

Chili Crab Tersedap Di Restoran Todak Orang Asli

Amekkawww, dengan harga RM195 hengget sepinggan ketam tu, puas Sis berempat makan anak banak kelmarin. Sangat-sangat puas dan puashati. Ketamnya pun fresh, kepekatan cili dia yang tersangat sedap, makan pula dengan roti stim tu, perghhh memang makan tak toleh kanan kiri weiii.. 

Tak silap Suami amik dua saiz, dua saiz besar, dua saiz kecik, tapi yang saiz besar tu, memang besar-besar gilerr hahaha.. tak percaya? Meh nengok dia punya 'kaki' hehehe..


Chili Crab Tersedap Di Restoran Todak Orang Asli

Bila di 'kokak' makan tu, isinya padat dan padu gilerr wooo.. sampaikan bila dah nengok isinya yang penuh tu, rasa sayang beno nak makannya hahahaha.. adeiiii syukur alhamdulilah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan. 

Selain dari menu Chili Crab ni, Sis ada juga order Udang Goreng Butter, Udang Kari Indonesia, Lala Masak Sambal, Roti Mantau dan juga Sayur Baby Kailan Ikan Asin. 


Kesemua harga menu kami makan adalah RM299.75 termasuk minuman. Okay kan? Sis rasa Restoran Todak ni laaa harganya murah berbanding restoran Seafood lain yang Sis makan tau. Dan paling Sis suka, servis dia pantas dan tip-top. 

Kalau korang nak cuba, ini alamatnya : 

Restoran Todak Orang Asli
1, Jalan Dedaru 11, Kampung Teluk Jawa, 81750 Masai, Johor
[No Pork, No Lard]

Buka SETIAP HARI
Dari jam 11.30am hingga 11.30pm 


P/S: Moga Allah permudahkan urusanku harini, bismillah .... 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Kalau ada ke Johor, bolehlah singgah yaa Idaa..

      Delete
  2. mujur jauh klo dekat mau juga pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mana laa tau akan ke Johor, bolehlah mencubanya..

      Delete
  3. Replies
    1. Sangat sedap Tiara, berbaloi laa dengan harganya..

      Delete
  4. Fuhh..menggoda betul chilli grab dia. Dahlah tengok malam malam ni. Harga dia boleh tahan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, tapi kesedapan dia tu buat harga dia tu sangat berbaloi.. boleh cuba nanti Fizah kalau balik Johor..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!