SYUKUR ALHAMDULILAH, PAGI ISNIN YANG BAHAGIA | SEKALI lagi, alhamdulilah syukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan. Cuti panjang yang membahagiakan dan Allah dipermudahkan semuanya, alhamdulilah. Korang apa khabar? Moga semuanya baik-baik aja hendaknya.
Sis so far setakat pagi ni sihat kami sekeluarga, cuma badan Sis ni agak letih, berikutan berjalan jauh dari Johor - Kuala Lumpur - Sabak Bernam - Kuantan - Paka - Rompin - Johor bermula Jumaat lepas hingga ke semalam turun ke-laut bersama Suami. Tak sempat nak betul rehat, sampai je Johor Sabtu malam tu, pagi esoknya (semalam) terus Suami ajak memancing.
Seboleh pujuk ajak ikut mancing, di sebabkan Sis pun suka nak tengok laut, so ikut aje laa walau badan dan mata punyalah letih dan mengantuk.
Dengan cuaca yang panas, bukan kata rentung aje, pakej sekali dengan hujan sampai basah kuyup atas boat Laki Bini hahahaha.. tapi seronokkkk.. lagi bertambah seronok bila dapat ikan hasil memancing, perghhh hilang semua kepenatan.
Pagi ni memang banyak kerja tertunggak, kerja rumah dan juga kerja-kerja penulisan dan edit blog. Ada yang minta Sis 'repair' dan 'ganti' template blog mereka, sebab masaalah loading blog slow masih tak selesai lagi, so takpelah, Sis cuba mana yang Sis tau. Bakat dan ilmu jangan lokek kan..
Sama je blog Sis ni, masih ada lagi yang komplen slow, tapi sebab Sis bukak sendiri okay, so takpe, tunggu dapat template yang sesuai, memang nak tukar juga, sebab dah lama sangat guna template yang sekarang ni, jemu pun ya hahahaha..
Syukur Alhamdulilah, pagi Isnin yang bahagia. Kejap lagi nak settlekan dulu kerja rumah, cuci baju dan memasak, kemudian nak cuci lantai luar tu, mandikan kucing, gosok baju dan jemur bantal semua, barulah boleh duduk menaip sambung update. Tapi kalau ada masa, Sis curi-curi laaa ya update, kalau senyap je kang, korang faham-faham aje laa..
Moga hari berikutnya Allah berikan lebih kebahagiaan, rezeki dan kesihatan yang lebih baik dari hari sebelumnya kan.. sentiasa bersyukur aje, insyaAllah pasti akan berlipat ganda nikmat yang Allah nak beri. Dan jangan lupa pada mereka yang memerlukan..
Okay dah jom kita mula 'kerja', opis kita off sat..
P/S: Terima kasih semua yang mendoakan kami ❤
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.