SERONOKNYA ORANG YANG ADA KAMPUNG YA!

Sis Lin
17
SERONOKNYA ORANG YANG ADA KAMPUNG YA! | SEMALAM bila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan kebenaran merentas negeri dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober (hari ini), kemain semua seronok dah macam pengumuman hari raya ko, dengan Sis ko sekali terloncat hahahaha.. 

Alhamdulillah, menurut KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. So inilah janji kerajaan untuk tunaikan apa yang di janjikan termasuk kebenaran merentas negeri.

Mana taknya setelah hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19. Jadi, hari ini bebaslah dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk 'balik kampung' atau pergi 'bercuti' kemana korang nak. Tapi dengan patuhi SOP yang di benarkan. 

Seronoknya Orang Yang Ada Kampung Ya!

Bagi mereka yang ada kampung, memanglah seronok, bertahun tak balik kampung jenguk orang tua, jumpa adik beradik dan saudara mara, atau dah lama merancang percutian untuk bercuti bersama family, so apalagi, amiklah peluang ini dengan sebaiknya dan rancang perjalanan korang agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini. 

TAPI ... perlu di ingat.. TIDAK VAKSIN, tidak lengkap vaksin tidak dibenarkan rentas negeri, polis akan buat semakan secara rawak walaupun tiada Sekatan Jalan Raya. 

Syarat Rentas Negeri: 
1. Lengkap 2 dos Vaksin
2. Tidak termasuk ke kawasan PKPD

So Inilah masanya kita JUJUR pada diri sendiri .. #LindungDiriLindungSemua .. bak kata DG Noor Hisham Abdullah 'The onus is on us now. Be strong and be safe' .. 

'Kejujuran' ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely. Jika semua orang amik mudah hal ni, tidak mustahil penularan wabak Covid-19 ini akan kembali meningkat. 

Kesian frontliner semua, baru nak mula berehat, tapi di sebabkan ada mereka yang melanggar SOP, dan kes jadi naik balik, ermmmm kita akan berdepan sekali lagi laaa dengan tak habis-habis PKP, PKPD dan segala P P P P P bagai... 

Mulai hari ini, kitalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus Covid-19. So amik langkah selamat dan patuhi SOP. Jika perlu, sebelum balik kampung berjumpa keluarga di sana, korang belilah test selfkit kendiri tu dan buat pemeriksaan dulu. Jika semuanya okay, mesti seronok balik kampung kann, tanpa meninggalkan 'penyakit' pada orang tua kita. 

Seronoknya Orang Yang Ada Kampung Ya!

Dan bagi mereka yang TIDAK VAKSIN janganlah amik kesempatan ya... dah itu pilihan korang, so korang terimalah.. jika nak turut sama 'merentas negeri' atau bebas ke sana ke sini, pergilah daftar atau walk-in untuk dapatkan vaksin. Masih belum terlambat lagi. 

Juga bagi mereka yang belum fully vaccinated, harap bersabar. tunggu hingga MySejahtera korang bertukar status. Jangan main langgar SOP, jujurlah pada diri sendiri. Dan bila ada yang buat 'report', jangan pulak nak melenting yaaa.. patuhlah pada arahan, korang dah bagus dah sebab amik vaksin, tapi kena sabar hingga status 'fully vaccinated' tu keluar di MySejahtera' korang.. 

Takkan lari gunung di kejar.. begitu jugalah dengan kampung halaman.. jangan terburu-buru, rancang perjalanan dan selesaikan apa yang perlu dulu. Seronoknya orang yang ada kampung ya... Sis takde kampung, Kampung Melayu je ada laa, tapi Emak Abah semua dah takde.. so tumpang gembira dengan korang jee.. 

Bukan itu aja, aktiviti pelancongan di mana-mana negeri dibenarkan. My Travel Pass dimansuhkan untuk rakyat yang ingin ke luar negara termasuk aktiviti pelancongan. So dah boleh laa kita check-in sana sini tanpa perlu surat MiTi atau surat pelepasan dari Polis. 

