ILMU ITU IBARAT AIR. AMALKAN DAN SAMPAIKAN ILMU YANG BERMANFAAT

Sis Lin
16
ILMU ITU IBARAT AIR. AMALKAN DAN SAMPAIKAN ILMU YANG BERMANFAAT | PAGI ni tiba-tiba rasa nak menulis mengenai 'ilmu'. Tak kisahlah ilmu apa, yang penting, selagi kita masih hidup, baca, cari, kejar, amal dan sampaikanlah ilmu yang bermanfaat kepada semua orang. 

Jangan lokek ilmu, jangan simpan ilmu tu. Kata imam syafi’i air yang terlalu lama terhenti (tidak mengalir) maka lama kelamaan akan membusuk dan merosak. Kerana air yang tenang terkadang boleh menjadi ombak yang siap menggulung siapa aja yang ada di hadapannya. Faham tak tu korang?.. 

Sedikit perkongsian dari Sis kisah malam tadi (ada Sis share dalam IGs) mengenai dua orang pelajar dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan yang DM Sis di instagram minta berkongsi dan membantu dia menjawab beberapa soalan mengenai kerja kursusnya yang memerlukan bantuan blogger untuk tips penulisan di blog dalam kerja kursusnya. 

Mulanya Sis agak curiga, samaada benar atau tidak mereka berdua ni. Sebab kebetulan keduanya sama datangnya, cuma kerja kursusnya aje berbeza dari segi soalan. Tapi sebab atas dasar ingin membantu, Sis tawakkal aje la, lagipun hanya berkongsi dan menjawab apa yang mereka mahu aja. 

Alhamdulilah, setelah menjawab beberapa soalan, dan Sis juga beri tips dan petua untuk memulakan penulisan, mereka berdua sangat berpuashati dan berulang kali ucap terima kasih dan mendoakan urusan Sis sebab dah banyak membantu mereka. 

Ilmu Itu IBarat Air. Amalkan Dan Sampaikan Ilmu Yang Bermanfaat

Alaa dikk nonn, Sis ni bukan profesional sangat, setakat nak kongsi pengalaman Sis sepanjang menjadi blogger ni, apalah sangat, ramai lagi yang lebih arif yang adik-adik semua boleh minta pertolongan, tapi bila ada yang bertanya direct macam ni, insyaAllah mana yang boleh Sis bantu, Sis bantu ya. Harap adik-adik tu semalam berpuashati dan menulis dengan baik sekali nanti dan mendapat keputusan cemerlang. 

Ilmu di dunia ni tidak pernah terbatas. Maka korang kongsilah ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan bersama. Demikianlah pesan Imam Asy-Syafi’i R.A. betapa pentingnya ilmu itu digunakan untuk memberi manfaat. 

Jangan Hidup Jika Tak Memberi Manfaat. 
Amalkan Dan Sampaikan Ilmu Yang Bermanfaat

Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat.” (Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13)

Berdasarkan hadis di atas, setiap daripada kita yang memiliki ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang baik, boleh kita ajarkan dan sampaikan kepada orang lain samaada berbentuk ilmu agama, ilmu akademik dan kemahiran, amalan kita adalah amalan yang amat terpuji.

Ilmu Itu IBarat Air. Amalkan Dan Sampaikan Ilmu Yang Bermanfaat

Ilmu itu ibarat air. Amalkan dan sampaikan ilmu yang bermanfaat. Apabila ilmu itu disampaikan kepada orang lain dan diamalkan dan disampaikan semula secara berterusan hingga ke hari kiamat, maka kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan.

MasyaAllah!! Mudah sungguh untuk menjana ganjaran akhirat.

SETIAP manusia tentu akan bertemu dengan kematian. Di mana pada masa itu setiap amal perbuatan terputus. Namun ada perkara yang tidak akan pernah putus.

Apakah itu? 

Salah satu daripada itu ialah ilmu yang bermanfaat yang ditinggalkan.
Pentingnya ilmu membawa manfaat, hidup indah terisi setiap saat.


P/S: 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Setiap ilmu yang disampaikan, jika diamalkan, insyaallah akan diberi saham pahala

    ReplyDelete
  2. Ilmu pinjaman tapi boleh jadi pelaburan untuk kita juga.

    ReplyDelete
  3. insyaallah, dengan ilmu yg kita menolong orang menjadi asbab pertolongan di akhirat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Walaupun sedikit, LeYa pun minat menulis sebab ingin berkongsi. Semoga perkongsian kita ini mendapat berkat. InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. ilmu memang tidak akan putus selagi boleh dimanfaatkan dengan orang lain...

    ReplyDelete
  6. Kongsi ilmu nie bagus kan sis. InsyaAllah menjadi pahala dan bekalan di akhirat kelak jika ianya digunakan dengan baik.

    ReplyDelete
  7. betul.. Hidup ni kena ada ilmu.. lbh banyak kitA berkongsi ilmu lg byk manfaat yg diperolehi

    ReplyDelete
  8. Betul kak. Ilmu walau sikit tp bila dikongsi,akan lebih bermakna dan kita akan jadi lebih faham. Rugi siapa yang kedekut ilmu ni. Rugi dunia rugi akhirat juga.

    ReplyDelete
  9. Agree dengan sis lin...ilmu kalau kita share walaupun sikit ia tetap jadi saham akhirat kita. Semoga kita semua tak lokek ilmu sebab lagi banyak ilmu dikongsi, lagi banyak ilmu kita dapat.

    ReplyDelete
  10. betul tu, tak rugi pun kita kongsi ilmu, makin di kongsi makin banyak ilmu kita akan dapat

    ReplyDelete
  11. Betul kak .. kita pon blogger biasa² je masih belajar untuk jadi blogger macam sis2 yang lain heee kene banyak gali ilmu lagi

    ReplyDelete
  12. setiap ilmu kita yg diberikan diamalkan insyaallah pahala akan berterusan

    ReplyDelete
  13. sis Lin merupakan blogger yang sangat power juga

    ReplyDelete
  14. Ada kala, saya tak faham dengan mereka yang kedekut ilmu. Malah menjual ilmu dengan harga tinggi. Sedangkan akal fikiran mereka adalah milik Allah s.w.t. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jika berasa share ilmu akan buat orang itu akan sukses dari kita. Itu adalah pencapaian dalam diri kita. Ilmu kita beri, mereka hanya perlu berusaha sahaja. Pokok pangkal diri sendiri akan menjadikan ilmu kita beri itu bermanfaat atau tidak. Panjang Ruby tulis. Hahahahahaah

    ReplyDelete
  15. Setuju sis. Seronok bila kita menulis ada yang suka membaca. Semoga beri manfaat kepda semua. Sis pon byk bg ilmu

    ReplyDelete
  16. betul...sama jugak macam menimba ilmu...kalo kita lama tinggal benda yang kita tengah belajar, boleh berkarat otak...terlupa dah apa yang kita tengah buat....kena la ulang belajar dari awal balik..adeii

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!