TEH BUNGA RAYA BOLEH KURUSKAN BADAN? | KORANG pernah dengar mengenai persoalan pada tajuk tu? Atau korang memang tau yang sebenarnya teh bunga raya boleh kuruskan badan? Bagi Sis ini kali pertama Sis tau dan mendengarnya. Kisahnya baru-baru ni Sis ada ke kedai ubat SengSei, Sis mencari ubat untuk sakit perut buang angin 'sebu', then staff tu bagilah ubat dan rekemen Sis teh herba cina dia.
Bila Sis kata untuk apa, dia kata untuk bersihkan toksin dalam badan, dan paling terkejut dia kata dalam teh herba tu ada bunga raya yang membantu untuk membakar lemak dan menurunkan berat, aitttt... pelik ajee, bunga raya? Kekekeke..
Tapi memang betul laa, apa yang staff tu jelaskan mengenai teh herba tu, sikit sebanyak memang ada benarnya dari apa pembacaan Sis sebelum ni. Bunga Raya ni banyak khasiat dan kegunaannya. Cuma ramai orang je tak tau akan bagusnya bunga raya ni, paling biasa orang buat, bila anak demam, daun dan bunganya kita amik dan jelum kepala anak, kan kan?..
Rupenya banyak khasiat dan kegunaannya.. Ini Sis kongsikan apa yang Sis baca dari Hello Doktor ni untuk korang sama-sama tau dan boleh praktikkan. Now so far memang minum teh herba tu, asyiklah buang angin aje hahaha..
Siapa yang tidak kenal dengan bunga raya? Ada pelbagai kegunaan dan khasiat bunga raya yang korang mungkin tidak tahu. Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Malah, ia merupakan bunga kebangsaan bagi negara kita, Malaysia.
Selain daripada keindahan semula jadinya, ia juga mempunyai sifat-sifat perawatan sangat penting yang mana telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India.
Kegunaan dan khasiat bunga raya
Semua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat bunga raya yang mungkin tidak diketahui.
1. Jaga rambut menggunakan bunga raya
Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya adalah vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang. Malah, ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban.
Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya, bunga-bunga itu dikeringkan, dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.
2. Merawat demam dan sembelit
Sejak dahulu lagi, bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan. Contohnya, orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik.
Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit. Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause.
Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.
3. Merendahkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol
Kebelakangan ini, tumbuhan ini menjadi popular sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi atau hipertensi. Selain itu, khasiat bunga raya juga boleh mengurangkan tahap kolesterol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung.
Sebatian bioflavonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolesterol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat.
4. Khasiat bunga raya dalam membantu mengurangkan berat badan
Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan. Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan.
Apabila seseorang mengambil terlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat (penuh dengan gula dan kanji), mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan. Menurut pubmed.gov, bunga raya mengandungi bahan yang boleh menghalang pengeluaran amilase (kumpulan enzim yang dpt menukarkan kanji menjadi gula).
Seseorang yang kerap minum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan. Jadi ini merupakan khasiat bunga raya yang boleh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan.
5. Meningkatkan sistem imun
Selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak, bunga raya juga mempunyai khasiat seperti berikut:
1.145 g protein
2.61 g lemak
12.0 g serat
1,263 mg kalsium
273.2 mg fosforus
8.98 mg besi
0.029 mg karotena
0.117 mg tiin
0.277 mg riboflavin
3.765 m niasin
Disebabkan semua nutrisi itu, teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh.
So amacam, banyakkan khasiat bunga raya, so lepas ni kalau ada tanam atau terjumpa pokok bunga raya, haaa bolehlah manfaatkan daun dan juga bunganya yaaa.. tak tau macam mana, banyakkan pembacaan tapi nak senang, pi je laa beli yang dah siap kering..
Yang Sis sekarang minum brand Garden Andes, tu Sis beli di kedai SengSei tu laa, cina tu yang rekemean, sedap rasa tehnya.. korang cubalah.. tak silap Sis dah belek, kat Shopee pun ada jual teh tu..
P/S: 'Sis dah nampak kuruslah', hahahaha nak pecah jantung Sis ko dengor hahahaha... kurus tang kaki jerr hahahaha..
Pertama kali dengar ni Sis, teh bunga raya.. kalau untuk kegunaan lain tu biasa dengar.
ReplyDeletewow ako pun first time dengar..
ReplyDeletepasni bole cari teh bunga raya jgk la :D
kalau penjagaan rambut penah
ReplyDeletesb dulu2 arwah tok suruh syampu rambut dgn air daun bunga raya ni
utk kurus tak penah dengar lg
Teh bunga raya x penah dgr. Tp untuk rambut taulah sbb mama dok lumur kat rambut kitorang masa kekecik
ReplyDeleteBoleh try ni Teh Bunga Raya ni... Mana boleh bagi chance Sis Lin kurus... hahaha...
ReplyDeletebnyak juga kebaikan bunga raya ni ye..tapi memang kalau buat mandi bagus bunga ni..sekarang susah nak nampak bunga ni..kat kampung selalu ada
ReplyDeleteTeh bunga raya?. Kat rumah sis ada bunga raya warna kuning. Kalau daun2 dia boleh letak kat kepala kalau demam. Nak kurus ni sis baru dengar pulak khasiat bunga raya ni.
ReplyDeletebaru tau banyak khasiat bunga raya ni..ingat hanya untuk kegunaan terapi sperti spa tu je..
ReplyDeleteYes! So true! Hibiscus tea is good for slimming and beauty. I dulu I pernah minum herba life punya. It tasted quite good liaw.
ReplyDeleteWow! Banyak khasiat bunga raya kan. And no wonder ianya menjadi bunga kebangsaan kita, sebab banyak health benefit dia kan.
ReplyDeletewow first time tau ada teh bunga raya, mesti wangiiii je baunya. suka sangat bunga raya ni, kecik2 dulu selalu makan kelopak bunga raya hehe
ReplyDeleteTak sangka bunga raya juga boleh dijadikan teh. First time dengar. Selalu dengar pasal bunga telang, bunga kekwa tp bunga raya x pernah jumpa lagi
ReplyDeleteMemang bunga raya banyak kebaikan dia kan.. tapi menarik pulak ada boleh buat teh pulak tu.first time dengar
ReplyDeletemerawat demam tu mmg ya . ianya dapat.nenyejukkan badan.. banyak kebaikan nanti boleh try
ReplyDelete