EARPHONE SUDIO T2 TERBARU SESUAI BUAT MEREKA YANG AKTIF DAN LASAK | PERTAMA kali lihat aje earphone terbaru Sudio T2 dari SUDIO ni, memang wow giler design dia. Ayat pertama yang keluar dari mulut Sis adalah 'Comelnya'.. yaaa sangat comel bekas earphonenya.
Jujurnya Sis bukan orangnya 'gila' dengan earphone okay, dan memang jarang sangat beli dan guna earphone, tapi sejak diperkenalkan dengan earphone Sudio ni laa, Sis mula suka dan rasai sendiri pengalaman memakainya dengan selesa dan tidak merimaskan lobang telinga Sis. Yaa ada certain earphone tu, bila sumbat je, memang tak selesa betul telinga, so memang tak suka pakai.
Tapi Jenis earphone Sudio T2 terbaru ni memang sesuai sangat untuk mereka yang aktif dan lasak, jangan sangka sekecil ini tidak 'power', tapi kecil-kecil cili api, sekali sumbat telinga, bergegar bunyinya kebabomm wooo.. sekali tekan, menderu bunyi keliling telinga.
Pilihan warna Sis kali ni, Sis lebih suka pilih hitam (Sudio T2-Black), nampak moden sikit dan simple, yang penting, mudah lerr Sis nak matching dengan apa jua keadaan. Bagi Sis yang pakai tudung ni, memang takde masaalah, sebab bila sumbat aje dalam telinga, earphonenya memang 'ngam' dengan saiz telinga Sis. Tak kisahlah walau korang rasa telinga korang besar atau kecik, kompom ngam punya.
Tahap keselesaan pemakaiannya selesa. Walau korang pakai berejam sekalipun, tapi earphonenya tetap maintain je okay, tidak rasa nak tercabut atau rasa gatal di telinga. Kira memang selesa laa untuk pakai berejam-rejam lamanya.
Sudio T2 terbaru ini di cipta khas berdasarkan pengalaman mendengar yang lebih mendalam dengan menganalisis bunyi persekitaran dan menghasilkan anti-frekuensi dalam satu masa. Itulah yang ada pada kehebatan teknologi pembatalan bunyi aktif Sudio T2. Kebisingan keadaan keliling automatik dibatalkan dan menyekat gangguan bunyi di mana sahaja korang berada, samaada dalam perjalanan, ataupun berada di rumah.
Setiap earphone Sudio T2 mempunyai susunan mikrofon dual beamforming, iaitu satu mikrofon menunjuk ke arah luar untuk menangkap persekitaran sekitar, dan satu lagi mikrofon menunjuk ke arah mulut korang untuk menangkap suara korang ketika berbual.
Algoritma pemprosesan isyarat digital dalaman Sudio T2 menganalisis gelombang bunyi dan mengurangkan bunyi persekitaran. Oleh itu, suara korang akan selalu kedengaran dengan kuat dan jelas tanpa sebarang gangguan luar. Takde lah korang berbual sangkut-sangkut atau tersekat suaranya.
Sebilangan besar jenama earphone memerlukan perubahan semasa pemasangan, dengan memperlahankan sistem bunyi suapaya tidak menjejaskan frekuensi semula jadi mereka. Berbeza dengan Sudio T2 ini, ianya direka bentuk dengan pemacu dinamiknya, sangat sesuai dalam apa jua keadaan tanpa kompromi.
Dengan cara itu ianya dapat mengekalkan kualiti suara yang tajam, bersih, dan mantap. Langkah seperti ini memastikan pengalaman mendengar yang lebih baik, menjadikan korang lebih dekat ketika berbual di telefon.
Dan yang paling best sekali, jangka hayat baterinya boleh bertahan sehingga 35jam lamanya selepas menggunakan cas pengecasan. Dan bertahan sehingga 7 atau 5jam masa mendengar dengan sekali cas okay. Punyalah lama... dan kalau korang terlupa nak memasukkan ke dalam tempat pengecasan, tenaga baterinya mampu mendengar sehingga 2 jam dalam masa 10 minit.
Sudio T2 gives you next-level comfort and fit, for any ear ;
- Noise cancelling
- Clear dynamic sound
- All day comfort
- Splash proof
- Quick charge
- Wireless
- Weight : 46.2g
- Compatibility : Android, iOS, Mac OS, Windows, Linux
- 4 colour available (White, Black, Sand, Jade)
Untuk lebih info mengenai Sudi T2 ni, korang boleh ke www.sudio.com/my ni okay.
The official Sudio T2 launching is on 8th of October..
Harga untuk satu set RM549/USD149 ..
Jika korang ingin mendapatkan sebelum ianya mula terjual pada 8 Oktober ini, korang dah bolehlah mula buat tempahan PRE-ORDER bermula harini 1 Oktober untuk tempahan awal. Kiranya bila korang dah buat tempahan, so nanti, pihak Sudio akan pos kepada korang dalam masa terdekat dan urusan pengeposan adalah FREE SHIPPING okay.
Juga beserta sekali warranty selama 3 tahun untuk setiap pembelian.
Dan sebagai pembelian terawal, korang jangan lupa masukkan CODE : SISLINT2 untuk dapatkan diskaun harga istimewa dari Sudio okay. Pembelian Pre-Order ini hanya berlangsung sebelum 8 Oktober sahaja yaa.. Selepas itu ianya akan terjual dengan harga jualan sedia ada.
Untuk pembayaran, kini korang dah boleh buat bayaran melalui GRABPAY atau PAYLATER di laman website Sudio.
P/S: Memang berebut dengan si anak bujang earphone.. dia memang suka laaa design gini, aishhh...
Kte dah pakai mmg best sgt. Kte suka kaler sand tu..lawoooo
ردحذفKenan betul Sudio T2 ni..amboi web sudio boleh paylater juga dah ek sekarang..haha
ردحذفU can't go wrong with black
ردحذفNampak ramai juga rakan2 blogger dah mendapatkan sudio ni kan?....hishhh post racun ni sis pun sama nak mendapatkannya Jangka hayat bateri 35 jam? WOW!!!
ردحذفsaya pun bukan hantu earphone tapi kalau jenis earphone terkini mmg yg tertarik tngok casing dia..comel2..
ردحذفWishlist juga ni nak cuba. Tengah rambang mata nak memilih yang mana berkenan dihati. Semua lawa...hihi
ردحذفcun kan sudio ni.. kaler hitam pun nice juga suka tengok.. antara earbuds yg berikan pengalaman audia yg sgt best
ردحذفmemang cun sudio ni. Nad ada dua design. Sound dia pun bagus. Banyak design sudio ni. Haritu ada nampak yang jenis panjang tu.
ردحذفCantiknya la warna hitam. Rawlins pun patutnya pilih yang warna hitam gak sebab nampak elegan betul.
ردحذفMemang memerlukan ni satu tau yang sedia ada tu ayik berpintal pintal wayar pelik betul walaupun letak elok aja atas meja, tapi bila nak guna wayar berbelit belit huhu
ردحذفWarna selamat hitam ni. Tapi walau apa pun Sudio memang best. Hehehehe. Earphone dia masih helok kat rumah ni. Walau dah 5 tahun guna.
ردحذف