HELLO OKTOBER! SALAM JUMAAT BUAT KORANG SEMUA! | ALHAMDULILAH cepatnya masa berlalu, harini dah masuk 1 Oktober 2021, makanya hanya tinggal dua bulan aje lagi kita akan masuk ke tahun baru 2022 kan.. sedar tak sedar juga dah hampir tiga tahun kita berada dalam keadaan pandemik ni. Entah bila pulak nak masuk Endemik ya.. kita tunggu aje laa..
Dan bulan Oktober juga adalah bulan kesedaran kanser payudara atau lebih di kenali dengan bulan reben merah jambu yang lebih mudah kita panggil 'Pinktober'.. Apa itu Pinktober? Korang boleh laa baca di SINI okay..
Sebab apa Sis memang sahut dan sertai bulan Pinktober ni, sebab utamanya adalah arwah Emak Sis sendiri meninggal dunia akibat kanser payudara dan atas kesedaran itulah, tiap kali bulan Oktober memang Sis suka berkongsikan kempen ini. Biar kita sedar akan pentingnya pemeriksaan dan penjagaan payudara kita.
[Baca Juga] : My MoM Fight Breast Cancer
Harini pepagi pun rezeki task job blog masuk tanpa di sangka, syukurlah permulaan yang baik untuk bulan Oktober ni, lebih-lebih lagi di hari yang barakoh Hari Jumaat ni. Alhamdulilah bak kata orang, kalau ada rezeki, memang tak kemana, dan rezeki tu kalau Allah nak beri, memang tak salah alamatnya dia pergi..
Yang penting jangan putus asa, jangan mengeluh dan jangan merungut. Sentiasa bersyukur walau rezekinya sedikit.. insyaAllah bila kita sentiasa bersyukur, rezeki tu akan datang tanpa di sangka-sangka, betul tak?..
Setiap dari kita Allah dah tetapkan rezeki mereka masing-masing. Ada yang dapat itu cepat, ada yang dapat lambat. Semua itu ada sebabnya. Jangan mengeluh dan bersedih. Pasti akan tiba waktunya untuk kita milikinya. Yakin pada aturan Allah.
[Baca Juga] : Zikir Hari Jumaat
Hidup tanpa UJIAN,
Kita tak akan kenal erti KETABAHAN.
Hidup tanpa DUGAAN,
Kita tak akan kenal erti KESABARAN.
Hidup tanpa IMAN,
Ibarat bumi tanpa PAKSI.
Namun, walau sekuat mana dugaan melanda.
Bertahanlah, pasakkan iman di dada.
Allah pasti menenangkan kalbu yang terkoyak kepedihan itu.
Kembalikan pada sang pemilik keajaiban.
Hingga hati kembali diletakkan sempurna dan di sembuhkan..
Yakin pada Allah.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.
Ingatlah, Allah adalah Sebaik-baik Perancang.
DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Kita perlu usaha, doa dan tawakkal.
Terkadang, kita harus mengalah untuk meraih kemenangan. Dan terkadang pula, kita memang harus menerima kekalahan itu. Ketika kau sedih, jangan pernah berfikir Allah itu tidak adil. Boleh jadi, kesedihan itu adalah jambatan menuju kebahagiaan.
Syukuri nikmat yang dikurniakan olehNYA. Insafi segala kekurangan dan kegagalan. Jangan pernah mengalah dengan kehidupan ini. Pasti ada sinar di masa akan datang.
Aaamiinn.,.
P/S: Terima kasih Suamiku... alhamdulilah ❤
Hello Oktober. Permulaan bulan di hari Jumaat, bersyukur dengan berkat-Nya. Aamin :)
ReplyDeleteOut of 10 months.. Cuma 1 bulan je anak2 berpeluang pakai baju sekolah, kasut sekolah. Hmmm semoga pulihlah keadaan ni
ReplyDelete