LAMA TAK MAKAN BOTOK-BOTOK | RASANYA memang sudah agak lama tak makan botok-botok ni, last makan tahun lepas kut, kalau dulu masa arwah Emak ada yaa laa, selalu gak makan sebab Emak rajin buat, tapi bila Emak dah takde ni, memang kalau rasa nak makan, kenalah cari sendiri.
Dan semalam tengah belek dalam group seller facebook, ternampak ada orang jual botok-botok ni. Yang bestnya, banyak pulak pilihannya. Biasa botok-botok ni hanya ikan tenggiri atau ikan kembong, ni seller tu siap jual botok-botok ayam, daging dan juga udang. Lain dari yang lain pulak.
Tapi sebab Sis dah biasa makan botok-botok yang selelau makan, so Sis hanya order dengannya Botok-Botok Ikan Tenggiri aje dua bungkus. Mula nak beli lebih sikit, nak kasi frozen, fikir-fikir nanti tak fresh pulak, so takpe dah save nombor seller tu, bebila rasa nak makan, bolehlah order.
Sebungkus tu hanya RM10 sahaja. Tapi botok-botok ikan tenggiri ni laa, yang lain Sis tak tau pulak samaada sama ke tidak.. rasa sama kot. Dan yang paling Sis puashati beli dengan seller ni, dia punya sayur-sayuran dalam botok-botok tu, cukup banyak dan rasa rempah dia padu giler...
Sangat puashati beli.. takde rasa pahit ke, atau rasa pekat rempah sesajer ke, tapi cukup rasa dan cukup sedap.. nak kata sedap sangat tu tak, tapi boleh tahan sedap.. kang cakap sedap sangat, menipu beno pulak kang hahahahaha.. sebab Sis ada rasa yang lebih sedap dari yang ini hehehehe..
Bolehlah takat nak makan kan, nak buat sendiri tu memang idok lerrr, bukan senang nak cari dedaun semua tu.. so sapa yang jual, kita support beli je laa, kang dah semua orang buat, sapa pulak nak belinya yeee hahahaha..
Korang kalau nak cuba, bolehlah cuba. Bagi kawasan Pasir Gudang,Johor, korang boleh contact Fatihah 013-711 9483 .. COD terus ke rumah korang, caj penghantaran ikut jarak km area korang.. memang puashati..
Okay nanti sambung lagi, nak kerjakan ketam di dalam sinki tu haaa.. menu ketam ke kita? Hohohoho...
P/S: Dah mula satu-satu 'staycation' job masuk.. tapi, ermmm Sis belum bersedia lagi nak touch'n'go, huhuhuhu..
aisehman..jauhlah pulak. sampai ke ammi kat KL nanti dah basi.
ردحذفmacam nak menyelerakan je
tak pernah try lagi menu ni.. kalau ada kesempatan, boleh la cari
ردحذفwow staycation ke mana tu :p
ردحذفOhh... macam ni rupanya Botok-botok. tak pernah rasa lagi
ردحذف