UJIAN AIR LIUR, LEBIH PANTAS DAN LEBIH MURAH!

Sis Lin
6
UJIAN AIR LIUR, LEBIH PANTAS DAN LEBIH MURAH! | KALAU ikut pengalaman Sis, buat masa ni belum pernah sekali pun Sis test Kit Ujian Kendiri COVID-19 atau lebih mudah dikenali dengan nama ujian air liur ini, yang selalunya Sis buat adalah PCR dan juga RTK. Baru je beberapa hari lepas sebelum balik kampung Sis buat ujian PCR, alhamdulilah so far result -ve. 

Korang pernah ke test ujian air liur ni? Atau memang biasa buat? Bagus sebenarnya tau kalau kita selalu buat ujian air liur ni, so kita dapat tau tahap kesihatan kita ketika itu, lagi-lagi kalau kita nak keluar balik kampung atau keluar bercuti ke, stay safe dan lindung diri lindung semua tu yang penting. 

Ujian saringan air liur ini bertujuan untuk mendapatkan status jangkitan dengan lebih pantas, mudah dan murah sebelum melakukan ujian RT-PCR sekiranya disahkan positif COVID-19. Kit Ujian Kendiri COVID-19 atau lebih mudah dikenali dengan nama ujian air liur ini merupakan satu kaedah pengesanan jangkitan COVID-19 yang dijalankan secara kendiri.

Dalam erti kata yang lebih mudah, korang tidak perlu hadir ke klinik dan melakukan ujian saringan yang mungkin mengambil sedikit masa. Tapi ingat, ujian saringan air liur ini tidak sesekali menggantikan fungsi diagnostik real time reverse-transcription polymerase chain reaction atau RT-PCR.

Siapakah yang disarankan untuk ambil ujian air liur ini?

Ujian air liur, lebih pantas dan lebih murah!

Kit Ujian Kendiri COVID-19 ini boleh digunakan oleh mana-mana individu yang ingin mendapatkan status jangkitan COVID-19 yang terkini. Selain itu, ia juga disarankan bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang telah disahkan positif jangkitan COVID-19.

Kit ini juga amat sesuai digunakan bagi tujuan saringan-saringan lain seperti saringan bagi tujuan rentas negeri, saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, saringan prapekerjaan dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang bergejala atau berisiko tinggi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan korang untuk segera menjalani ujian saringan air liur ini dan seterusnya melaporkan hasil ujian menerusi aplikasi MySejahtera.

Ini kerana, pengesanan awal jangkitan melalui penggunaan ujian kendiri boleh membantu diri kita untuk memantau status kesihatan semasa selain mengurangkan kes-kes kematian akibat jangkitan COVID-19 yang tidak disedari.

Jenis kit ujian air liur yang telah diluluskan oleh MDA

Ujian air liur, lebih pantas dan lebih murah!

Untuk memastikan korang mendapat Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang berkualiti dan sah, korang mestilah menggunakan kit ujian yang telah mendapat rekomendasi daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Ini kerana, kit ujian yang telah mendapat kelulusan MDA ini telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak MDA.

Antaranya ialah:
  • Pengeluar kit ujian telah melaporkan bukti prestasi klinikal dan analisis
  • Hasil ujian penilaian daripada fasiliti ujian adalah mengikut kriteria penilaian jawatankuasa yang ditetapkan oleh panel pakar klinikal
  • Mempunyai dokumen-dokumen sokongan untuk kelulusan bersyarat daripada MDA

Berikut ialah jenama-jenama kit ujian air liur yang telah mendapat kelulusan daripada pihak MDA (*kemas kini sehingga 16 September 2021) : 
  • Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples)
  • Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use
  • BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
  • ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  • JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  • Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography) Home based Use
  • Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay
  • Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)
  • STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test
  • ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)
  • NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit
  • Lituo COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test Kit
  • GRUENBANKA SARS-CoV-2 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold Method)
  • Humasis COVID-19 Ag Home Test (Self-Test)
  • LYHER® Novel Coronavirus (COVID-19) Antigen Test Kit (Colloidal Gold)
  • ALLTEST COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  • Beright™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Nasal Swab) For Self-testing
  • Roche SARS-CoV-2 Antigen Self-Test Nasal

Di manakah saya boleh mendapatkan kit ujian kendiri ini?

Kit ujian saringan air liur ini kini boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan atau fasiliti kesihatan swasta. Korang tidak perlu berasa risau dengan harganya kerana Kerajaan Malaysia telah menetapkan harga siling bagi kit ujian saringan kendiri ini.

Bagi harga borong, harganya ialah RM16.00 seunit. Manakala bagi jualan runcit, harganya ialah RM19.90 seunit.

Jangan lakukan 5 perkara ini sebelum ujian saringan air liur

Ujian air liur, lebih pantas dan lebih murah!

Memandangkan kit ujian air liur ini amat sensitif, maka cara atau teknik yang kurang tepat boleh mempengaruhi hasil ujian sehingga menyebabkan keputusan ujian yang tidak tepat. Oleh itu, untuk memastikan korang mendapat keputusan yang tepat, pastikan anda lakukan lima teknik ini satu jam sebelum menjalani ujian :
  • Jangan memberus gigi atau berkumur dengan menggunakan pencuci mulut.
  • Jangan makan atau minum.
  • Tidak merokok atau menghisap vape.
  • Jangan mengunyah gula-gula getah.
  • Berkumur untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman yang diambil sebelum ini.

Kesimpulannya, perlu diingatkan bahawa, ujian saringan ini hanyalah bertujuan sebagai pengesanan awal sahaja dan ia perlu disahkan dengan lebih tepat melalui ujian RT-PCR. Ia bukanlah ujian diagnostik utama bagi pengesahan jangkitan COVID-19.

Sekiranya ujian saringan menunjukkan hasil positif, korang perlu melakukan ujian RT-PCR bagi mengesahkan hasil ujian korang. Jangan lupa untuk laporkan sebarang hasil ujian COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera untuk tindakan lanjut pihak KKM.


P/S: Sis belum pernah buat, tapi ada simpan stok di rumah, supaya mudah kalau ada apa-apa nanti, kita boleh guna terus kan.. aishhh letih minda mikir COVID-19 ni laaa huhuhu... 
Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. family aku kat bintulu la da expert pakai ni..adik lelaki aku tu la entah berapa kali da buat sendiri sebab kilang dia banyak kes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa, kena simpan dalam rumah ni, nak guna senang, agak tak sihat boleh terus check kan...

      Delete
  2. ako pun aritu g klinik terus buat RTK hehehe..
    tapi ada je stok ujiab saliva ni kat rumah...
    Even opis ako pun akan bg sorang satu kat staff dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Ret, kat rumah pun ada simpan stok.. tapi aku lebih suka buat RTK, nasib sini ada drive-thru jerr

      Delete
  3. Kilang sy memang provide untuk check sendiri dua minggu sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Non.. untuk keselaman semua orang ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!