AKU SIBUK BUAT GOODIES KAHWIN ANAK | SEJAK-SEJAK ni kalau ada yang perhati dan memerhati, memang Sis takde join memana event media, sampai ada yang tanya khabar ingat Sis ni sakit.. tidakkkk Sis alhamdulilah sihat, cuma lately ni bagi mereka yang tau, Sis tengah sibuk buat persiapan majlis dan goodies kahwin anak Sis.
Majlis tinggal beberapa hari je lagi, so memang banyak benda Sis nak buat, kepala ni serabut fikir macam-macam, kadang tu sampai agak sensitif jadinya kalau ada silap sikit Suami ke anak bercakap, tau nak melanting jeee.. mybe terlalu risau fikir persediaan majlis.
Update blog ni pun, autopost, Sis update memalam time sebelum tidur dan ada juga time awal pagi selepas Subuh, then autopost ikut time published.. nak dengan taknak je update kan.. so far alhamdulilah, masih ada masa nak curi-curi update blog ni..
Bab goodies ni memang ada gak yang komen dan tanya Sis, 'Kenapa tak beli siap aje?'... Yaa memang beli dah siap, tapi selepas tu kami anak banak deko sendiri untuk lebih mencantikkannya.. Letak reben, letak sticker dan juga masuk dalam paper bag khas, takkan laa nak bagi macamtu aje kan...
Sebagai Emak Ayah, Sis nak laa buat yang terbaik untuk anak.. kalau boleh biar puashati, bak kata orang, jika boleh, kahwin sekali seumur hidup ni, kita buat yang terbaik dan sehabis mampu, tapi dalam keadaan pandemik ni, sebolehnya nampak 'meriah' tapi sederhana.. asalkan dapat simpan kenangan tu sampai bila-bila..
Lagi pulak, ini adalah majlis pertama Sis dan Suami buat untuk majlis perkahwinan anak, so memang tak banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami tau, tu sebab memang di kira-kira, ada gak over-budget tapi takpelah, rezeki anak-anak.. janji anak happy dan tetamu pun pulang tersenyum girang..
Apa isi goodies tu? Hahahah itu rahsia laaa.. nanti selesai majlis atau siapa yang di jemput, akan tau apa isi dalamnya.. yang tak di jemput, harap maaf bagi pihak keluarga Sis.. mungkin sebab jauh atau terlepas pandang.. lagipun follow SOP ni, seat terhad.. harap faham ya..
Cuma risaunya keadaan di Johor ni, hari-hari hujan, harapnya janganlah majlis nanti hujan, walau buat di dewan, tapi taknak laa menyusahkan tetamu datang dalam keadaan kehujanan basah.. dan juga majlis Yasinan dan berinai anak di rumah, moga cuaca menyebelahi majlis kami.. aamiinnn..
Makin dekat makin berdebor rasa... moga Allah permudahkanlah semuanya.. now goodies hampir siap, tinggal menunggu telur pindang sampai, nanti rewang lagi masuk telur dan juga nak meracik bunga rampai.. lain-lain hal, alhamdulilah tunggu pelamin dan khemah aje di pasang minggu ni..catering pun semua dah settle..
Camni agaknya perasaan Mak-Mak kita masa nak kahwinkan kita ekkk..
P/S: Terima kasoh semua atas ucapan hari lahir Sis semalam ❤
semoga dipermudahkan segala urusan dan cuaca kat Johor baik baik aje nanti... jangan sampai tak cukup rehat pula tau sis
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar. Ammi dulu majlis sempoi je sbb bajet ciput.
ReplyDeleteSeboga semua lancar adanya....
ReplyDeleteIn sya Allah ini kali pertama yang mewah dengan pengalaman, nanti untuk anak-anak seterusnya Sis dah boleh lebih santai. Aamiin.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan Sis dan keluarga ye. Tak sabar nak tengok isi kandungan hehehe
ReplyDeleteWahhhhh, sedang mencantikkan goodies yer..ok tak sabar nak tengok hasil air tangan anak beranak ni..Mesti de vassss gituhhh
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segala urusannya Sis.
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan sis, kesihatan jaga.Banyak tu goodies nak disiapkan..Insyallah sikit-sikit lama-lama siap la tu..Selagi tak sampai pada harinya memang ada je tak siap kan
ReplyDeleteMoga majlis berjalan lancar.
ReplyDeleteKompang dipaluuu... pengantin malu. Moga bahagiaaa... ke anak cucu.
ReplyDeletelama tak makan nasi kenduri ni. hehehe
moga semuanya lancar je hingga hari halalnya nnt.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan sgala urusan...dh nk dapat menantu dh sis lin
ReplyDeletemoga di mudahkan urusan jaga kesihatan juga sis
ReplyDeletepusingan hidup memamg macam tu..
ReplyDeletedulu giliran kita kawin..maka emak bapak yang sibuk