RASAI KELEBIHAN SAJIAN ORGANIK BERSAMA ALCE NERO

Sis Lin
1
RASAI KELEBIHAN SAJIAN ORGANIK BERSAMA ALCE NERO | JUJURNYA Sis baru tau ada bulan organik rupanya, selama hidup ni, memang tak tau pun, korang tau ke?. Bulan Organik adalah satu kempen selama sebulan yang bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap pelbagai manfaat makanan dan kelebihan pertanian organik termasuk makanan yang lebih bersih dan sihat serta kurang terdedah terhadap pestisid. 

Pengguna juga dapat mengetahui bahawa amalan pertanian yang lebih mampan ini turut membantu membanteras perubahan iklim serta memastikan biodiversiti terus terpelihara.

Alce Nero, jenama organik terkemuka di Itali, mencabar korang untuk Go Organic with Alce Nero selama sehari, seminggu atau sebulan untuk merasai pengalaman pemakanan organik dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. 

Bagi memudahkan penyesuaian diri dengan pengambilan makanan organik dalam diet seharian, Alce Nero telah membentuk satu siri resipi yang enak dan mudah disediakan bukan sahaja untuk sarapan, makan tengah hari, malah untuk snek dan juga pencuci mulut!.

Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian jem, sapuan dan madu Alce Nero, termasuk yang baru diperkenalkan di pasaran - Alce Nero Organic Blueberry Jam dan Alce Nero Organic Chestnut Spread yang dijual pada harga RM22.90 sebotol.

Alce Nero Organic Blueberry Jam diperbuat daripada lebih 100 gram buah-buahan bagi setiap 100 gram produk akhir. Ia tidak mengandungi pektin serta bahan perisa tiruan dan pewarna makanan. Beri biru yang ditanam dan dituai secara organik dimasak menggunakan kaedah pan vakum yang menggunakan suhu rendah dan tempoh masakan yang amat pendek bagi mengekalkan aroma, rasa dan memastikan nutrien buah-buahan terpelihara.
Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Sementara itu, Alce Nero Organic Chestnut Spread yang unik mempunyai rasa manis dan menyerlah serta kelikatan yang mudah untuk disapu. Hanya buah berangan yang ditanam di Itali digunakan untuk menghasilkan compote ini tanpa sebarang pektin tambahan.

Untuk merasai manfaat makan organik, cuba nikmati sajian organik sekurang-kurangnya sehari seminggu untuk merasai perbezaan rasa dan pengalaman. Gunakan ramuan organik berkualiti semasa tempoh ini. Kurangkan penggunaan bahan perasa tambahan untuk menikmati sajian yang sepatutnya. 

Jika ada dalam kalangan ahli keluarga korang yang berat hati untuk mencuba, hiasi hidangan korang untuk memberikan mereka pengalaman yang merangsang deria.

Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Sarapan: Apple Cinnamon Chestnut Spread Toast

Hidangan organik yang menggembirakan ini menyerlahkan suasana musim luruh dengan kehadiran epal, serbuk kayu manis dan buah berangan. Simfoni tekstur sapuan buah berangan, epal rangup dan roti bakar menjadikan hidangan ini satu kegemaran sepanjang masa.

Bakar roti bijirin penuh, kemudian sapukan Alce Nero Organic Chestnut Spread dan taburkan sedikit muesli hancur. Kemudian, susun beberapa hirisan epal untuk meliputi semua bahagian roti dan ditambah dengan taburan muesli di atasnya.

Lengkapkan hidangan dengan menabur sedikit serbuk kayu manis. Tuangkan sedikit madu sekiranya korang ingin sedikit kemanisan.

Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Makan Tengah Hari: Laksa Johor 

Hidangan tempatan menjadi lebih enak apabila ia organik. Sebagai contoh, hidangan seimbang Laksa Johor ini menggunakan Alce Nero Organic Tricolore Pasta dan bukannya mi laksa yang biasa digunakan. 

Rebus ikan seperti sardin segar. Buang tulang dan kisar. Simpan separuh daripada air rebusan ikan tadi. Sediakan pasta mengikut arahan pada pek.

Kisar 2 batang serai, 5cm halia, 5cm lengkuas, 2 bawang besar, 3 cili kering dan 8 ekor udang kering. Tumis sehingga bau harum. Kemudian, masukkan ikan yang telah dikisar, tambah serbuk kari ikan, santan dan air rebusan ikan yang telah diasingkan. Gaul sebati dan masak sehingga mendidih. Biarkan kuah sehingga pekat.

Untuk dihidangkan: Masukkan sedikit pasta Tricolore dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa yang telah dimasak dan taburkan hirisan timun, kacang panjang, bawang dan daun selasih, tauge yang dicelur serta potongan limau.

Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Makan malam: Penne Goreng Ayam

Penne goreng ayam organik ini adalah satu sajian yang memuaskan selera dan cepat dimasak. Ia adalah pilihan sempurna bagi hari-hari korang penat bekerja tetapi masih mahu mengekalkan pelan pemakanan organik dan sihat.

Masak Alce Nero Organic Penne sehingga al-dente, tapis dan asingkan. Dalam sebuah pan besar, tumis potongan bawang besar dan merah, hirisan tomato dan taufu sehingga harum. Masukkan pes cili dan Sos Pasta Organik Alce Nero. Biarkan ia masak.

Kemudian, tambahkan ayam dan lobak merah yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga ayam telah masak. Masukkan penne yang telah dimasak, telur yang telah dipukul dan gaul sehingga telur sebati dengan ramuan-ramuan lain. Akhirnya, taburkan potongan daun bawang dan tauge.

Sebelum dihidang, taburkan sedikit hirisan cili.
Penne goreng ayam ini merupakan hidangan sihat yang enak dan mudah disediakan.

Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Snek atau Pencuci Mulut: Parfait Yogurt

Parfait Yogurt ini amat lazat, sihat, organik dan gambarnya sesuai dimuat naik di laman Instagram korang. Ia sesuai dijadikan sajian pilihan untuk sarapan, snek mahupun pencuci mulut, khasnya pada hari yang panas.

Dalam sebuah gelas atau bekas kaca, masukkan Alce Nero Organic Blueberry Jam mengikut keinginan anda, diikuti oleh yogurt Greek dan taburan granola rangup. Hiasi hidangan korang dengan buah-buahan pilihan beri seperti strawberi yang bukan sahaja berkhasiat tetapi cantik dilihat. Tuangkan sedikit madu organik Alce Nero untuk kemanisan tambahan.

Ambil gambar dan muat naik ke laman sosial korang sebelum menikmatinya. Ada pihak yang gemar untuk mengacau lapisan-lapisan yang ada sehingga sebati, dan ada yang lebih suka menikmati setiap lapisan secara berasingan sehingga ke lapisan jem terakhir. Hidangan ini juga sesuai untuk majlis dan disediakan dengan lebih awal.

Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Dapatkan resipi penuh dan resipi-resipi lain di  https://alcenero.asia/recipes.html atau layari laman sosial facebook dan Instagram untuk Go Organic with Alce Nero. 

Produk organik Alce Nero boleh didapati di rangkaian AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben's Independent Grocer serta pasar raya terpilih di seluruh negara.


P/S: Geram pulak nengok Laksa Johor ni, terus rasa nak order hahahaha.. 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!