SALAM JUMAAT YANG PENUH BERKAH, ALHAMDULILAH | SELAMAT Pagi dan assalamualaikum buat korang semua. Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan Allah. DIpermudahkan segala urusan. Sentiada dalam rahmat Allah SWT dan dimurahkan rezeki olehNya. Aamiiinn.
So apa plan korang hari ini? Kalau di Johor ni, harini adalah hari cuti umum, so memang harini hari tidak bekerja dan bersekolah. Rasanya ramai yang dah plan keluar bercuti dan balik kampung kan? Atau pun yang letih bekerja lima hari tu, inilah masanya nak berehat dan memasak makanan dan menu sedap untuk keluarga tercinta.
Apapun yang kita lakukan, niat dengan ikhlas dan membahagiakan mereka yang tersayang, insyaAllah Allah akan balas pahala berganda nikmatnya.
Kalau Sis plannya harini macam-macam hal, semua hal berkaitan urusan perkahwinan anak Sis nanti. Nak ke sana nak ke sini, uruskan hal itu, hal ini, ishhh banyak laaa kerjanya.. Pertama kali nak buat majlis ni kan, so taknak laaa semuanya last minit, takut kelam kabut, ada je yang kekurangannya.
Tapi Sis cuba buat yang terbaik untuk anak, moga Allah permudahkan semuanya dan semuanya akan terlaksana dengan lancarnya..aamiinn..
Bismillahirahmanirahim.
Ya Allah, Di hari Jumaat yang mulia aku memohon agar Engkau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku, saudara saudaraku, sahabat sahabatku dan seluruh ahli keluargaku. Tunjukkanlah kami ke jalan yang benar. Berkatilah hidup kami du dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Muqallibal Qulub. Janganlah dipesongkan hati kami setelah kami mendapat hidayahMu. Tetapkanlah hati kami dalamm iman dan sudahi hidup kami hanya dalam agama islam Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, di hari Jumaat yg mulia ini, berilah pertolongan kepada kami untuk mengingatiMu, bersyukur keatas pemberianMu dan beribadah sebaiknya untukMu.
Ya Allah, Kami memohon keampunanMu daripada semua kejahatan yang telah kami lakukan. Tiada yang dapat mengampuni dosa dosa kami kecuali Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Maha Penyayang. Sekiranya masih lagi ada dosa di akhir hayat kami ya Allah, hitunglah kami dengan perhitungan yang mudah dan ringan keatas setiap kejahatan kami.
Ya Allah, rahmatilah kehidupan kami, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Rahman. Cucurilah rahmatMu kepada kami semua dan limpahi kami dengan hidayah dan petunjukMu agar segala gerak kerja kami hari ini terpimpin dan menjadi mudah saterusnya berakhir dengan kesudahan yang baik.
Ya Rabb Ya Ghaffur, di hari jumaat ini berilah kami kekuatan dan keazaman untuk menambah baik amalan-amalan bacaan al Quran kami, zikir-zikir kami, sedekah-sedekah kami serta pengeratan tali silatulrahim di antara kami.
Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan segala puji bagiNya. Perbaikilah agama kami yang paling penting pada kami. Perbaikilah dunia kami yang menjadi kehidupan kami. Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikan hidup kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kami. Jadikan kamatian itu sebagai istirahat kami dari segala kejahatan.
Aaamiinn ..
P/S: Jom sarapan Lontong Johor.. semestinya kuah kacang...
Bila majlis Yana sis Lin?
ReplyDeleteKarni, Sis dah send kat group MsjBox tu hehehehe...
Deletesalam jumaat kak
ReplyDeleteSalam Jumaat juga buat Dana.. moga sihat selalu...
DeleteSalam jumaat
ReplyDeleteHari ni anak cucu johorean balik kampung
Meriahlah rumah wak
Alhamdulilah, meriah ya Wak sesekali anak cucu balik...
Delete