AKU MULA SEDAR AKU DAH SEMAKIN TUA

Sis Lin
6
AKU MULA SEDAR AKU DAH SEMAKIN TUA | TAJUK dan penulisan ini di tujukan khas buat diri Sis sendiri ya, lebih kepada peringatan buat diri sendiri. Kenapa ramai yang menyatakan bahawa kehidupan sebenar bermula pada usia 40 Tahun? "Life begins at forty"... Itulah yang paling selalu kita dengar. Persoalannya adakah ungkapan tersebut benar-benar bertepatan atau sekadar gurauan?.

Bulan November ni umur Sis akan melangkah ke umur 45 tahun. Bab umur ni, Sis takde rahsia-rahsia, umur tu hanya angka jer bagi Sis, tapi yang perlu di tekankan adakah amalan kita dah selari dengan sepanjang kita hidup 45 tahun tu? Itu yang penting..

Sejak-sejak ni emosi Sis agak sensitif sikit, adakala bila rasa sedih, sedih sangat-sangat, ada ketika kalau gembira datang, rasa bahagia beno sampai susah nak tidur, tapi kalau time sendirian tu, rasa macam dalam gua jerr, sedih sampai boleh menangis, seolah macam takde yang peduli, entahlah... mungkin faktor usia barangkali.. 

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Aku Mula Sedar Aku Dah Semakin Tua

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
  • Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
  • Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
  • Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
  • Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Bab pakaian pula, Sis dah mula pakai baju longgar. Sebab tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Lagipun ada anak-anak yang sedang membesar. Tapi pakai longgar-longgar pun cantik jugak kan.. 

Dan Sis banyak habiskan masa bersendiri. Kalau dulu 'Me time' nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. Tapi sekarang 'Me time' ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri atau bersama family. 

What To Do?

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
  • Meneguhkan tujuan hidup
  • Meningkatkan daya spiritual
  • Menjadikan uban sebagai peringatan
  • Memperbanyak bersyukur
  • Menjaga makan dan tidur
  • Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Aku Mula Sedar Aku Dah Semakin Tua

Life begins at forty

Jika ada yang mengatakan bahawa: "Life begins at forty", Sis lebih berpendapat kepada kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. 

Sis mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama Sis semakin sedar dunia ini tiadalah perlu lagi digenggam begitu kuat dan dipegang begitu erat.

Sebab Sis dah mula tahu ke arah mana masa Sis sepatutnya habis...'Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian'. Sis sibuk upgrade diri dalam cara yang Sis mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dan Sis anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam Sis. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa-apa kan?. 

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

"Wahai Allah, Tuhan kami , bantulah kami untuk berdzikir, bersyuku dan memperbaiki ibadah-ibadah kami kepada-Mu."

Marilah kita bersama-sama berdoa agar sisa-sisa umur kita ini dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat, dalam redha Allah. Kita Cuma harapkan rahmat dan keampunan Allah Ta’ala.


P/S: Cuma... Sis belum boleh nak maafkan orang yang menyakitkan hati Sis.. tidak akan !!!!

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. InsyaAllah sama-sama kita ke arah selepas 40 yang lebih bermakna. 40 yg manis tak akan datang kalau kita tak cari

    ردحذف
  2. dana pun nak masuk 40 tahun depan kak...

    ردحذف
  3. Terima kasih atas peringatannya Sis Lin.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!