KENAPA AKU BUAT ANTIGEN RAPID TEST (ORAL FLUID) COVID-19? | MEMANG dah jadi tanggungjawab bersama, jika rasa tidak sihat, kita kena buat swab test atau nak lebih mudah dan cepat, buat ujian air liur Antigen Rapid Test, tapi korang kenalah jujur ya. Jangan nanti resultnya +ve, korang diam tak buat report di MySejahtera.
Dan kenapa aku buat Antigen Rapid Test (ATR) COVID-19 tu?, salah satu sebabnya, Sis baru aje balik dari menginap 3 hari 2 malam di Hotel Sentral Kuantan tu. Masa hari pertama di sana, Sis dah mula batuk-batuk, dan punca batuk tu, selepas Sis meminum air penapis di hotel berkenaan. Sebelum tu okay aje, takde batuk.
[Baca Juga] : 3 Hari 2 Malam Work From Hotel di Hotel Sentral,Kuantan
Masa tu dah bagitau dah kat Suami, rasa airnya macam lain macam, tapi bukanlah mengada-ngada sangat sebab dah biasa minum Coway di rumah, tidakkk, serius kata, rasa air penapis dia lain dari lain. Dan malam tu Sis dah start batuk sampai sakit tekak di buatnya. Tapi still Sis relax lagi. Terdengar-dengar juga, Suami pun sama batuk-batuk.
Hari last tu masa nak balik, Sis dan Suami beli air mineral berbotol dan togak perabis nak kasi bilas tekak, alhamdulilah lega juga. Tapi dalam hati risau juga, was-was juga persoalannya dalam diri. Ye laa tengah keadaan kita macam ni tak sihat, memang snagat membimbangkan.
Sampai Johor, Sis ajak Suami singgah farmasi untuk beli Antigen Rapid Test (Oral Fluid) ni haa. Terus beli sekotak. Sekotak tu ada 5 ATR dan satu harganya RM19.90 per-set. Yang stok di rumah dah habis di guna Suami, so beli lagi sekotak, lebihnya nanti simpan buat stok.
Tapi batuk Sis still ada, dah jadi perit Tonsil Sis di buatnya, sampaikan terkencing-kencing time Sis batuk. Tapi kuat dalam hati ni kata, memang Sis ni batuk sebab air minuman hotel tu tidak bersih tu. Sebelum tu elok aje, lepas minum air penapis mereka terus batuk macam haper, nak tidur malam pun susah.
Kena pulak Sis ni ada Tonsil, so agak sensitif sikit laa tekak ni haaa, adeiii ..
[Baca Juga] : Ujian Air Liur, Lebih Pantas Dan Lebih Murah
Dan semalam, Sis dan Suami dah buat test ATR ni dan result kami -ve. Sis dah pun update di MySejahtera status kesihatan Sis mengatakan Sis ada batuk. So far takde apa plak update dari MySejahtera tu.
Tapi syukurlah takde yang membimbangkan keadaan Sis dan Suami. Hanya batuk biasa tu jer. Dah beli ubat batuk juga dah. Nak ke klinik, takut kang lain pulak jadinya, so takpelah, makan je ubat batuk beli dari farmasi semalam. Time ni kalau sakit sikit, memang risau weiii, ye laaa kita demam biasa ke batuk ke selesema biasa ke, dah tak tau nak beza dengan gejalanya COVID-19 ni.
Nak mudah, kita kenalah buat ujian ATR tu haaa.. tapi jika korang ada kontak rapat ke atau pergi di tempat Red Zone yang ada kes, kenalah korang buat ujian RTK atau PCR yaa.. sebab itu lebih tinggi risikonya.
Kes batuk Sis ni, memang datang dari minuman tak bersih, kena pulak ada Tonsil, ermmm lagi cepat laa dia jadi batuk, Suami okay je, batuk-batuk kecik jer dia.. pun kena berjaga-jaga juga. Takut lebih mudah di jangkiti kan.
Lama tak kena batuk, sekali kena, rasa down gilerrr... :(
P/S: Ya Allah, sihatkanlah kami. permudahkanlah urusan kami sekeluarga..
gws sis, kalau beberapa hari masih tak ok batuk tu atau ada simptom lain jangan lupa buat swab kt klinik... risau kan sekarang
ReplyDeleteHarini rasa lega dah Dana, Sis makan ubat batuk dan juga gula Difflam tu haa.. alhamdulilah..
DeleteSyukurlah result ATR -ve.
ReplyDeleteKami kat office semalam berdebar-debar juga tunggu result officemate ni contact rapat husband dia pagi tadi tahu -ve fuh! semua mengucap syukur alhamdulillah. Walaupun dah vaksin risiko tetap ada. Itu yang dah ramai amik booster dos tu huhuhuu...
Alhamdulilah, now rasa lega dah tekak, makan ubat dan makan gula Difflam tonsil tu haa.. cuma gatal-gatal jee ni..
DeleteTakutkan, bila sakit je daj macam-macam fikirnya,,,
Alhamdulillahhh!! Syukurlah begituuu! Teruskan test!!!!
ReplyDeleteYaa Nona, nak test pun kemain ngeri oiii...
DeleteKite pun dah beli stok test kit ni. Tapi jenama lain. Next week nak balik kampung. Harap-harap ok la... ^_^
ReplyDeleteBagus DB, test aje sebelum balik, then balik semula pun test juga..
DeleteHarap2 dah sembuh batuknya.
ReplyDeleteAlhamdulilah, bertambah baik ni Wak...
DeleteKene makan ubat batuk utk itchy throat Sis. Apa namanya lupa plak.. Tp ada gamba daun2
ReplyDeleteApa namanya Ammmi, nak try gak laa, now batuk dah okay dah...
Delete