KAKAK BALIK SEKEJAP URUS PERSIAPAN PERKAHWINAN ADIK | ALHAMDULILAH walau sekejap sangat Kakak balik, tapi dalam masa sekejap tu, hampir 50% persiapan perkahwinan adiknya sudah Kakak settlekan, syukurlah semuanya Allah permudahkan.
Kakak (anak Sulung Sis) balik bukan semata nak urus persiapan adiknya, tapi Sis sefamily nak sambut birthday Kakak in advance yang jatuh pada hari Selasa nanti. So sebab harini Kakak dah balik Shah Alam, makanya kami sambut awal malAm tadi makan di Restoran Todak, lagi dan lagi hahahaha.
[Baca Juga] : Chili Crab Tersedap Di Restoran Todak
Bulan Oktober ni aje, dah empat (4) kali Sis datang makan di Todak ni. Sekali tu makan bersama anak-anak, sekali lagi makan tengahari dengan Suami berdua (Syhhh yang ni anak-anak tak tau), sekali lagi datang makan dengan kengkawan Suami, dan kali ke-empat ni makan sambut birthday Kakak malam semalam.
Sampaikan staff Restoran Todak tu pun dah kenal. Tapi takde rezeki plak jumpa Michael Ang semalam..
Kakak sampai Johor pada Khamis petang lepas, sempatlah Sis masakkannya Ayam Masak Semur atas permintaan Kakak. Petangnya Sis keluar bersama Kakak minum kopi di Richiamo kejap. Esok Jumaatnya tu Kakak dan Adiknya keluar bersama.
Dapatlah Kakak dan Adiknya mencari tudung kami sekeluarga untuk di pakai di majlis pernikahan dan majlis sanding. Dan malamnya kami anak beranak berbincang dan sambil tu Kakak uruskan semua 'list' hal-hal berkaitan dan booking deposit untuk semua hal. Alhamdulilah, Kakak sangat membantu Sis dan Suami.
Dan semalam Sabtu, Sis seFamily keluar dari pagi membawa ke malam, mencari, membeli dan juga survey segala semua kelengkapan persiapan perkahwinan. Semuanya dah hampir 50% settle, tapi masih ada lagi yang belum dapat lagi apa yang nak di cari.
Tadi pagi sempatlah Kakak ikut Sis dan Ayahnya bersarapan, kemudian ke opis Ayahnya sekejap sekali jalan isikan minyak kereta Kakak dan juga check enjin dan juga angin tayar kereta Kakak. Ayahnya memang begitu, risau anaknya balik jejauh, so kena check semua sebelum gerak.
Itupun Kakak kena gerak awal sebab nak hadir ke majlis perkahwinan kawannya tu di Pagoh sekejap. Banyak Sis pesan kepadanya, bebaik dan jaga SOP.. risau juga kan.. tapi Sis tau, Kakak faham apa yang perlu dibuat.
Syukurlah, semua urusan Allah permudahkan. Lepas ni dah mulalah Sis sibuk dengan semuanya, banyak benda nak buat, rumah dah macam stor dah dengan segala barang persiapan. Takpe kita buat pelan-pelan, insyaAllah semuanya akan settle.
Tidak terlalu mengharap, kita merancang, tapi semuanya terpulang kepada Allah untuk mengizinkan.. jika boleh, biarlah semuanya berakhir dengan selamat.. aamiinn..
Maaflah, segala jemputan event Media memang Sis tak dapat nak hadir. Sibuk dengan segala macam urusan. Now masa untuk 'Family Time'... thank you kepada mereka yang memahaminya..
P/S: Ada masanya airmata ni mengalir... belum lagi tiba masanya :(( ...
semoga urusan majlis berjalan lancar ya sis
ردحذفAaamiinn, makaseh Yan..
حذفSemoga dipermudahkan segala urusan persiapan sehingga majlis selesai
ردحذفInsyaAllah Wak, doakan yaaa Wak..
حذفSemoga majlis berjalan lancar.. Klu xde aral ako sampai k
ردحذفYaa kena datang tau.. tak datang, aku majukkkkkk hahahaha
حذفSister's love. Beruntung adiknya ada kakak yang ambil berat dan ambil tau.
ردحذفAlhamdulilah Ammi, kakaknya kemian risau dengan persiapan adiknya..
حذف