Sis doakan moga semuanya dipermudahkan dan selamat Balik Kampung korang... 
Balik kampung woooo balik kampung ... 


P/S: Nak pi bercuti pun, nantilah dulu, banyak hal Sis & Suami nak kena settle dulu ni.. 

Post a Comment

17Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kan sis..kita tenang2 dulu..tak lari kampung dikejar eh hahaha..kte ada kampung tp dah x de org tua so mmg x kalut la nak balik

    ReplyDelete
  2. wpun kami bru blk dr kg (blk kecemasan mlwat orgtua yg kluar wad), tapi bila PM umum blh rentas negeri, kami pun teringin nk blk lg kg.. hahaha
    cuma tggu reda dulu. bg peluang yg lain blk dulu.
    Bln 11 or 12 baru kami blk..
    Tapi tu la, jgn smpai kena PKP semula...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Syukur. masing-masing dah sibuk tanya bila nak balik kampung.

    ReplyDelete
  4. Yeah I want to balik kampung too...but you know children are not vaccinated yet so it is not worth taking any risk. But for those who can this is surely long overdue right.

    ReplyDelete
  5. jalan memang jammed la time ni kalau nak balik kamopung..so kalau balik kampung memang kena beringat la. xnyah la berhenti makan kat rnr..senang drive thru je atau bawa bekal

    ReplyDelete
  6. kata2 DG Hisham tu serammm, harapnya rakyat tak selfish, dan disiplin ikut SOP. jangan kang tak vaksin, tapi dia dulu balik kampung haha

    ReplyDelete
  7. Semua kena la jaga tanggungjawab diri sendiri dan jujur ye...yang x vaksin lagi tu...fikir2 la...pergi la vaksin..apa lagi yang nak dipertikai...SOP jaga...SA ni ada kampung tapi xde la jauh mana pun..1/2 jam je dah sampai..nak pi bercuti jer skrg ni...

    ReplyDelete
  8. nak balik kampung. nak balik kampung. nak balik kampung. nak balik kampung.

    ReplyDelete
  9. Syukur Alhamdulillah. The total lockdown and all restriction is over now. Kepada yg dah mula travel, balik kampung bagai, berhati-hati ya. Patuhi SOP. Btw, that cat looks adorable. Happy vacation to you.

    ReplyDelete
  10. alaa serba salah pulak kite. takpe sis gi melancong mana-mana haha takpun balik la kg sesiapa sebagai pengubat rindu. apa pun jaga diri tau

    ReplyDelete
  11. Best tengok orang balik. Kita masih menunggu haha. Sadis bulan ni cuti full.

    ReplyDelete
  12. Saya tengok ada yang dah tunggu kat plaza tol utk pulang ke pantai timur. Mesti dah lama mereka nak pulang kan. Harap mereka patuh SOP dan lengkap matang vaksin.

    ReplyDelete
  13. Masa untuk melawat atok dan nenek di kampung. Lama tak jumpa. Yg penting jaga sop n diri. Ikhtiar dan tawakkal. InsyaAllah semua baik2 saja.

    ReplyDelete
  14. Memang happylah sapa yg nak blk kamoung tu, kak relex dulu tgk keadaan tenang baru blk Melaja, org kpg pun dah nemanggil suh blk haaaa

    ReplyDelete
  15. amboiiii kenit nak pi mana tuuuu....eh laju pulak blog ko loading ni ha...berdesup...

    ReplyDelete
  16. Kita pon nak balik kampung tertangguh lagi sebab banyak hal kena uruskan kat sini dulu..tapi paling rindu kat kampung ayah, lama x balik perak.

    ReplyDelete
  17. Yay!!! Saya dah rentas daerah, Batu Pahat , negeri lain jer elom rentasss..hehhehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!