DOA MUSTAJAB DI HARI JUMAAT. JOM KITA BACA DOA INI

Sis Lin
2
DOA MUSTAJAB DI HARI JUMAAT. JOM KITA BACA DOA INI | PEJAM celik dah hari Jumaat, cepat betul masa berlalu kan. Dan ketika korang baca posting ni, Sis berada di luar kawasan Johor. Ada urusan menemani Suami jadi co-pilot dia hehehe.. Lama tak drive jejauh, sekali dapat pegang setering, apalagi, tekannn minyak terus hohohoho.. 

Ada yang dah bersiap nak balik kampung ke tu? Atau dah berada di kampung? Ingat ya, jaga SOP dan stay safe. Walau berulang kali dan naik jemu duk asyik pesan benda yang sama, tapi perlu ingat selalu, jangan sampai kita lalai dan cuai, kang ada bawa penyakit plak.. 

[Baca Juga] : Zikir Hari Jumaat 

Dan hari ini hari Jumaat, hari yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala. Sebaik-baik hari, adalah hari Jumaat. Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. 

Jom kita baca doa ni dan berdoa sesama ya. 
Walaupun dah pernah Sis kongsikan sebelum ni, tapi takpe, kita teruskan beramal, moga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. 

Doa Hari Jumaat

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau telah kurniakan. Kami bersyukur kepada Mu atas nikmat taufik dan hidayah-Mu. Kami bersyukur atas nikmat iman dan Islam.

Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.

Ya Allah dipagi Jumaat yang mulia  ini berilah kami rahmat Mu Ya  Allah, letakkan kami dalam  perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami,  kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah kami memohon Ya Allah,  kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami

Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya.

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.

Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
Aaamiinn.. 


P/S: Sabtu Ahad Sis OFF update blog sekarang, so kita jumpa Isnin nanti ya ❤
Tags

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!